Tips Mudah Menggembirakan Suami – Ramai Isteri Tak Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Nak tahu tips mudah menggembirakan suami? Di dalam kehidupan rumahtangga, seringkali hanya si suami yang mengambil inisiatif untuk menggoda isteri mereka, itu ketika berkehendakkan hubungan seks. Bagaimana pula jika anda sebagai isteri mengambil watak untuk menjadi penggoda untuk mewujudkan kembali keintiman di dalam rumahtangga yang telah lama terbina.

tips mudah menggembirakan suami
Cara nak menggembirakan suami sebenarnya tak susah – cuma ramai isteri yang tak tahu Click To Tweet

Tips mudah menggembirakan suami

Sebenarnya mudah sekali untuk menggoda suami sekali gus buat suami semakin sayang dan menghargai anda.

Suka dipuji

Seperti juga anda, sebenarnya kaum lelaki juga gemar dipuji, apatah lagi apabila pujian anda bersangkut paut dengan sifat maskulin beliau.

Jadi selepas ini jangan segan silu untuk memuji suami anda. Pujian anda akan buat mereka berasa sangat dihargai sebagai seorang ketua keluarga yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab berat yang dipikulnya.

Tidak suka perkara rutin

Kaum lelaki juga tidak suka perkara yang rutin. Kadang-kala mereka inginkan pembaharuan, tidak kiralah di dalam kehidupan seharian berumah tangga atau ketika melakukan hubungan seks.

Cuba wujudkan kembali suasana ketika sedang mabuk di lamun cinta dahulu. Layan si dia seperti mana anda melayannya ketika bercinta.

Kerana itu juga anda tidak perlu terkejut jika suami anda mencuba sesuatu yang baru atau melakukan hal-hal yang spontan. Misalnya tiba-tiba sahaja beliau ingin anda berpakaian seperti jururawat sebelum melakukan hubungan seks.

Mula ambil berat

Kaum lelaki akan merasa senang jika anda mengambil berat tentang apa yang dilakukan beliau, seperti dari aspek pekerjaan atau kenalan beliau.

Bagi kaum lelaki ini adalah salah satu cara untuk berkongsi dengan anda. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati di dalam perkara ini kerana walaupun kaum lelaki suka anda mengambil tahu tentang apa yang dilakukannya, beliau tidak suka anda mencampuri urusannya.

Ini hanyalah beberapa tips mudah untuk anda amalkan supaya anda dapat menggoda kembali suami dan menggembirakan beliau.

Terdapat banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan untuk kembali menyemarakkan kebahagiaan rumahtangga yang akan saya sentuh dalam artikel yang akan datang.

Selalu lawati laman web Info Seks Melayu ini, atau like page Info Seks Melayu di Facebook untuk mendapatkan update terbaru dari saya.

Oh ya, jika anda rasakan tips-tips ini boleh membantu sahabat anda, jangan lupa ‘share’kan di facebook anda :).

share-nodes
Kongsi: