Pesta Gay di Pulau Pinang – 70 Lelaki Ditahan Polis

Dikirim pada 24 Nov 2008

Baru-baru ini di Pulau Pinang, Polis telah menahan 70 lelaki termasuk beberapa orang warga asing kerana disyaki terlibat dalam satu pesta gay di tiga pusat kecergasan di Pulau Tikus dan Seberang Prai.

pesta gay
Pesta gay yang berlangsung di Pulau Pinang menyebabkan 70 lelaki ditahan polis Click To Tweet

Pesta Gay Lelaki Berusia 20 hingga 40an

Lelaki-lelaki gay yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun. Polis menemui pelbagai jenis kondom yang telah digunakan dan yang masih belum dibuka di ketiga-tiga premis berkenaan ketika serbuan dilakukan. Polis juga menemui beberapa keping DVD yang mengadungi aksi-aksi terlampau gay ketika serbuan.

Senior Asisten Komisioner (SAC) II Wan Abdullah Tuanku Said, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri berkata serbuan dilakukan pada jam 5 petang membabitkan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJ).

Kata beliau lagi;

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah beliau lagi, polis turut menyiasat bagi mengenal pasti pemilik pusat kecergasan itu kerana dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan pusat kecergasan untuk kegiatan tidak bermoral.

Katanya, dalam pemeriksaan itu polis turut menahan beberapa warga asing yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu.

“Polis masih menyiasat sejak bila kumpulan lelaki ini beroperasi dan siapa yang mendalangi kegiatan mereka,”

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram termasuk aktiviti gay di mana-mana pusat kecergasan mahupun pusat hiburan melaporkannya kepada polis.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan