Banci Seks di China: Fakta Yang Mengejutkan Dunia

Dikirim pada 22 Nov 2008

Banci seks untuk pasangan di negara China dan Hong-Kong menunjukkan bahawa pasangan di negara China adalah pasangan yang paling sukar untuk mencapai orgasme dalam hubungan seks.

banci seks di China
Pasangan di China & Hong Kong adalah pasangan yang kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka Click To Tweet

Keputusan banci seks di China

Hanya 37% pasangan di China dan Hong-Kong yang mengaku mereka mencapai orgasme dan puas dengan hubungan seks mereka dari banci seks yang dilakukan. Manakala 51% pula hanya sekadar puas tapi tidak mencapai nikmat yang diharapkan dalam seks. 8% percaya hubungan seks yang mereka lakukan hanya sebagai rutin harian dan bukan satu aktiviti yang istimewa dalam hubungan suami isteri. Dan lebihan 4% tidak memikirkan langsung tentang seks.

Krisis seks yang berlaku di China lebih teruk lagi apabila 81% daripada lelaki yang ditemuduga menjalani hubungan seks kurang dari 3 kali seminggu, dan 21% wanita mengaku mereka tidak pernah mencapai orgasme dalam hubungan seks.

Negara lain tidak jauh ketinggalan

Negara-negara Asia lain seperti Jepun dan Singapura juga berada di peringkat yang membimbangkan dari banci seks yang dilakukan.

Dari pasangan di negara Jepun yang melakukan hubungan seks, hanya 27% yang mengaku mencapai orgasme dan klimaks dalam hubungan seks. Manakala hanya 36% pasangan di Singapura yang mencapai orgasme dari banci seks yang dilakukan.

Masyarakat Jepun ketika ditanya bagaimanakah perasaan mereka terhadap klikmaks atau orgasme dalam hubungan seks, rata-rata menjawab mereka mengaku tidak puas dengan orgasme yang mereka rasakan.

Kenapa masalah ini berlaku?

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku, iaitu kurang berkeinginan untuk melakukan hubungan seks?

Masalah utama yang boleh menyebabkan nafsu seks menurun ialah kerana cara hidup dan faktor kesihatan. Cara hidup yang terlalu sibuk di China mungkin menyumbang kepada masalah ini. Tambahan pula dengan tekanan yang dihadapi akibat masalah-masalah seperti kewangan dan keluarga.

Faktor kesihatan juga memainkan peranan utama yang menyebabkan turunnya nafsu seksual. Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan individu kurang berkeinginan untuk melakukan seks dengan pasangan mereka.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan