Teknik Ciuman Untuk Puaskan Pasangan – Rugi Tak Belajar Ilmu Ni

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu teknik ciuman untuk puaskan pasangan?

Ciuman adalah teknik menggoda yang boleh dikatakan wajib dan digunakan dalam aktiviti seksual. Ini tidak menghairankan kerana ciuman dikatakan mempunyai kuasa misteri yang boleh menaikkan ghairah pasangan dan buat mereka tewas di dalam pelukan.

Teknik ciuman untuk puaskan pasangan
Tahu tak, manual seks tertua dunia iaitu Kama Sutra mengatakan Seks bermula dari bibir Click To Tweet

Kuasa Ciuman

Oleh itu jika anda benar-benar ingin memuaskan pasangan anda di ranjang, anda perlu menggunakan dan memanipulasi kuasa ciuman untuk kelebihan anda ketika berasmara.

Walaubagaimanapun, teknik-teknik ciuman ini dilakukan dengan sempurna, bukan asal ‘tangkap muat je’.

Teknik Ciuman Untuk Puaskan Pasangan

Berikut ialah tips dan teknik yang boleh membantu anda untuk merealisasikan teknik ciuman untuk puaskan pasangan.

Sebelum Bercium

Kebanyakan pasangan tidak mengambil berat akan perkara ini. Setiap perkara jika dilakukan dengan persediaan yang teliti akan membuahkan hasil yang lebih sempurna. Bercium tidak berkecuali dalam hal ini.

Persediaan sebelum bercium adalah sangat penting untuk memastikan pengalaman bercium anda dan pasangan akan meningkatkan mood untuk berasmara, bukan sebaliknya.

Antara persediaan bercium yang sering diabaikan oleh setiap pasangan ialah kebersihan mulut. Ini adalah pengetahuan umum. Sudah pasti jika mulut anda atau si dia berbau kurang menyenangkan ketika bercium anda atau si dia akan hilang mood untuk aktiviti seterusnya.

Begitu juga misai yang tajam. Kepada suami, jika anda baru bercukur, pastikan anda mencukur dengan rapi dan tidak meninggalkan bekas pada wajah anda. Anda harus ingat yang bibir adalah organ yang sensitif pada sentuhan, tambahan lagi bibir isteri anda.

Tetapi jangan pula anda cukur janggut anda. Jika ada yang tak tahu, kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar seksual mendapati geseran janggut akan menaikkan nafsu isteri.

Sentuhan Ketika Bercium

Jangan jadi patung ketika bercium. Anda ada dua tangan yang boleh anda gunakan sepenuhnya ketika bercium. Oleh itu gerak kan keseluruhan tangan anda.

Jangan teragak-agak untuk menyentuh dan membelai tubuh pasangan anda ketika bercium. Tetapi anda harus ‘take it slow’. Jangan terus menyentuh kawasan sensitif pada tubuh pasangan anda. Lebih-lebih lagi kepada suami yang selalu tidak sabar-sabar untuk memegang zon erotik isteri.

Lakukan perlahan-lahan. Mulakan dengan kawasan wajah pasangan. Lebih mengasyikkan lagi jika anda menggunakan jari anda untuk membelai bibir pasangan anda.

Kemudian teruskan dengan telinga, leher, baru, tangan dan seterusnya. Teruskan lagi dengan kawasan-kawasan berhampiran zon erotik pasangan.

Apabila anda rasakan beliau telah bersedia, barulah sentuh lembut kawasan zon erotik pada tubuh beliau.

Ingat, jangan tergopoh-gapah. Nikmatilah keasyikan bercium dengan penuh romantis dan erotik.

Gigitan Ciuman

Pernah tak anda menggigit bibir pasangan anda ketika bercium?

Jika tak pernah, ini adalah peluang terbaik untuk anda belajar teknik ini. Teknik gigitan asmara bukanlah teknik baru. Malah teknik ini telah dipraktikkan sejak dahulu kala lagi, seperti yang dinyatakan di dalam kitab-kitab asmara silam seperti Kamasutra dari India dan Manual Seks Tao dari China.

Cara paling mudah untuk menggunakan teknik gigitan ketika bercium ialah dengan menggigit lembut bibir atas dan bibir bawah pasangan. Pastikan dengan lembut ya, bukan kasar.

Jika anda masih samar-samar, cara menggigit ialah gigit lembut bibir pasangan dalam satu atau dua saat dan lepaskan. Teruskan bercium kemudian gigit kembali bibir pasangan.

Bukan menggigit berterusan atau berkali-kali seperti mengunyah makanan.

Erangan Ciuman

Erangan dan desahan yang ketika berasmara telah dibuktikan dapat meningkatkan nafsu dan keinginan untuk aktiviti di ranjang.

Oleh itu kenapa anda masih malu-malu untuk mengerang dan mendesah dengan pasangan anda?

Keluarkan bunyi yang menunjukkan anda berasa ghairah dan terangsang ketika si dia membelai anda. Sudah pasti beliau lebih bernafsu dan terus berminat untuk menggomol anda.

Tetapi jangan pula ‘over’. Bunyi-bunyian lembut sudah memadai.

Oh ya, jangan lupa juga untuk membisikkan lembut ke telinga pasangan bagaimana anda menghargai, dan menyayangi beliau. Selang-selikan kata-kata romantis ini dengan erangan dan desahan kepuasan anda.

Bukan Hanya Bibir

Salah kesalahan ketika bercium yang disering dilakukan pasangan ialah hanya menumpukan kepada bibir. Sedangkan ciuman bukan hanya pada bibir, tetapi boleh dilakukan kepada segenap tubuh pasangan.

Bahagian-bahagian lain yang sensitif seperti kelopak mata, dagu, leher, dan cuping telinga adalah antara bahagian-bahagian yang boleh anda cium dengan bibir anda.

Ini tidak termasuk bahagian-bahagian yang sudah dikenal pasti sebagai titik ghairah, iaitu payudara, perut, pangkal paha dan sebagainya. Jangan lupa melayangkan ciuman anda pada zon erotik ini.

Tetapi satu tips yang perlu anda ingat ketika mencium bahagian-bahagian ini. Jangan tertumpu kepada satu kawasan pada masa yang lama. Ini akan buat pasangan bosan dan hilang mood. Lakukan eksplorasi ke segenap tubuh pasangan anda.

Dijamin pasangan anda akan hilang kawalan diri dan bersedia sepenuhnya untuk aktiviti lanjut.

Pelbagai Teknik Ciuman Untuk Puaskan Pasangan

Seperti juga posisi seks yang pelbagai, ciuman juga sebenarnya mempunyai banyak variasi. Ramai yang hanya tahu teknik ciuman Perancis atau “French Kiss”.

Sudah pasti kerana teknik ciuman Perancis adalah terkenal di serata dunia. Teknik ciuman ini juga boleh dikatakan teknik ciuman wajib yang dipraktikkan setiap pasangan ketika berasmara.

Tetapi pernah tak anda dengar teknik Ciuman Abjad, Ciuman Eskimo, Ciuman Sejuk Panas, dan sebagainya?

Teknik-teknik ciuman ini jarang diketahui umum. Sayang sekali kerana teknik-teknik ini adalah teknik ciuman hebat yang boleh buat pasangan anda layu dalam pelukan anda.

Contohnya, teknik Ciuman Eskimo adalah teknik ciuman yang menggunakan hidung. Siapa kata ciuman hanya boleh dilakukan dengan bibir? 🙂

Teknik Ciuman Eskimo ini selalu digunakan sebagai pembuka bicara ciuman, dan teknik ini sangat berkesan dalam memulakan foreplay anda berdua.

Begitu juga teknik Ciuman Abjad yang digunakan ketika anda berdua sudah panas. Malah boleh dikatakan teknik ciuman ini adalah lanjutan atau ‘extension’ kepada teknik Ciuman Perancis. Caranya amat mudah, ialah ketika lidah anda berada di dalam mulut pasangan, tulis abjad-abjad dengan lidah anda.

Mudah bukan?

Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik ciuman hebat yang boleh anda pelajari melalui Panduan Seni Ciuman yang saya terbitkan. Malah boleh dikatakan teknik-teknik ciuman yang terdapat di dalam panduan ini adalah teknik-teknik ciuman “Advance” yang jarang didedahkan di dalam Bahasa Melayu.

Panduan ini bukan sahaja mengandungi teknik-teknik ciuman yang ‘Advance’, tetapi juga dipenuhi dengan tips-tips ciuman yang akan menjadikan anda seorang pakar ciuman.

Sudah pasti tiada lagi masalah untuk anda menggoda si dia dengan ciuman anda selepas anda mempelajari tips-tips ini.

Gunakan peluang ini untuk meningkatkan ilmu asmara anda sebaik mungkin. Klik link yang saya berikan di atas dan dapatkan panduan Seni Ciuman untuk membongkar ilmu yang unik ini.

share-nodes
Kongsi: