Imam Cabul Lelaki Bogel – Beri Alasan Untuk Buat Rawatan Tradisional

Dikirim pada 9 Dis 2009

Sukar untuk dipercayai apabila seorang imam sebuah masjid ditahan selepas dipercayai melakukan kelucahan melampau terhadap pesakit lelakinya ketika menjalankan proses rawatan tradisional di sebuah hotel di bandar ini.

imam cabul lelaki bogel
Sekadar gambar hiasan
Lelaki disuruh berbogel oleh imam masjid dengan alasan untuk melakukan rawatan tradisional. Last-last kena cabul dengan imam Click To Tweet

Imam cabul lelaki

Lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan melakukan rawatan pelik apabila mangsa berusia 22 tahun itu diarah berbogel ketika menjalani rawatan. Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk warga emas berkenaan hanya mengikut arahan dengan harapan penyakit dialaminya akan sembuh.

Sumber berkata, sebelum itu, lelaki berkenaan yang tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dikatakan datang berjumpa lelaki berkenaan untuk mengubati penyakitnya. Menurutnya, mangsa yang tiba di stesen bas di Pulau Sebang, dekat sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta dan dibawa ke sebuah hotel untuk menjalani proses rawatan.

“Sebaik berada dalam bilik, mangsa diarahkan supaya berbogel untuk menjalani rawatan mengubati penyakitnya secara tradisional.

“Selepas mangsa membuka pakaian, imam berkenaan melakukan urutan di seluruh badan, katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu bagaimanapun terperanjat apabila mendapati imam itu melakukan tindakan di luar dugaan dengan meramas buah dada, memegang kemaluan, mengusap telinga dan mencium bibirnya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut segera memakai semula pakaiannya lalu melarikan diri dari situ bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Tampin sejurus kemudian. Sepasukan anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke hotel berkenaan dan menahan imam itu.

“Berikutan itu, imam terbabit kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan, katanya.

Imam berkenaan dikatakan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai ustazah sebuah sekolah dan mempunyai tiga anak serta beberapa cucu. Dia juga penceramah bebas dan pendakwah di seluruh negara.

Difahamkan, lelaki itu sebelum ini didakwa pernah melakukan beberapa kes merangsang seks terhadap kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk mengaji al-Quran.

Menurut seorang bapa yang enggan dikenali, anaknya yang berusia sembilan tahun pernah menjadi mangsa imam terbabit pada November 1989. Namun, katanya, atas dasar menghormatinya sebagai seorang tok guru dan isterinya sebagai seorang ustazah, perkara itu diselesaikan secara baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan polis menahan lelaki terbabit.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan