7 Penyakit Zakar Yang Pelik-Pelik – Semua Lelaki Wajib Ambil Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Penyakit zakar yang pelik, tetapi benar-benar pada masa sekarang.

Zakar adalah senjata setiap lelaki. Sebagai senjata utama ketika beradu di ranjang, setiap lelaki menjaga zakar seperti menatang minyak yang penuh. Malah secara tidak sedar lelaki akan melindungi zakar mereka ketika bahaya.

Namun begitu, sebagai salah satu organ pada tubuh manusia, zakar juga tidak terlepas dari penyakit yang cukup sinonim dengan manusia. Selain penyakit alat sulit lelaki yang biasa kita dengar seperti Sifilis dan ‘Gonorrhea’, terdapat beberapa penyakit yang jarang diketahui, dan jarang didedahkan.

Penyakit zakar

Penyakit zakar pelik

Penyakit-penyakit ini bunyinya agak pelik, dan definisi atau penerangannya juga agak pelik, dan kelihatan seperti tak mungkin akan berlaku. Tetapi hakikatnya penyakit-penyakit alat sulit lelaki ini wujud, dan benar-benar berlaku

Invaginated

Penyakit zakar yang ini tiada istilah di dalam Bahasa Melayu. Istilah “Invaginated” diilhamkan daripada perkataan “vagina”, iaitu faraj wanita. Apa kaitan faraj dengan penyakit ini?

Invaginated adalah situasi di mana zakar ditolak masuk ke dalam tubuh dengan tekanan yang kuat, sehingga keseluruhan zakar tersekat dan tidak dapat dikeluarkan. Walaupun situasi ini kelihatan mengerikan bagi kaum lelaki, penyakit ini adalah terpencil dan hanya berlaku dalam situasi tertentu seperti kemalangan motosikal.

Penyakit ini boleh disembuhkan dengan pembedahan, di mana zakar akan ditarik keluar semula ketika pembedahan berlangsung. Kadar untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah tinggi dan zakar boleh berfungsi dengan normal semula setelah pesakit disembuhkan.

Zakar saksofon

Penyakit jenis ini menyebabkan zakar bengkok seperti saksofon, sesuai dengan nama yang diberikan kepada penyakit ini. Penyakit zakar ini juga dikenali sebagai “ram’s horn” atau jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu berbunyi tanduk kambing.

Penyakit ini diakibatkan oleh jangkitan pada limpa, atau jangkitan bakteria yang diakibatkan oleh penyakit kelamin yang dinamakan sebagai ‘Chlamydia’. Penyakit ini adalah unik dan jarang-jarang sekali berlaku kepada lelaki.

Pakar perubatan menyatakan bengkak-bengkak yang berlaku pada zakar apabila seseorang dijangkiti penyakit ini boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan, tetapi keadaan zakar yang bengkok mungkin sukar untuk diubati.

Individu yang dijangkiti penyakit ini mungkin sukar untuk menjalani kehidupan seks yang normal disebabkan oleh keadaan fizikal zakar mereka.

Wayar berselirat

Pembedahan pada usus besar atau rawatan kanser prostate dalam sesetengah kes terpencil, boleh mengakibatkan keadaan yang dinamakan ‘fistula’.  Keadaan ini adalah di mana tisu yang menyambungkan saluran kencing kepada dubur terkoyak.

Simptom utama jika situasi ini berlaku kepada seseorang individu ialah air kencing akan menitik keluar dari lubang dubur, dan najis mungkin boleh memasuki saluran kencing dan pundi kencing.

Penyakit terpencil ini boleh diubati melalui pembedahan, tetapi proses penyembuhan selepas pembedahan memakan masa yang sangat lama.

Ikan pencungkil gigi

Di dalam Sungai Amazon, terdapat sejenis ikan yang dinamakan ikan ‘candiru’. Ikan ini dikenali sebagai ikan pencungkil gigi kerana saiznya yang sangat kecil.

Apa kaitannya ikan ini dengan zakar anda? Ikan ini telah dikenal pasti boleh dan akan memasuki lubang pada zakar lelaki yang sedang berenang. Ini kerana ikan-ikan ini keliru dengan bukaan lubang saluran kencing pada zakar denga tempat persembunyian mereka.

Setelah masuk ke dalam zakar, ikan-ikan ini akan melekat di dalam zakar dan menjamu selera mereka dengan darah anda. Ikan-ikan ini boleh dikeluarkan daripada zakar, tetapi proses mengeluarkan ikan-ikan ini adalah amat sukar dan seperti yang anda bayangkan, sangat sakit!

Keras tapi sakit

Plak yang terbina di dalam zakar boleh menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai ‘Peyronie’, yang menyebabkan zakar sedikit melengkung, sekali gus zakar akan berasa amat sakit ketika keras.

Lebih menakutkan antara 65,000 hingga 120,000 lelaki pertengahan umur didiagnosis dengan penyakit ini setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyakit ini boleh diubati dengan ubat-ubatan, tetapi ini juga tidak menjamin individu yang mengalami penyakit ini sembuh 100%.

Zakar patah

Walaupun zakar anda tidak mempunyai tulang, jangan terkejut sekiranya zakar anda juga boleh patah.

Zakar anda mempunyai tiub atau saluran yang dikenali sebagai ‘corpus cavernosa’, iaitu tiub yang dipenuhi dengan darah ketika anda terangsang dan zakar anda keras.

Jika tiub ini terlebih bengkok ketika hubungan seks, tiub ini boleh pecah dan darah akan memenuhi zakar anda, menyebabkan bengkak, atau lebih teruk lagi hilang keupayaan seksual jika tidak dirawat dengan segera.

Keras tiga bulan

Selepas buat tatu nama teman wanita pada zakarnya, seorang lelaki mengalami ereksi berlanjutan selama 3 bulan, diikuti dengan separa ereksi selepas itu.

Ini berlaku kerana jarum tatu masuk terlebih dalam pada zakar, seterusnya menyebabkan pengaliran darah yang abnormal pada zakar lelaki tersebut.

Oleh kerana doktor menyatakan beliau masih boleh menjalani hubungan seksual secara normal, lelaki tersebut meneruskan kehidupan beliau seperti biasa tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Pelik tetapi tidak mustahil

Penyakit-penyakit ini mungkin berbunyi pelik, dan adalah kes terpencil. Tetapi ini tidak bermakna penyakit-penyakit zakar ini tidak boleh berlaku kepada anda. Oleh itu pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan ‘senjata’ anda, dan pastikan juga anda menjalani hubungan seks yang sihat bersama pasangan anda.

Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat!

share-nodes
Kongsi: