Teknik Ciuman Bibir Yang Buat Si Dia Tidur Tak Lena

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Teknik ciuman bibir adalah salah satu teknik ciuman yang sering diamalkan oleh pasangan suami isteri. Teknik ciuman ini boleh dikatakan adalah ciuman wajib ketika berasmara atau ketika beradu di ranjang.

Ciuman bibir sering digunakan dalam sesi pemanasan di ranjang. Ini tidak menghairankan kerana ciuman bibir jika dilakukan dengan betul boleh meningkatkan ghairah pasangan dan buat mereka menyerah diri sepenuhnya.

Teknik ciuman bibir

Malangnya tak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukan ciuman bibir dengan betul. Seringkali pasangan suami isteri melakukan teknik ciuman bibir yang salah.

Hasilnya ghairah sebenar melalui ciuman bibir tidak dapat dirasai dan lebih teruk lagi jika pasangan berasa jijik dan terus hilang mood untuk bercinta.

Jika anda ingin tahu cara cium bibir yang betul, di sini saya berikan teknik ciuman bibir yang bukan sahaja boleh buat pasangan ghairah, tetapi juga dapat buat beliau tidak dapat melupakan ciuman bibir anda yang hebat.

Menyediakan Diri Sebelum Bercium Bibir

Sebelum bercium, anda perlu menyediakan diri anda untuk memastikan ciuman bibir anda adalah sempurna. Tidak susah menyediakan diri untuk ciuman bibir. Ikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah sebagai cara merapikan diri untuk bercium.

Nafas Yang Segar

Pertama, pastikan nafas anda berbau segar, dan mulut anda bersih. Anda boleh menggosok gigi jika anda rasakan nafas anda berbau tidak menyenangkan.

Atau jika anda tiada masa atau berada dalam situasi yang menyukarkan anda untuk menggosok gigi, sediakan “chewing gum” atau penyegar nafas pudina seperti Mentos, dan sebagainya.

Tetapi awas, jangan gunakan penyegar nafas ini terlalu awal sebelum bercium. Jika digunakan terlalu awal, gula yang terdapat pada penyegar nafas ini boleh menyebabkan nafas anda berbau kurang menyenangkan.

Oleh itu gunakan penyegar nafas ini sebelum bercium. Atau boleh juga anda biarkan penyegar nafas ini di dalam mulut ketika bercium.

Anda boleh memindahkan penyegar nafas seperti Mentos ke dalam mulut pasangan ketika bercium. Walaupun ini bukan teknik ciuman bibir, ini juga adalah salah satu teknik bercium yang menarik.

Keyakinan Diri

Tingkatkan keyakinan diri anda. Jika anda kurang yakin untuk bercium, secara tidak sedar ini akan mempengaruhi teknik ciuman anda. Anda akan kelihatan seperti teragak-agak dan kurang mahir ketika bercium.

Pasangan anda akan menyedari perkara ini dan secara tidak langsung beliau akan meragui keikhlasan diri anda ketika mencium dirinya. Elakkan perkara ini ketika mencium bibir pasangan.

Mood Yang Sesuai

Timbulkan mood yang sesuai sebelum anda mencium bibir pasangan. Jika boleh pilih tempat bercium yang romantik, atau suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan supaya anda berdua boleh fokus dan menikmati ciuman bibir sepenuhnya.

Teknik Ketika Bercium Bibir

Setelah anda melakukan langkah-langkah di atas untuk menyediakan diri anda untuk ciuman bibir, anda perlu melakukan teknik ciuman bibir yang betul untuk memastikan pasangan anda ghairah dan puas dengan ciuman anda.

Basahkan Bibir

Basahkan sedikit bibir anda sebelum memulakan ciuman. Caranya sangat mudah. Tak perlu gunakan pelembap bibir dan sebagainya. Cuma gunakan lidah anda untuk membasahkan bibir.

Tetapi pastikan anda cuma melembapkan bibir. Jangan pula jilat bibir anda sehingga basah lencun dan kelihatan jijik pada mata pasangan.

Dengan membasahkan bibir juga akan buat bibir anda kelihatan lebih seksi dan seperti meminta-minta untuk dicium.

Mulakan Dengan Perlahan-Lahan

Mulakan ciuman anda dengan tenang dan perlahan-lahan. Jangan terus menekan bibir anda kepada bibir pasangan. Cukup sekadar menyentuh sedikit bibir pasangan pada mulanya. Kemudian tingkat tekanan sedikit dengan sedikit.

Jangan rakus dan tergesa-gesa. Ambil masa anda dan untuk menikmati sepenuhnya nikmat ciuman bibir. Click To Tweet

Miringkan Kepala Ketika Bercium

Condongkan atau miringkan kepada anda berdua ketika bercium. Jika anda berdua masing-masing menegakkan kepala, sudah pasti hidung anda berdua akan berlaga. Mungkin ini sesuatu yang lucu dan boleh buat anda berdua ketawa.

Tetapi ini juga salah satu situasi yang boleh menghilangkan mood ciuman yang telah anda bina sebelum ini, dengan serta-merta.

Jarakkan Bibir Anda

Jarakkan sedikit bibir anda daripada pasangan anda ketika bercium bibir. Teknik ini dikenali sebagai teknik “on-off”. Rapatkan bibir anda pada bibir pasangan, cium dan biarkan seketika, kemudian tarik kembali bibir anda dan jarakkan sedikit daripada bibir pasangan.

Tetapi pastikan jarak tersebut tidak terlalu jauh. Dalam erti kata lain, anda masih dapat merasai bibir pasangan anda, walaupun anda tidak bercium. Biarkan seketika dengan berada pada situasi ini.

Kemudian, dekatkan kembali bibir dan cium pasangan.

Teknik ciuman bibir ini akan membina ghairah pasangan tanpa beliau sedari.

Buka Sedikit Bibir

Semasa bercium, buka sedikit bibir anda. Jangan buka terlalu luas, cukup sekadar saiz di mana anda dapat mengeluarkan lidah anda.

Anda boleh mengeluarkan lidah anda sedikit untuk menjilat bibir pasangan. Tetapi jangan pula anda memasukkan lidah anda ke dalam mulut pasangan. Masih terlalu awal untuk anda melakukan ‘Ciuman Perancis’.

Hisap Bibir Pasangan

Anda boleh menghisap bibir pasangan anda ketika bercium bibir. Hisap dengan lembut dan berhati-hati. Bibir adalah organ yang sensitif pada sentuhan, oleh itu pastikan anda melayan bibir pasangan anda dengan lembut.

Jangan hisap terlalu lama. Cukup sekadar beberapa saat untuk buat pasangan anda mendesah kesedapan.

Membina Ghairah Pasangan Melalui Teknik Ciuman Bibir

Setelah anda mula bercium dengan melakukan teknik ciuman bibir, sudah tiba masanya untuk anda melakukan pula teknik-teknik yang boleh membina ghairah pasangan.

Rakus Tetapi Lembut

Ketika ini pasangan anda telah ghairah, dan anda perlu meningkatkan ghairah beliau. Dari perlahan-lahan, tukar ciuman anda kepada sedikit rakus, tetapi masih lembut. Sebagai contoh, tingkatkan sedikit tekanan bibir, hisap sedikit kuat bibir pasangan, dan dalamkan tujahan lidah anda.

Tetapi pastikan tidak terlalu rakus dan agresif. Yang sedang-sedang sahaja.

Variasikan Lokasi Ciuman

Tidak hanya mencium bibir, saat ini anda sudah boleh melakukan ciuman pada bahagian lain tubuh pasangan. Layangkan ciuman pada hidung, pipi, dan juga leher.

Selang-selikan dengan ciuman bibir untuk buat beliau lebih ghairah dan bernafsu.

Tangan Jangan Diam

Mungkin ketika anda memulakan ciuman bibir, tangan anda statik dan tidak membelai tubuh pasangan. Sekarang tangan anda boleh mula menerokai tubuh si dia.

Tetapi jangan pula terus menuju ke zon erotik pasangan. Mulakan membelai rambut, bahagian belakang atau leher beliau.

Anda juga boleh menarik pasangan supaya lebih rapat kepada diri anda pada ketika ini.

Apabila anda rasakan beliau sudah bersedia, barulah anda boleh mula bermain-main di bahagian sensitif pada tubuh beliau.

Menamatkan Ciuman Bibir

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kebanyakan pasangan menggunakan ciuman bibir sebagai permulaan ciuman untuk ciuman seperti Ciuman Perancis, atau ciuman pada tubuh ketika pemanasan sesi asmara.

Oleh itu jarang sekali ciuman bibir ini mempunyai penamat, atau dihentikan. Tetapi jika anda hanya menggunakan ciuman bibir ini sebagai untuk menggoda pasangan sebelum berasmara, anda boleh menamatkan ciuman bibir dan meneruskan kembali pada waktu yang lain.

Teknik untuk menamatkan ciuman bibir sangat mudah. Lakukan seperti anda tidak ingin ciuman ini berakhir, dan anda ingin mencium beliau selama-lamanya.

Anda juga boleh menamatkan ciuman bibir dengan mencium dahi pasangan sebagai tanda terima kasih kerana memberikan anda pengalaman bercium yang sangat indah.

Lagi Teknik Ciuman Hebat

Selain teknik ciuman bibir, terdapat banyak lagi teknik ciuman hebat yang boleh anda pelajari dan amalkan untuk menggoda dan memuaskan pasangan.

Terdapat teknik ciuman yang begitu dahsyat sehinggakan anda boleh buat pasangan anda tewas dan menyerah diri sepenuhnya kepada anda, hanya dengan mencium si dia.

Teknik-teknik ini boleh anda pelajari melalui Panduan E-Buku Seni Ciuman.

Jika anda benar-benar serius untuk menjadi seorang pakar ciuman, saya syorkan anda dapatkan Panduan E-Buku Seni Ciuman dan pelajari ilmu-ilmu rahsia ciuman yang terkandung di dalam Panduan ini.

share-nodes
Kongsi: