Ciri-Ciri Wanita Ketagih Melancap

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Melancap atau onani sering dijadikan aktiviti untuk melampiaskan nafsu syahwat. Pada masa dahulu, aktiviti melancap sering dikaitkan dengan kaum lelaki.

Tetapi pada zaman sekarang di mana aktivis feminisme semakin menjadi-jadi, kaum wanita tanpa segan-silu membicarakan tentang onani secara terbuka.

Laman sosial, laman web, dan media barat sering memberi kelebihan melancap. Untuk menghilangkan stress, salah satu contoh aktiviti sihat, dan sebagainya.

Sedangkan kita sebagai masyarakat timur yang penuh budaya, dan berpegang dengan agama sudah pasti menganggap melancap atau aktiviti onani adalah salah satu aktiviti seks yang tidak sihat.

Wanita ketagih melancap

Tanda-Tanda Wanita Ketagih Melancap

Nafsu wanita sebenarnya lebih tinggi dari lelaki. Cumanya mereka pandai mengawal nafsu mereka berbanding kaum lelaki.

Tetapi apabila nafsu tersebut gagal dikawal, ramai yang mengambil langkah mudah dengan melancap.

Terlaku kerap onani secara tak langsung akan menyebabkan berlakunya penyakit ketagihan onani, yang disenaraikan sebagai salah satu aktiviti yang buruk.

Berikut ialah ciri-ciri wanita ketagihan onani.

1. Emosi terganggu

Wanita ketagih melancap seringkali mengalami gangguan emosi. Atau boleh juga dikatakan wanita yang emosinya tidak stabil, akan sering melancap.

Pendek kata, terdapat gangguan pada emosi wanita terbabit jika beliau sering menjadikan aktiviti onani sebagai cara melepaskan nafsu.

Gangguan emosi ini juga akan mengakibatkan ketagihan kepada aktiviti yang buruk ini.

2. Sering letih

Terlalu kerap melancap akan mengakibatkan wanita tersebut sering letih dan lesu. Melancap sebenarnya memerlukan tenaga yang lebih berbanding hubungan seks normal bersama pasangan.

Keletihan dan kelesuan melancap ini dikenali dalam bidang perubatan sebagai keletihan “Mitochondria”. Click To Tweet

Kelesuan ini berlaku apabila fungsi mitochondria, iaitu struktur yang menjana tenaga di dalam sel-sel tubuh berkurangan fungsinya.

Melancap dengan berlebihan boleh menyumbang kepada keletihan ini, yang menyebabkan letih berlebihan selepas orgasma dengan melancap.

3. Mood Swing dan Ketegangan Seksual

Wanita yang sering melancap akan mengalami mood swing yang luar dari kebiasaan. Seringkali tidak, mereka akan berasa tidak selesa, dan perasaan ini selalunya hanya boleh dihapuskan dengan aktiviti onani.

Perbuatan ini akan membawa kepada kitaran ketegangan seksual yang melemahkan individu terbabit.

3. Menyesal dan Rasa rendah diri

Boleh dikatakan majoriti wanita yang melancap akan berasa bersalah selepas orgasma. Kemudian timbul rasa menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi semula perbuatan tersebut.

Tetapi sayangnya sesalan tersebut hanya sementara. Sering kali tidak mereka akan kembali melancap apabila tidak dapat mengawal nafsu.

Kitaran ini memberi kesan secara langsung kepada keyakinan individu terbabit. Mereka akan berasa kurang keyakinan diri, dan sukar untuk memberi fokus dalam aktiviti harian.

4. Kemaluan menjadi kurang sensitif

Ketika melancap, wanita selalunya lebih agresif berbanding hubungan seks normal bersama pasangan. Ini terjadi kerana tiada langsung perasaan malu, dan mereka dapat memuaskan diri mereka sepenuhnya.

Perbuatan ini selalunya menyebabkan wanita terbabit sedikit kasar dengan kemaluan mereka. Hasilnya kemaluan melecet atau melepuh, akibat digosok dengan terlalu rakus.

Kecederaan ringan ini selalunya akan pulih dengan sendiri semasa tidur, di mana tubuh akan membaiki sendiri kecederaan tersebut.

Walau bagaimanapun, wanita ketagih melancap akan meneruskan aktiviti onani mereka dalam masa yang singkat, menyebabkan kecederaan tersebut tidak dapat pulih sepenuhnya.

Ini mengakibatkan permukaan alat sulit menjadi kasar, dan kurang sensitif pada sentuhan. Oleh itu kawasan ini memerlukan rangsangan yang lebih berbanding biasa untuk benar-benar terangsang.

5. Tak puas dengan seks bersama pasangan

Wanita yang gemar melancap selalunya akan dingin dengan pasangan dalam hubungan seks.

Dalam erti kata lain, ramai wanita di dalam kategori ini yang menipu orgasma, iaitu berpura-pura puas ketika bersetubuh dengan pasangan mereka.

Perkara ini terjadi kerana mereka tidak dapat mencapai nikmat ketika bersama pasangan, seperti nikmat yang mereka rasakan ketika beronani.

Kadang-kala kaum lelaki juga mengalami masalah ini. Tetapi sebaliknya, lelaki akan mudah pancut sekiranya mereka gemar beronani, berbanding kaum wanita yang semakin sukar untuk orgasma.

share-nodes
Kongsi: