Cara Puaskan Suami Di Atas Ranjang – Semua Isteri Wajib Belajar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Masih tercari-cari cara puaskan suami di atas ranjang? Panduan kali ni akan bantu anda. Tak perlu peningkan diri, ikut sahaja apa yang diberikan di panduan ini dan buat suami puas dengan layanan anda di atas katil.

Cara puaskan suami di atas ranjang
Isteri perlu lebih confident untuk melayan suami di ranjang Click To Tweet

Salah satu faktor yang buat isteri gagal puaskan suami ketika bersetubuh adalah kerana kurang keyakinan diri. Ramai wanita yang menjadi gugup ketika ingin bersama suami. Tambahan lagi bagi mereka yang kurang berpengalaman dalam bab ni.

Ramai juga isteri yang hanya mengharapkan suami untuk mengawal aksi ketika bersetubuh. Mereka menyerah sepenuhnya kepada suami.

Saya tidak katakan tindakan ini salah. Tetapi, jika asyik harapkan suami setiap kali berjimak – lama kelamaan suami akan bosan dan letih.

Jika anda benar-benar nak puaskan nafsu suami di ranjang, anda perlu ambil inisiatif. Anda perlu belajar ilmu bagaimana cara puaskan suami di atas ranjang.

Panduan Cara Puaskan Suami Di Atas Ranjang Untuk Semua Isteri

Berikut saya beri langkah-langkah yang perlu anda buat untuk puaskan suami. Jangan skip satu pun cara puaskan suami ni untuk dapatkan hasil yang anda ingini.

Rapikan diri untuk melayan suami

Sebelum anda nak layan suami, anda perlu merapikan diri. Suami mana yang suka tengok isteri mereka selekeh dan tak terurus.

Kaum lelaki ni sebenarnya hanya suka tengok perempuan cantik, bukannya mereka berkeinginan sangat pun. Ini fitrah lelaki. Di hati mereka tetap anda, isteri kesayangan mereka.

Jadi, apa salahnya anda merapikan diri untuk tampil cantik dan anggun di mata suami. Mandi, gosok gigi, kenakan solekan yang seksi, sembur pewangi, dan pakai baju yang menggoda suami.

Kalau anda malas nak bersolek pun, mandilah dahulu sebelum bersama suami. Rapikan diri supaya anda tampil bersih dan kemas untuk melayan suami di ranjang.

Sediakan suasana di ranjang

Selain merapikan diri anda, kemaskan ranjang. Tak ada manusia yang ingin bersetubuh di tempat yang kotor dan serabut. Saya pasti suami anda juga tak terkecuali.

Lebih baik lagi jika anda boleh tukar suasana ranjang kepada suasana yang romantik.

Contohnya, sediakan bahan-bahan aromaterapi seperti lilin atau pewangi kamar. Malapkan cahaya lampu.

Suasana yang romantik sebenarnya boleh mengubah mood manusia, dan meningkatkan ghairah mereka. Kajian telah membuktikan fakta ni.

So, tak salah jika anda luangkan sedikit masa untuk menyediakan kamar.

Goda suami dengan ciuman

Mulakan dengan ciuman. Jangan asyik harap suami je yang nak cium kita dulu. Apa salahnya kali ni anda pula yang mulakan langkah pertama dengan mencium suami.

Kebiasaannya kita akan mulakan dengan mencium bibir. Tetapi, apa kata kali ni tukar sikit strategi anda. Mulakan ciuman pada kawasan lain selain bibir.

Contoh, anda boleh cium pipi suami terlebih dahulu. Dahi, cuping telinga, dagu dan leher juga adalah kawasan ghairah lelaki – sama seperti wanita.

Rangsang dahulu kawasan-kawasan ini sebelum menuju ke bibir suami.

Kalau anda nak belajar teknik ciuman yang confirm boleh buat suami cair, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Seni Ciuman. E-Buku ini mengandungi panduan lengkap bagaimana nak goda suami hanya dengan ciuman.

Panjangkan foreplay untuk suami

Foreplay adalah antara sesi bersetubuh diabaikan oleh pasangan suami isteri. Kalau ada pun, sekadar cukup syarat sahaja.

Rugi, kerana foreplay sangat penting – bukan sahaja untuk isteri, tetapi juga untuk suami. Jika anda sebagai isteri sama-sama memainkan peranan dalam foreplay, dengan mudah anda boleh buat zakar suami benar-benar keras sebelum menujah.

Jika foreplay sekadar cukup syarat, belum tentu suami benar-benar panas dan bersedia untuk menujah.

Jadi jangan abaikan sesi foreplay. Buat suami betul-betul ghairah dengan memanjangkan foreplay sebelum berjimak.

Panjang kalau saya nak tulis teknik foreplay kat tip ni. Anda boleh baca lebih lanjut tentang teknik foreplay terbaik di tip teknik foreplay terbaik.

Atau anda boleh dapatkan panduan E-Buku 50 Teknik Foreplay Terbaik yang diberikan sebagai bonus percuma dalam pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Hand job dan seks oral

Walaupun hand job dan seks oral termasuk dalam kategori foreplay, sebagai salah satu cara puaskan suami di atas ranjang ini perlu kategorinya sendiri.

Handjob penting untuk merangsang zakar suami, begitu juga teknik seks oral. Kedua-dua teknik ini dijamin akan buat suami betul-betul ghairah dan bersedia untuk menujah.

Sayangnya ramai isteri yang malu-malu atau berasa jijik untuk melakukan seks oral kepada suami mereka. Jangan begitu. Merangsang dan memuaskan suami adalah kewajipan seorang isteri.

Jika sebagai Muslim anda ragu-ragu sama ada seks oral melanggar hukum agama atau tidak, anda boleh baca penerangan panjang lebar tentang hal ni yang telah saya tulis di artikel Hukum Seks Oral Dalam Islam.

Atau jika anda nak belajar teknik seks oral yang lengkap, anda boleh baca tip cara mengulum dan menghisap zakar suami yang telah saya tulis sebelum ini.

Beri kejutan dengan posisi bersetubuh baru

Satu lagi cara puaskan suami di atas ranjang yang sering di ambil mudah oleh isteri ialah posisi bersetubuh. Jarang sekali para isteri beri kejutan kepada suami dengan mencuba posisi bersetubuh baru.

Asyik-asyik posisi seks yang sama setiap kali berjimak. Walaupun bersetubuh tu tetap nikmat tak kira posisi apa yang anda lakukan – lama-kelamaan suami akan bosan.

Mana tidaknya, asyik harapkan suami sahaja yang beri pembaharuan dalam hubungan kelamin suami isteri.

Apa kata kali ni anda pula buat suami terkejut dan tersenyum puas dengan posisi bersetubuh yang baru. Kalau anda masih tak tahu, terdapat posisi bersetubuh yang boleh buat suami anda tahan lebih lama ketika mendayung.

Dan banyak juga posisi jimak yang boleh buat faraj menjadi lebih ketat sekali gus beri lebih nikmat kepada suami.

Kalau anda tak tahu kat mana nak cari posisi-posisi bersetubuh hebat, anda boleh dapatkan E-Buku Kamasutra Bergambar. Panduan E-Buku ini mengandungi 102 posisi jimak terbaik yang telah dibuktikan berkesan.

Beri isyarat anda puas dengan prestasi suami

Ketika bersetubuh, anda perlu aktif dalam aktiviti ini. Jangan hanya biarkan suami yang bekerja keras. Beri tindak balas dan isyarat yang anda puas dengan prestasi suami.

Ini adalah salah satu cara puaskan suami di atas ranjang yang berkesan.

Beri isyarat dengan mendesah, mengeluh dan mengerang. Tapi biarlah ini berlaku secara semula jadi. Jangan di buat-buat, kalau suami tahu nanti kecewa pula beliau.

Anda juga boleh merangkul dan meramas badan suami ketika beliau mendayung. Perbuatan yang “simple” ni boleh buat suami lebih menghargai anda.

Tindak balas yang anda beri kepada suami menunjukkan anda sedang sedap dan nikmat dengan apa yang suami sedang lakukan. Sudah pasti beliau akan berusaha dengan lebih keras untuk buat anda puas.

Ucapkan terima kasih dan puji suami

Selepas bersetubuh jangan hanya harapkan suami nak cium dan peluk anda. Untuk pengetahuan anda, semua lelaki jadi tak bermaya selepas memancutkan air mani. Tambahan lagi bagi mereka yang telah lanjut usia.

Jadi, apa salahnya anda ucapkan terima kasih pada suami. Boleh juga anda puji beliau kerana sangat hebat di ranjang sebentar tadi.

Kata-kata yang ringkas ini akan buat suami terasa segala penat lelah beliau sebentar tadi dihargai oleh isteri tersayang.

Bagaimana nak tahu suami puas atau tidak dengan layanan anda?

Banyak tanda-tanda yang boleh anda perhatikan untuk tahu sama ada suami puas atau tidak dengan layanan anda sebentar tadi.

Maklumlah, takut juga kalau suami berpura-pura puas tapi sebenarnya tidak – semata-mata untuk menjaga hati anda.

share-nodes
Kongsi: