Dua Dari Tiga Lelaki Malaysia Tak Mencapai Kepuasan Seks

Dikirim pada 30 Mac 2009

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh syarikat farmasuetikal terkenal, Pfizer, mendapati dua dari tiga lelaki di Malaysia tak mencapai kepuasan seks yang tinggi.

tak mencapai kepuasan seks

Kajian ini juga mendapati tiga dari empat wanita di Malaysia tidak mencapai kepuasan sepenuhnya ketika hubungan seks.

3 dari empat wanita di Malaysia tak puas dalam seks menurut kajian oleh Asia-Pacific Sexual Health Click To Tweet

Kajian tentang aktiviti seks di Malaysia ini telah diadakan dari bulan Mei hingga Julai 2008, dan melibatkan 4000 peserta dari 13 negara Asia Pasifik. Dari jumlah itu, 102 lelaki dan 100 wanita negara ini telah mengambil bahagian.

Menurut survey The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness itu juga, Malaysia menduduki tangga ke enam dari 13 negara dari segi tahap kepuasan seks. India di kedudukan nombor satu dengan 70% responden berpuashati dengan kehidupan seks mereka, manakala Jepun menduduki tangga paling bawah dengan 10%. Juga dikemukakan adalah keputusan berkaitan ereksi di mana 40% lelaki Malaysia mengaku tidak mencapai tahap ereksi yang baik.

Menurut Dr. Rosie King, pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, tekanan sosial seperti stress dan kurang keyakinan merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tak mencapai kepuasan seks ini.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan