Mitos Seks Yang Perlu Semua Pasangan Suami Isteri Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Mitos seks? Banyak mitos-mitos berkaitan hubungan seks yang dapat melunturkan atau mengurangkan kenikmatan seksual.

Dengan mengenali dan memahami mitos-mitos ini anda akan dapat meninggalkan fakta-fakta yang tidak membantu hubungan seks dan belajar bagaimana untuk menikmati hubungan seks dengan sihat dan nikmat.

Banyak mitos hubungan seks yang bersangkut-paut dengan amalan agama yang ekstrem, manakala ada pula yang menganggap hubungan seks hanyalah untuk mendapatkan keturunan. Seringkali dalam tidak sedar ramai yang dipengaruhi oleh kesan negatif tentang hubungan seks hasil daripada mitos-mitos seks yang ditanamkan ke dalam pemikiran mereka ketika zaman kanak-kanak.

Adakah anda masih dibelenggu oleh mitos-mitos hubungan seks ini?

Mitos seks
Banyak mitos berkaitan seks yang masih ramai pasangan suami isteri percaya Click To Tweet

Mitos Seks yang popular

  1. Hubungan Seks adalah sesuatu yang kotor
    Jika mereka tidak menggunakan istilah kotor sekalipun mereka akan menganggap hubungan seksual adalah sebagai sesuatu yang menjijikkan dan memalukan.
  2. Hubungan Seks harus semula jadi dan spontan
    Pandangan ini menyebabkan ramai yang berpegang kepada pendapat bahawa pendidikan seks sihat tidak diperlukan. Mereka percaya bahawa adalah salah dan tidak sesuai jika ingin mempelajar teknik baru atau posisi-posisi baru ketika berasmara yang boleh memberikan lebih kenikmatan ketika hubungan seks.
  3. Bercumbu adalah dalam kategori Hubungan Seks
    Di Barat, foreplay dan seks oral tidak dinamakan sebagai Hubungan Seks, kecuali apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj, barulah dikenali sebagai Hubungan Seks.
  4. Seks adalah tanggungjawab lelaki
    Ramai wanita yang mengharapkan hanya kaum lelaki yang mengajak mereka untuk berasmara, atau memulakan hubungan seks seterusnya memberikan mereka orgasma. Mitos dan pemikiran kolot ini harus dihapuskan dengan segera, tambahan lagi di dalam kehidupan berumah tangga kerana secara tidak sedar tanggapan seperti ini akan merenggangkan hubungan suami isteri.
  5. Kaum Lelaki sentiasa menginginkan Seks
    Kaum wanita sering menyangkakan bahawa kaum lelaki bersedia melakukan hubungan seks pada bila-bila masa sahaja. Ini tidak benar kerana kadang kala kaum lelaki juga letih dan hilang nafsu untuk hubungan seksual.
  6. Hubungan Seks memerlukan ereksi
    Seorang lelaki dapat memberikan dan menerima kenikmatan tanpa perlu ereksi yang keras. Malah dalam keadaan separuh ereksi juga kaum lelaki boleh melakukan penembusan zakar.
  7. Seks harus disudahi dengan orgasma
    Kaum wanita dapat menikmati keindahan hubungan seks tanpa perlu mencapai orgasma. Malah kaum lelaki juga apabila usia semakin meningkat dapat mencapai kenikmatan tanpa perlu mengalami orgasma atau ejakulasi / klimaks.

Semoga setelah mengetahu mitos-mitos seks yang telah lama tertanam di dalam minda masyarakat kita, kita akan lebih terbuka dan lebih menikmati hubungan seks yang sihat.

share-nodes
Kongsi: