Bomoh Seks Oral – Tak Kira Lelaki Perempuan Dia Hisap!

Dikirim pada 23 Nov 2008

Berita yang menggemparkan dan menjijikkan apabila seorang bomoh didapati mengubat pesakit dengan cara menghisap kemaluan pesakit. Yang lebih mengejutkan lagi, bomoh itu tidak memilih sama ada pesakit itu lelaki atau perempuan, dua-dua dia hisap.

bomoh seks oral

Kononnya dengan cara menghisap kemaluan pesakitnya, bomoh itu dapat membuang sial daripada badan pesakit.

Bomoh yang mengubati pesakit dengan menghisap kemaluan mereka ditangkap polis Click To Tweet

Bomoh seks oral

Dilaporkan kegiatan bomoh itu dilakukan di Ampang sejak beberapa bulan lalu dan bomoh seks oral itu sering dikunjungi ramai pesakit terutamanya kaum wanita yang bermasalah dan menganggap diri mereka ditimpa malang.

Nasirrahman Saad Khiruddin, Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor berkata

Bomoh itu mengenakan syarat menghisap kemaluan pesakit kerana mendakwa ia dapat membuang segala sial yang berada dalam diri individu berkenaan. Biasanya, bomoh itu dikunjungi golongan wanita yang mengambil jalan pintas menyelesaikan masalah dihadapi. Akibatnya, mereka terpaksa menggadai maruah sendiri tanpa memikirkan hukumnya di sisi agama, katanya.”

Menurut Nasirrahman lagi, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor sedang menyiasat kegiatan bomoh berkenaan.

Kita sedang mengumpul bukti kukuh sebelum menahan bomoh terbabit bagi mengelakkan lebih ramai individu terperangkap dengan kegiatan tidak bermoral itu, katanya.

Yang mengejutkan lagi kebanyakkan pesakit-pesakit bomoh seks oral berkenaan adalah golongan professional dan mereka yang berjawatan tinggi.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan