7 Ajaran Kamasutra Yang Suami Isteri Perlu Belajar & Ambil Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Ajaran Kamasutra yang ditulis oleh Vatsayana adalah manual seks yang dinobatkan sebagai manual seks tertua di dunia. Seringkali manual seks ini dijadikan sebagai rujukan oleh mereka yang ingin mendapat maklumat atau ilmu berkaitan hubungan seks.

ajaran kamasutra
Kamasutra adalah manual seks paling tua di dunia dan telah diterjemahkan hampir kesemua bahasa utama di dunia Click To Tweet

Lebih dari posisi seks

Ajaran Kamasutra menjadi tersohor kerana kandungan posisi-posisi seks yang terdapat di dalamnya. Ini tidak mengejutkan kerana posisi-posisi seks yang terkandung di dalam ajaran Kamasutra boleh dikatakan sebagai posisi seks yang terbaik dan boleh memberikan nikmat mutlak kepada pasangan yang mengamalkannya.

Walaubagaimanapun ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ajaran Kamasutra adalah lebih daripada posisi seks.

Ajaran-ajaran ini merangkumi dari bagaimana untuk mendapatkan kepuasan dalam hubungan sehinggalah kepada bagaimana untuk memilih pasangan yang sesuai, bagaimana untuk menjalani kehidupan yang bahagia bersama pasangan, sehinggalah kepada kepentingan ilmu untuk lelaki mahupun wanita.

7 ajaran Kamasutra

Di sini saya senaraikan 9 ajaran Kamasutra yang boleh membantu anda sebagai suami, atau isteri untuk membahagiakan pasangan anda di ranjang.

1. Kamasutra memandang tinggi wanita yang berilmu

Walaupun masyarakat dahulu kala memandang wanita sebagai hanya perlu berada di dapur dan melayan suami, ajaran Kamasutra menekankan pentingnya seseorang wanita mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

Sebagai contoh ajaran di dalam manual seks ini menggalakkan wanita yang ingin berkahwin menelaah semua ajaran yang terdapat di dalam Kamasutra supaya beliau dapat menguruskan kehidupan suami dan rumahtangga selepas berkahwin.

Wanita juga digalakkan untuk mempelajari seni-seni, 64 jenis khususnya untuk buat beliau lebih menarik pada dan berketerampilan pada masyarakat.

Antaranya ialah bermain alat muzik, ilmu menggoda suami, menyelesaikan teka-teki, sehinggalah kepada mengambil tahu akan hal ehwal dunia atau semasa.

Anda harus faham yang pada zaman tersebut, ilmu-ilmu ini dipandang tinggi oleh masyarakat.

Ini menunjukkan ajaran Kamasutra menekankan bahawa wanita yang berilmu, pintar, bijak adalah lebih menarik dari segi seksual, salah satu fakta yang diabaikan oleh masyarakat pada masa kini.

2. Kamasutra menitikberatkan kepentingan menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang

Selain daripada membincangkan berkaitan hubungan seks, ajaran Kamasutra juga memberi tips dan panduan bagaimana untuk menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang.

Konsep utama Kamasutra ialah suami yang sihat dan isteri yang sihat akan menjurus kepada hubungan seksual yang sihat.

Jika anda renung secara lebih mendalam, ini tidak mengejutkan kerana sesetengah posisi-posisi seks yang terdapat dalam ajaran Kamasutra memerlukan pasangan mempunyai tubuh fizikal yang sihat untuk dilaksanakan.

Antara tips-tips kesihatan yang diberikan oleh Kamasutra ialah si suami harus sentiasa bercukur bukan sahaja pada muka, tetapi juga pada bahagian lain pada tubuhnya, pasangan harus tinggal di dalam rumah yang dimasuki angin dan cahaya matahari, sentiasa membersihkan diri/mandi, sentiasa menggosok gigi dan mengekalkan penampilan yang sihat sepanjang masa.

3. Kamasutra mengajar suami bagaimana untuk mendekati dan menggoda isteri

Ajaran Kamasutra memberi panduan terperinci kepada para suami bagaimana untuk berkomunikasi dengan isteri mereka dan pada masa yang sama menggoda isteri.

Kamasutra juga mengajar suami bagaimana untuk menyentuh isteri dan memberi saranan bahawa mereka berkeinginan untuk hubungan seks.

Contoh tips Kamasutra ialah suami harus memulakan dengan menyentuh bahu isteri mereka dan lihat tindak balas isteri, adalah beliau berkeinginan yang sama atau tidak.

Ajaran Kamasutra kemudiannya meneruskan dengan jenis-jenis sentuhan dan pelukan yang boleh menggoda pasangan, dan dalam masa yang sama boleh memberi maklumat sama ada pasangan anda bersedia untuk aksi seterusnya ataupun tidak.

4. Kamasutra memberi 8 jenis teknik pelukan untuk menggoda pasangan

Kamasutra mensyaratkan setiap hubungan seks harus dimulakan dengan pelukan. Walaupun ajaran Kamasutra mengajar suami bagaimana untuk mendekati isteri mereka saat berkeinginan untuk seks, Kamasutra juga memberikan lapan jenis pelukan yang boleh digunakan pada permulaan hubungan seks.

Teknik pelukan Kamasutra ini merangkumi pelukan dari permulaan foreplay sehinggalah apabila suasana mula hangat, iaitu teknik-teknik pelukan yang boleh meningkatkan nafsu anda dan pasangan untuk aksi seterusnya di ranjang.

Seringkali teknik-teknik pelukan Kamasutra ini boleh dikatakan sebagai salah satu seni foreplay yang mujarab dan akan membuahkan hasil.

5. Kamasutra mengajar teknik bercium

Permainan foreplay tidak akan lengkap tanpa ciuman. Ajaran Kamasutra memberikan teknik ciuman yang lengkap merangkumi dari jenis-jenis ciuman, iaitu bagaimana untuk bercium sehinggalah kepada lokasi ciuman, iaitu di mana perlu anda aplikasikan teknik ciuman yang telah anda pelajari kepada tubuh pasangan anda.

Teknik-teknik ciuman Kamasutra juga mengambil kira faktor intensiti, lokasi persekitaran dan diselang-selikan dengan gigitan-gigitan asmara.

6. Kamasutra membahagikan hubungan seks kepada 64 jenis tindakan

Kitab Kamasutra asal sebenarnya tidak menyenaraikan posisi-posisi seks secara khusus, tetapi membahagikan hubungan seks kepada 64 jenis tindakan termasuklah persetubuhan.

Tindakan-tindakan ini merangkumi daripada menggoda untuk menimbulkan nafsu, jenis-jenis pelukan, sentuhan dan belaian, ciuman, cakaran, gigitan, posisi-posisi seks, tamparan, erangan dan desahan, seks oral dan bagaimana untuk memulakan dan mengakhiri. Ini adalah ajaran Kamasutra yang sebenar!

Walaubagaimanapun isi kandungan Kamasutra ini dianggap lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran masa oleh masyarakat moden di mana masyarakat kini lebih selesa dengan hubungan seks ‘straight to the point’ berbanding proses menggoda, mencium atau foreplay yang lama.

Oleh itu untuk memudahkan mereka, mereka lebih pantas mengambil hanya posisi-posisi seks yang terkandung di dalam ajaran Kamasutra berbanding dengan ajaran lengkap Kamasutra.

Ini merugikan kerana ajaran lengkap Kamasutra adalah satu ilmu yang sangat hebat jika diamalkan dan dipraktikkan oleh pasangan-pasangan.

7. Kamasutra mementingkan suami perlu memberi kepuasan kepada isteri, sepenuhnya

Sebelum para saintis barat mendapat tahu bahawa wanita boleh klimaks dan puas berkali-kali di ketika berjimak, Kamasutra telah mengetahui perkara ini terlebih dahulu.

Oleh itu ajaran Kamasutra memberi tumpuan kepada perkara ini dan mengajar suami bagaimana untuk memuaskan isteri mereka terlebih dahulu sebelum memberi kepuasan kepada diri mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kepuasan kepada isteri adalah hanya ketika beliau klimaks dan orgasma.

Ajaran Kamasutra sedar bahawa wanita adalah lebih kompleks daripada lelaki terutamanya di dalam fisiologi dan psikologi seksual.

Dengan mengambil kira aspek ini, Kamasutra mengatakan memenuhi keperluan isteri dari aspek psikologi dan seksualiti adalah lebih penting daripada buat isteri klimaks dan orgasma.

Dalam erti kata lain, seseorang tidak suami bukan sahaja perlu buat isteri mereka klimaks, tetapi juga perlu memenuhi keperluan seksual isteri mereka di luar batasan klimaks.

Manual seks lengkap

Jika anda betul-betul membaca apa yang saya tulis di atas, anda pasti telah sedar yang sebenarnya boleh dikatakan Kamasutra adalah sebuah manual seks lengkap yang pernah ditulis.

Fakta ini disokong kerana sehingga hari ini belum ada panduan seks baru yang dikatakan boleh menyamai Kamasutra dari segi isi kandungannya. Yang ada cuma modifikasi daripada ajaran-ajaran Kamasutra.

Oleh itu tidak hairanlah sehingga ke hari ini ilmu Kamasutra masih diterjemahkan serata dunia dan diperbaharui dengan edisi baru dan boleh didapati dengan mudah, kecuali di negara kita.

Jika anda berasa kurang selesa untuk mempelajari ilmu Kamasutra di dalam Bahasa Inggeris, saya telah menterjemahkan ilmu Kamasutra di dalam Bahasa Melayu khusus untuk membantu para suami isteri meningkatkan ilmu pengetahuan seksual sekali gus menyelesaikan masalah-masalah yang menghantui hubungan suami isteri di ranjang.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut dengan mendapatkan Kamasutra Bergambar.

Sebagai bonus, saya juga menterjemahkan tiga kitab asmara yang dikatakan boleh menyaingi ilmu Kamasutra. Anda perlu mendapatkan panduan ini jika anda ingin mempelajari ilmu-ilmu seksual dari empat kitab asmara silam ini. Klik link di atas untuk mendapatkan panduan Kamasutra Bahasa Melayu sekarang juga!

share-nodes
Kongsi: