Onani Punca Lelaki Lemah Tenaga Batin – Fakta Atau Auta?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Benarkah onani punca lelaki lemah tenaga batin? Masalah kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai sejarah onani dan kerap melakukannya.

Dalam sains, ereksi biasanya berlaku secara spontan apabila seseorang itu dalam keadaan teruja. Ini kerana kemasukan darah dalam liang otot zakar menjadi lancar dan ereksi menjadi kekal, lebih-lebih lagi jika otot lantai pelvis atau otot kemut dicengkam.

Onani punca lelaki lemah tenaga batin

Bagaimanapun, apabila perasaan teruja itu lega, otot kemut juga menjadi lega, menyebabkan ereksi menjadi kurang tegap dan kurang berdaya. Ini biasanya terjadi kepada semua lelaki.

Selain itu, ereksi tidak cukup padat dan mudah hilang kekuatan dalam jangka masa pendek pula sering terjadi kepada lelaki berumur.

Onani punca lelaki lemah tenaga batin

Kajian mengenai pengalaman lelaki yang kerap onani turut mendapati ereksi mereka makin lama makin lemah dan tidak berdaya walaupun pada mulanya ia padat. Ini disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam otot zakar yang biasanya dapat mengekalkan darah di dalamnya tetapi kini tidak dapat berdaya tahan.

Jika geselan dilakukan secara cepat atau laju, ereksi dapat dipadatkan. Namun geselan cepat pula membuatkan zakar hilang daya kawalan dan mudah klimaks lebih awal.

Kajian turut mendapati lelaki lebih mudah klimaks dan tewas ketika bersama pasangan. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi masalah biasa kepada lelaki.

Hakikatnya, semua masalah itu boleh dikatakan berpunca daripada amalan onani yang dilakukan secara kerap atau kronik.

Amalan Yang Membina Kekuatan Batin

Mungkin jika amalan itu dikurangkan dan lelaki melebihkan aktiviti yang membina kekuatan batin seperti melakukan senaman kemut atau Kegel (mencengkam otot kemut dan tahan cengkaman itu untuk beberapa saat) dan melakukannya seberapa banyak dalam seminit), sedikit sebanyak ia dapat membantu.

Cuba lakukan senaman berkenaan secara kerap iaitu tiga hingga lima kali sehari. Kemungkinan dengan cara ini, tahap kepadatan otot kemut anda dapat mempertahankan daya ereksi.

Kaum lelaki juga harus mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala, elak merokok dan jauhi berat badan berlebihan.

Mudah-mudahan kesihatan anda terkawal dan kekuatan fizikal menjadi sempurna, sekali gus menguatkan kekuatan batin. Yang perlu dipercayai, badan sihat akan menjamin kesihatan seksual yang berkekalan.

share-nodes
Kongsi: