Rahsia Kamasutra Untuk Pancutkan Isteri – Ilmu Warisan Turun Temurun

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu rahsia Kamasutra untuk pancutkan isteri? Sebelum itu biar saya jelaskan apakah sebenarnya ilmu Kamasutra bagi yang masih samar-samar.

Kamasutra adalah satu seni percintaan silam yang diterbitkan 400 tahun sebelum tahun Masihi. Pengarang kitab Kamasutra, iaitu Vatsayana dikatakan menulis Kamasutra berdasarkan ilmu-ilmu turun temurun yang diwarisi, dipindahkan kepada beliau, dan juga berdasarkan kajian beliau terhadap gerak laku manusia.

rahsia kamasutra untuk pancutkan isteri
Kamasutra, walaupun ilmu ini wujud 400 tahun sebelum Masihi, ia masih diguna pakai sehingga sekarang. Betapa hebatnya ilmu Kamasutra! Click To Tweet

Kenapa kitab Kamasutra terkenal serata dunia

Ilmu Kamasutra telah dijadikan rujukan oleh semua untuk ilmu asmara dan ilmu hubungan seks. Malah boleh dikatakan ilmu Kamasutra adalah panduan lengkap berkaitan ilmu seksual manusia.

Tetapi yang buat ilmu Kamasutra terkenal serata dunia adalah kerana himpunan posisi-posisi seksnya yang unik dan berkesan. Pelbagai variasi posisi seks moden telah dicipta berdasarkan olahan terhadap posisi seks Kamasutra. Posisi-posisi seks ini telah terbukti dapat buat pasangan mencapai kepuasan dalam hubungan seks.

Ilmu asmara Kamasutra

Walaubagaimanapun, ilmu Kamasutra tidak hanya mengandungi posisi seks, tetapi sebenarnya adalah panduan percintaan yang lengkap.

Ajaran Kamasutra menekankan prinsip bahawa untuk mencapai kebahagiaan di dalam rumahtangga, setiap pasangan perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan mahir membahagiakan pasangan masing-masing, bukan sahaja di ranjang tetapi dalam segenap faktor kehidupan, rohani dan jasmani.

Oleh itu ilmu Kamasutra dipenuhi dengan tips menggoda pasangan, tips meningkatkan kualiti hubungan seks, teknik melayan pasangan di ranjang, dan pelbagai ilmu yang boleh pasangan suami isteri mengalami pengalaman yang hebat di ranjang.

Rahsia Kamasutra untuk pancutkan isteri

Jika ajaran seksual moden mencipta pelbagai teknik untuk buat isteri puas dalam aktiviti seks sehingga klimaks dan pancut, Kamasutra lebih awal lagi mengajar bagaimana buat isteri pancut dengan ilmunya yang unik.

Teknik-teknik moden lebih menekankan rangsangan pada bahagian sensitif isteri seperti payudara, biji kelentit dan G-Spot untuk memberi kepuasan sepenuhnya kepada isteri. Tetapi ajaran Kamasutra lebih tertumpu kepada bagaimana untuk melayan isteri daripada mula berasmara, ketika persetubuhan, dan mengakhiri aktiviti asmara.

Secara ringkas ajaran Kamasutra lebih menekankan aktiviti seksual yang dipenuhi dengan percintaan dan bukan nafsu semata. Dalam erti kata lain, Kamasutra lebih menekankan persediaan asmara, dan  peringkat foreplay untuk meningkatkan ghairah isteri berbanding rangsangan khusus kepada titik ghairah isteri.

Oleh itu, tidak syak lagi ilmu dan rahsia Kamasutra untuk pancutkan isteri ini sangat berkesan dan boleh diamalkan oleh suami.

Persediaan asmara

Persediaan sebelum berasmara amat dititikberatkan oleh ajaran Kamasutra. Faktor-faktor seperti menyediakan lokasi untuk aktiviti seks, merapikan diri sebelum aktiviti seks, dan mewujudkan suasana romantis dan sensual untuk meningkatkan ghairah seks adalah antara faktor yang ditekankan oleh ajaran Kamasutra.

Bagi Kamasutra adalah amat penting untuk mewujudkan suasana yang sesuai untuk aktiviti asmara supaya hubungan seks yang dilalui akan dipenuhi dengan penuh suasana percintaan untuk meningkatkan kasih sayang antara suami isteri.

Ini adalah antara elemen terpenting yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan ketika berasmara.

Teknik foreplay Kamasutra

Oleh kerana Kamasutra sangat mementingkan pemanasan atau foreplay, terdapat pelbagai teknik yang telah dicipta oleh ajaran Kamasutra untuk meningkatkan teknik foreplay ke tahap yang lebih tinggi.

Ajaran foreplay Kamasutra merangkumi teknik ciuman, teknik pelukan, teknik menggigit, teknik mencakar dan teknik seks oral.

Teknik-teknik foreplay yang diajar oleh Kamasutra adalah berbeza dengan teknik-teknik foreplay moden, di mana setiap teknik foreplay Kamasutra mempunyai tujuan tersirat, dan bukan dicipta semata-mata untuk meningkatkan nafsu pasangan ketika berasmara.

Sebagai contoh, teknik foreplay menggigit dan mencakar Kamasutra dicipta supaya bukan sahaja untuk buat pasangan lebih ghairah dengan gigitan dan cakaran lembut anda, tetapi supaya perilaku ini akan meninggalkan bekas pada tubuh pasangan anda.

Ini akan buat pasangan anda senantiasa mengingati saat indah bersama walaupun berjauhan setiap kali tersentuh, atau terpandang bekas gigitan, atau cakaran anda. Ilmu Kamasutra ini dikenali sebagai ‘Bekas Asmara’.

Begitu juga teknik-teknik foreplay Kamasutra yang lainnya.

Posisi seks Kamasutra

Kamasutra terkenal dengan posisi-posisi seksnya yang unik dan telah dibuktikan dapat buat pasangan mengalami nikmat maksima ketika persetubuhan.

Kebanyakkan posisi seks Kamasutra dikatakan dicipta berdasarkan ilham penulis Kamasutra, iaitu Vatsayana melalui pertapaan beliau, dan pemerhatian beliau terhadap fisiologi Manusia.

Posisi-posisi seks Kamasutra telah disempurnakan zaman berzaman dan boleh dikatakan posisi-posisi seks Kamasutra adalah posisi seks terbaik yang harus dipraktikkan oleh setiap pasangan yang ingin mengalami nikmat mutlak ketika persetubuhan.

Antara kelebihan-kelebihan posisi seks Kamasutra ialah posisi seks Kamasutra dicipta dengan tujuan utama untuk membantu suami memberi kepuasan sepenuhnya kepada isteri, iaitu posisi-posisi seks ini akan membantu para suami mengawal ejakulasi, tetapi dalam masa yang sama buat isteri mengalami sensasi yang hebat lalu memudahkan isteri klimaks dan puas.

Ini diperolehi dengan posisi seks yang mengubah lokasi dan sudut zakar supaya setiap tujahan zakar akan dapat merangsang keseluruhan lubang faraj isteri dan titik-titik ghairah isteri seperti biji kelentit dan G-Spot.

Ini adalah antara salah satu rahsia Kamasutra untuk pancutkan isteri melalui posisi seks yang hebat.

Praktikkan ajaran Kamasutra untuk puaskan isteri

Jika saya hendak menulis ajaran lengkap Kamasutra untuk memuaskan isteri ketika berasmara di laman web ini,  adalah tidak praktikal dan menyusahkan anda untuk buat rujukan dan panduan.

Oleh itu saya telah mengambil inisiatif untuk membukukan ilmu Kamasutra ke dalam satu panduan lengkap sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu.

Panduan Ebuku Kamasutra Bergambar ini mempunyai 232 muka surat lengkap dengan ajaran Kamasutra dari persediaan sebelum berasmara, teknik-teknik foreplay Kamasutra, posisi-posisi seks Kamasutra, dan bagaimana untuk terus mengikat hati pasangan anda selepas berasmara. Ini adalah satu-satunya panduan Kamasutra lengkap 100% di dalam Bahasa Melayu.

Jika anda ingin mempelajari ilmu seks Kamasutra untuk memberi kepuasan mutlak kepada pasangan anda, anda perlu dapatkan panduan ini kerana ilmu ini adalah sangat ‘rare’ dan telah terbukti sejak zaman berzaman dapat meningkatkan hubungan seks anda ke tahap yang belum pernah anda alami sebelum ini.

share-nodes
Kongsi: