Posisi Seksual Beri Pembaharuan Dalam Hubungan Seks

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Bagaimana posisi seksual boleh beri pembaharuan dalam hubungan seks?

Boleh dikatakan semua pasangan inginkan kepuasan di dalam hubungan seksual. Malah tiada pasangan yang melakukan hubungan seks dengan niat semata-mata sebagai rutin atau sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai suami, atau isteri. Jika ada, ini menunjukkan terdapat kepincangan di dalam hubungan suami isteri.

Posisi seksual beri pembaharuan dalam hubungan seks
Hubungan seks adalah aktiviti yang sangat penting, jangan layan hubungan seks sebagai rutin, anda juga yang rugi Click To Tweet

Aktiviti seks membosankan

Seringkali masalah ini terjadi kerana tiada pembaharuan di dalam hubungan dan aktiviti seksual. Dalam erti kata lain, hubungan seks menjadi rutin yang sama setiap kali bersama, sekali gus buat aktiviti seks sebagai rutin yang perlu disempurnakan oleh suami atau isteri sebagai menunaikan tanggungjawab untuk memberikan nafkah batin.

Masalah ini adalah masalah yang berat, walaupun jarang sekali diberikan perhatian oleh pasangan. Ramai pasangan yang beranggapan bahawa hubungan seks tidak begitu penting, dan jika tanggungjawab nafkah batin ditunaikan, sudah memadai.

Akibatnya berlaku lanjutan masalah yang lebih serius seperti pasangan mula curang dan mencari kepuasan seks di luar. Ini adalah hakikat yang berlaku kepada masyarakat, terutama pasangan-pasangan yang menghadapi masalah dalam rumahtangga.

Beri pembaharuan dalam hubungan seks

Sebenarnya masalah bosan di dalam hubungan seks boleh diselesaikan dengan mudah, atau sukar bergantung kepada inisiatif pasangan yang terlibat.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kebanyakan pasangan ambil mudah akan perkara ini disebabkan faktor-faktor luaran seperti sibuk dengan tanggungjawab lain, kerja, anak dan sebagainya. Atau mencipta sendiri alasan tersebut kerana tidak mahu ambil bab akan perkara ini.

Tetapi bagi pasangan yang benar-benar mahu mengubah dan meningkatkan kualiti hubungan seksual, baca tips yang ingin saya berikan ini untuk memberi pembaharuan di dalam hubungan suami isteri anda berdua.

Posisi seksual penyelesaian yang mudah

Walaupun terdapat pelbagai kaedah dan cara yang boleh di amalkan untuk menyelesaikan masalah aktiviti seksual yang membosankan, posisi seks adalah salah satu penyelesaian yang mudah.

Seperti yang anda tahu, posisi jimak yang berbeza akan memberikan nikmat yang berbeza. Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Oleh kerana faktor inilah pelbagai jenis posisi seksual dicipta untuk memberikan pembaharuan dalam kenikmatan yang dicapai ketika berasmara.

Jadi berdasarkan kepada fakta ini sahaja, sudah tentu anda dapat menangkap bagaimana posisi seks boleh menyelesaikan masalah hubungan seks yang semakin membosankan.

Setiap manusia sukakan perubahan di dalam kehidupan mereka. Tambahan lagi jika perubahan tersebut adalah sesuatu yang menyeronokkan, menggembirakan, dan penuh dengan nikmat.

Perkara ini juga boleh diaplikasikan untuk aktiviti seksual.

Alami nikmat yang berbeza

Oleh kerana setiap posisi yang berlainan akan memberikan nikmat yang berbeza, anda dan pasangan boleh mencuba dan mempraktikkan pelbagai posisi seksual yang baru.

Jangan malu atau segan untuk meminta pasangan anda mencuba posisi yang baru ketika bersama. Mungkin jika anda tidak pernah mencuba posisi seks yang baru dengan pasangan anda, beliau akan berasa agak kekok dan pelik kali pertama.

Ini adalah normal untuk sesetengah individu yang sukar untuk menerima perkara baru di dalam hidup mereka. Teruskan juga dengan posisi seks tersebut, dan saya pasti pasangan anda akan merelakan apabila beliau rasakan nikmat dan sensasi yang baru dengan posisi baru ketika bersama.

Pelajari posisi seksual unik

Tips mencuba posisi baru yang saya berikan di atas adalah salah satu tips mudah untuk memberi pembaharuan dalam hubungan seks. Tips ini telah lama saya berikan dalam laman web Info Seks Melayu saya. Namun ‘feedback’ yang saya dapati dari pembaca laman web tersebut ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk mempelajari posisi yang baru, dan unik.

Sebenarnya informasi tentang posisi seks yang baru dan unik boleh didapati dengan carian mudah melalui internet. Walaubagaimanapun tidak semua individu mempunyai masa untuk mengumpul posisi-posisi dari pelbagai laman web di internet. Tambahan lagi kadang-kadang posisi  yang sama dipaparkan pada laman web yang berbeza.

Oleh itu saya telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan panduan E-Buku Kamasutra Bergambar. Panduan ini mengandungi 102 Posisi Seks unik yang diambil daripada empat kitab asmara yang dipercayai sejak turun temurun.

Amalkan ilmu yang dipelajari

Walau daripada mana pun sumber tentang ilmu posisi seksual yang anda peroleh, anda perlu mengamalkan ilmu tersebut. Ramai pasangan yang mempunyai ilmu, atau berpengetahuan tentang hubungan seksual, tetapi gagal untuk mengamalkannya ketika berasmara bersama pasangan mereka.

Jangan jadi seperti pasangan tersebut. Ingat, ilmu tanpa amal adalah rugi!

share-nodes
Kongsi: