Ukur Saiz Zakar Dengan Jari – Tak Perlu Guna Pita Pengukur

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Terdapat petua melayu lama yang mengatakan jika ingin mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mempunyai saiz zakar yang besar atau kecil, cuma perlu melihat saiz jari tangan beliau. Ramai yang mengambil petua ini sebagai gurauan.

Walaubagaimanapun, satu kajian oleh para penyelidik Korea Selatan mendapati fakta saiz zakar boleh ditentukan dengan ukuran jari adalah benar dan boleh dijadikan panduan. Kajian ini telah diterbitkan pada “Asian Journal of Andrology“.

Penyelidik Korea Selatan mendapati anda boleh ukur saiz zakar hanya dengan jari Click To Tweet

Kajian menentukan saiz zakar dengan jari ini telah dijalankan oleh para penyelidik dari Universiti Cachon, Incheon, Korea. Kajian tersebut dijalankan terhadap 144 lelaki Korea berumur 20 tahun ke atas yang menjalani pembedahan urologi(kesuburan lelaki).

Para penyelidik mengukur saiz jari telunjuk dan jari manis pada tangan kanan pesakit, dan kemudian mengukur ukur lilit dan panjang zakar ketika lembik dan tegang.

saiz zakar
Tak peru sampai nak guna pita pengukur!

Saiz zakar berdasarkan ukuran jari

Kajian tersebut mendapati:

  1. Jika jari telunjuk lebih pendek daripada jari manis, lelaki tersebut mempunyai zakar yang panjang ketika tegang.
  2. Jika jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis, lelaki tersebut mempunyai zakar yang pendek ketika tegang.

Kajian tersebut juga mendapati lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang pendek dari jari manis mempunyai tahap testosteron yang tinggi berbanding lelaki yang mempunyai jari telunjuk lebih pendek dari jari manis. Dan lelaki yang jari telunjuknya lebih pendek dari jari manis mempunyai hormon estrogen yang tinggi.

Oleh mereka berpendapat ini mungkin memainkan peranan dalam menentukan faktor-faktor maskulin seorang lelaki, termasuk perkembangan organ seksual seperti zakar.

Boleh dijadikan panduan untuk menentukan saiz?

Sebelum anda melihat saiz jari anda, dan membandingkan dengan kawan-kawan anda, anda perlu mengambil kira beberapa faktor penting.

Walaupun kajian yang dijalankan oleh para penyelidik tersebut telah dibuktikan dari segi saintifik, anda harus ingat bahawa kajian tersebut hanya dijalankan terhadap 144 individu. Jadi boleh dikatakan keputusan kajian tersebut tidaklah merangkumi majoriti kaum lelaki di dunia ini. Dan kajian tersebut juga hanya dilakukan terhadap kaum lelaki di Korea Selatan.

Oleh itu, anggaplah kajian ini sebagai ilmu tambahan, dan kepada kaum wanita, jangan pula anda menjadikan kajian ini sebagai panduan mutlak untuk menentukan saiz zakar pasangan anda.

share-nodes
Kongsi: