Petua Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Faraj – Ilmu Wajib Belajar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Faraj wanita adalah bahagian yang sensitif dan mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit, terutamanya jika faraj tidak dijaga kebersihannya. Jadi adalah perlu anda sebagai seorang wanita mementingkan penjagaan diri, bukan setakat bahagian luaran – tetapi juga dalaman. Petua kali ni memberi tip bagaimana untuk menjaga kebersihan dan kesihatan faraj.

Petua menjaga kesihatan faraj
Wanita, jangan asyik jaga kecantikan luaran sahaja, dalaman pun perlu jaga. Belajar cara menjaga kebersihan dan kesihatan faraj Click To Tweet

Petua menjaga kesihatan faraj

Berikut disenaraikan beberapa petua penjagaan kesihatan faraj untuk para wanita yang pentingkan kebersihan luaran dan dalaman.

  1. Bersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan air.
  2. Ketika haid, anda dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk kuman membiak. Bagi anda yang menggunakan tampon ( masih ada lagi ke zaman sekarang ? ) mereka perlu sentiasa beringat untuk menukarkannya.
  3. Elakkan dari sering mengamalkan “douching” iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan radang kulit.
  4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan radang kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.
  5. Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
  6. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
  7. Selain dari itu, bengkak nanah juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.
  8. Wanita yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan climacteric ataupun selepas menopause.
  9. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
  10. Seelok-eloknya jika anda mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.
  11. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
  12. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah kadar PH faraj dan telah diuji kebersihannya.
  13. Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
  14. Gunakanlah kaedah bagaimana mendapatkan amalan atau petua serta penggunaan herba yang disyorkan yang boleh memuaskan hati suami. Bagaimana faraj sihat merupakan tarikan kepada suami untuk terus bersama anda.

Harus diingat bahawa “prevention is better than cure”, iaitu mencegah lebih baik dari merawat. Amalkan cara hidup yang sihat dan bersih untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga anda dan kenikmatan hubungan seksual suami isteri.

share-nodes
Kongsi: