Manfaat Besar Orgasma Untuk Kesihatan – Semua Pasangan Perlu Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu manfaat besar orgasma untuk kesihatan anda berdua? Setiap hubungan seks akan berakhir dengan orgasma. Detik puncak ini pasti ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang melakukan hubungan seks, dan boleh dikatakan orgasma adalah pelengkap kepada hubungan seks.

Namun begitu, tahukah anda orgasma mempunyai manfaat yang amat besar untuk kesihatan tubuh badan?

orgasma untuk kesihatan

Orgasma Untuk Kesihatan, Bukan Hanya Pelengkap Hubungan Seks

Orgasma sebenarnya bukan hanya pelengkap kepada hubungan seks, tetapi menyumbang secara tidak langsung kepada kesihatan tubuh badan.

Hasil kajian terperinci Alfred Kinsey, seorang pakar psikologi menunjukkan bahawa hubungan seks yang sihat dapat mengurangkan stress.

Kajian Alfred Kinsey menunjukkan hubungan seks sihat dapat mengurangkan stress Click To Tweet

Kajian beliau juga membentangkan secara terperinci perbezaan besar antara kekerapan hubungan seks dan orgasma.

Berdasarkan laporan beliau, kebanyakan pasangan yang menikmati hubungan seks sihat, iaitu secara teratur dan mengalami orgasma akan bersikap tidak agresif dan sukar untuk bertindak kasar pada individu yang lain.

Dalam erti kata lain, orgasma yang berterusan boleh mengurangkan sikap baran, memendam perasaan marah dan menyeimbangkan jiwa, dan mental.

Manfaat Lain Orgasma Dari Aspek Kesihatan

Manfaat lain orgasma untuk kesihatan juga telah dibuktikan oleh kajian lanjutan yang dijalankan selepas kajian oleh Alfred Kinsey.

Antaranya ialah hubungan seks sihat yang kerap dan orgasma yang teratur boleh memanjangkan umur individu. Walaupun ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun terdapat fakta-fakta yang menyokong penemuan ini.

Dibuktikan juga pengaruh orgasma ialah mengurangkan risiko penyakit jantung pada kaum wanita.

Pakar-pakar ginekologi bersetuju bahawa orgasma boleh membantu mengurangkan risiko dijangkiti kuman, dan virus yang boleh memberi risiko dari aspek kesihatan.

Antaranya ialah risiko untuk dijangkiti kanser prostate untuk kaum lelaki. Dan juga orgasma yang berterusan dapat mengurangkan rasa sakit ketika membuang air kecil bagi lelaki yang lanjut usia.

Terdapat pelbagai lagi manfaat orgasma. Ini tidak mengejutkan kerana hubungan seks yang sihat adalah sesuatu yang indah dan amat memuaskan.

Setiap yang baik sudah tentu memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu saya sarankan amalkanlah hubungan seks yang sihat dengan pasangan anda untuk meningkatkan kualiti kehidupan suami isteri.

Buat Pasangan Orgasma Ketika Hubungan Seks

Walaupun orgasme mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, ramai pasangan tidak dapat merealisasikan manfaat ini kerana mereka tidak benar-benar orgasme dalam hubungan seks.

Masalah tidak orgasme adalah masalah yang meruncing, dan boleh dikatakan majoriti pasangan mengalami masalah ini.

Jika suami yang klimaks dan orgasme, isteri tidak orgasme, dan sebaliknya. Ini membuat pasangan anda tidak puas salam hubungan seks.

Terdapat pelbagai tip dan teknik yang telah saya berikan pada laman web ini untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh baca artikel-artikel yang berkaitan untuk tahu bagaimana untuk membuat pasangan orgasme sepenuhnya ketika seks.

Atau anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang telah saya terbitkan untuk dijadikan panduan dan rujukan lengkap.

Panduan ebuku ini akan membantu anda untuk membuat pasangan anda orgasme ketika berasmara di ranjang. Jadi jika anda benar-benar ingin mendapat manfaat orgasme, jangan teragak-agak lagi dan dapatkan panduan ini untuk membuat pasangan anda puas sehingga klimaks.

share-nodes
Kongsi: