Tip Malam Pertama Untuk Pengalaman Hebat Di Ranjang

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Malam pertama adalah malam penentuan yang akan memberikan kenikmatan kepada pasangan yang baru berkahwin. Seringkali masyarakat menjadikan malam pertama sebagai malam yang penting untuk mengharungi rumahtangga yang baru dibina.

Tips malam pertama
Takut tak dapat nak perform pada malam pertama perkahwinan nanti? Tip malam pertama ni mungkin akan bantu anda Click To Tweet

Tip Malam Pertama Untuk Bakal Pengantin

Kebanyakkan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga akan berasa berdebar-debar dan risau untuk mengharungi pengalaman malam pertama.

Situasi ini menjadi lebih genting sekiranya masing-masing tidak mempunyai sebarang pengalaman berhubung hubungan asmara atau hubungan seks.

Ada lelaki yang berasa begitu tertekan untuk mengharungi malam pertama kerana takut tidak dapat memuaskan pasangannya hingga mengakibatkan zakarnya tidak dapat menjadi keras, atau mengakibatkan berlakunya ejakulasi pramatang, atau masalah pancut awal.

Begitu juga dengan kaum wanita, ada yang tertekan sehingga mengemut faraj terlalu kuat menyebabkan zakar suami tidak dapat dimasukkan ke dalam faraj.

Belajar Untuk Bertenang

Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan ketika mengharungi malam pertama adalah anda perlu belajar untuk bertenang. Ini adalah tip malam pertama yang selalu dilupakan oleh pasangan pengantin baru.

Mulakan permainan malam pertama dengan gurau senda atau sentuhan dan belaian lembut sambil berbual atau mengucapkan kata-kata romantis kepada pasangan anda.

Jika si isteri berasa kekok, menjadi tanggungjawab suami untuk meredakan kegugupan isteri dengan sentuhan dan belaian yang bersahaja untuk menghilangkan kekok dan menaikkan nafsu si isteri.

Sambung permainan malam pertama anda dengan ciuman lembut diikuti dengan pelukan dan sentuhan pada bahagian badan pasangan anda.

Jangan terlalu rakus untuk mencium pasangan anda. Lakukan perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan pasangan anda menyerah diri kepada anda.

Kepada isteri, berikan tindak balas ketika suami mencium anda. Jangan pentingkan diri sendiri dan anda harus ingat bahawa suami anda juga dahagakan belaian dan sentuhan dari anda.

Lagi Panduan Untuk Mengharungi Malam Pertama

Kalau anda nak panduan lengkap, atau manual terbaik bagaimana untuk puaskan pasangan pada malam pertama – anda boleh dapatkan panduan E-Buku Kamasutra Bergambar. Ini adalah panduan bersetubuh lengkap dari A-Z yang dijamin akan membantu anda mengharungi malam pertama tanpa sebarang cacat cela.

share-nodes
Kongsi: