Cara Menggoda Suami Untuk Seks Hebat – Semua Isteri Wajib Belajar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Apakah cara menggoda suami terbaik untuk seks hebat di ranjang? Walaupun laman web ini khusus untuk teknik dan tips pancutkan isteri, kadangkala perlu juga saya memberi tips dan panduan kepada para isteri untuk membantu pasangan suami isteri meningkatkan kenikmatan dalam aktiviti seks.

cara menggoda suami
Suruh suami goda isteri – no problem. Tapi isteri nak goda suami, ramai yang masih malu-malu walaupun dah lama berkahwin! Click To Tweet

Sukar menggoda suami – keluhan ramai isteri

Saya rasa ramai suami yang tidak mempunyai masalah untuk menggoda dan memujuk rayu isteri mereka untuk beraksi di ranjang. Tetapi sebaliknya bagi para isteri.

Kebanyakan isteri mempunyai masalah untuk menggoda suami mereka, malah ada sesetengah isteri yang tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk menggoda suami untuk seks. Seringkali mereka inginkan dan mengharapkan suami yang memulakannya dulu.

Ini mungkin tidak menjadi masalah 30 tahun yang lepas, tetapi pada masa sekarang isteri perlu lebih memainkan peranan menggoda suami untuk menikmati pengalaman seks yang lebih hebat dan memuaskan.

Suami tak kisah – ramai isteri tak tahu

Kebanyakan para isteri terutama yang berfikiran konservatif mempunyai rasa malu yang menebal, kadang-kadang tu sedikit ‘over’ walaupun dengan suami mereka sendiri.

Ini membuatkan mereka sukar untuk menggoda suami mereka kerana takut dianggap pelik oleh suami. Mana tidaknya, isteri yang dahulunya pasif dan tidak aktif dalam seks, tiba-tiba berubah kepada isteri yang seksi dan menggoda. Something wrong?

Of course not!

Kepada para isteri, sebenarnya suami anda tak kisah pun sekiranya anda menjadi seksi, gatal dan menggoda dengan mereka. Malah boleh dikatakan majoriti suami gemarkan perubahan ini pada isteri mereka.

Pendek kata ini adalah perubahan yang amat positif dalam kehidupan rumahtangga, khususnya dalam aktiviti seksual suami isteri.

Kelebihan menggoda suami untuk seks

Seperti yang saya katakan, rata-rata suami malah boleh dikatakan semua suami suka isteri yang seksi dan menggoda. Tetapi hanya untuk mereka sahajalah, jangan pula jadi seksi dan menggoda pada mata masyarakat. Ini namanya mencari nahas!

Jika isteri mereka kelihatan seksi dan menggoda di rumah, suami akan lebih berminat dan akan lebih bersedia untuk beraksi di ranjang. Malah suami anda akan lebih ‘excited’ dan penuh dengan idea-idea nakal untuk menggomol anda.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan pengalaman aktiviti seks anda lebih menyeronokkan dan lebih nikmat.

Jangan terkejut pula sekiranya anda akan melihat watak baru suami anda jika anda menjadi seksi dan menggoda. Ya, walaupun pasangan yang berkahwin jarang menyimpan rahsia antara satu sama lain, termasuk cerita di ranjang, terdapat sesetengah pasangan yang menyembunyikan fantasi seks mereka.

Fantasi seks suami – realisasikan

Kebanyakan lelaki mempunyai fantasi seks mereka sendiri. Ada yang berkongsi dengan isteri, dan ada yang tidak.

Jika suami anda tidak berkongsi fantasi seks mereka dengan anda, mungkin beliau merasakan anda tidak cukup bersedia untuk melaksanakan fantasi seks tersebut bersama beliau. Rugi kan?

Seringkali ini terjadi kerana para suami menganggap anda tidak cukup seksi, dan mungkin akan menolak sekiranya diajak melakukan fantasi tersebut. Oleh itu untuk tidak menimbulkan pergolakan di dalam rumahtangga, beliau memendamkan fantasi seks berikut.

Ini tidak menjadi masalah sekiranya beliau terus memendam fantasi seks beliau dan membiarkan sahaja fantasi seks tersebut berlalu ditelan zaman. Tetapi bagaimana pula sekiranya beliau merealisasikan fantasi seks beliau dengan orang lain??

Minta simpang kan?

Oleh itu sebenarnya tiada keburukan dalam rumahtangga sekiranya anda berubah menjadi seksi dan menggoda, malah semuanya akan berubah kepada yang lebih baik, terutamanya terhadap aktiviti seks anda berdua.

Cara menggoda suami yang berkesan

Apakah cara menggoda suami yang paling terbaik untuk membuatkan suami anda cair? Adakah dengan mengenakan baju tidur yang seksi atau beraksi manja dan menggoda?

Mungkin berkesan, tetapi agak ‘tak natura’ dan kelihatan dibuat-buat jika anda menggunakan teknik di atas. Tambahan pula suami sudah pasti dapat meneka apa yang anda ingin lakukan dan ini akan mengurangkan ‘element of surprise’ dalam kehidupan anda.

‘Surprise’ atau kejutan adalah sesuatu yang bagus, terutama dalam hubungan asmara dan aktiviti di ranjang. Oleh itu, jika tiada elemen kejutan, berkuranglah keintiman dalam asmara.

Jadi bagaimana?

Berpakaian tetapi seksi

Cara menggoda suami berpakaian tapi seksi

Apa yang saya maksudkan dengan “berpakaian tetapi seksi”? Tidak, saya tidak bermaksud mengenakan baju tidur yang seksi, atau pakaian ketat untuk menggoda suami anda.

Bagaimana jika anda mengenakan baju T-Shirt biasa, sedikit longgar tetapi dalam masa yang sama hanya memakai seluar dalam. Seksi?

Sudah pasti di mata suami anda!

Bayangkan pula sekiranya anda ‘melenggang’ di hadapan suami dengan berpakaian sebegini, dan melakukan aktiviti harian di rumah. Jangan terkejut sekiranya suami anda mengajak anda masuk ke bilik dengan segera. Atau kat dapur pun jadi…

Atau, bagaimana jika anda mengenakan pakaian seragam untuk menggoda suami? Pernah dengar perkataan “Cosplay”?

Kenali Cosplay

Cosplay adalah singkatan untuk “Costume Play”. Cosplay dianggap sebagai satu seni dan mula diperkenalkan di Jepun. Peserta Cosplay akan mengenakan pakaian watak-watak tertentu, atau sebarang idea daripada karakter fiksyen atau komik

Cara menggoda suami cosplay

Jangan terkejut jika saya katakan hampir kesemua lelaki berfantasi mengadakan hubungan seks dengan watak fiksyen, atau fantasi. Tambahan lagi jika mereka adalah peminat komik, atau anime/kartun.

Dan juga kebanyakan lelaki juga berfantasi mengadakan hubungan seks dengan mereka yang berpakaian seragam seperti jururawat, doktor, polis dan sebagainya.

Ramai isteri yang tak tahu fakta ini.

Jadi bagaimana jika anda mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan pakaian seragam dan mengenakannya di hadapan suami anda? Jangan risau ini bukanlah tips seks luar tabii atau pelik. Malah ini adalah salah satu teknik menggoda suami yang amat berkesan dan boleh meningkatkan nafsu suami dengan mendadak.

Kejutan di ranjang

Bagaimana pula untuk memberi kejutan kepada suami di ranjang? Banyak caranya.

Sebagai contoh anda boleh memulakan pagi hari anda dengan seks sebagai sarapan pagi. Pernah tak anda terfikir untuk bersarapan pagi dengan zakar suami anda?

Sarapan seks

Jika tak pernah, sudah tiba waktunya untuk anda memasukkan tips ini dalam salah satu cara menggoda suami.

Selepas ini jangan kejutkan suami anda dari tidur, tetapi terus membelai zakar beliau. Apabila beliau membuka matanya, sudah pasti beliau akan terkejut dan menolak. Tetapi dengan segera beliau akan tersenyum dan bertenang apabila melihat apa yang sedang anda lakukan.

Jangan terkejut jika selepas itu anda akan dilayan sebagai permaisuri pada hari tersebut. Ini juga adalah tips yang bagus jika anda inginkan sesuatu daripada suami, beg tangan baru?

Apa pula yang akan terjadi jika anda mengambil tugas suami di ranjang?

Jadi boss atas katil

Jika sebelum ini hanya suami yang mengawal situasi di ranjang, dan memberi arahan. Apa kata kali ini anda pula yang mengambil alih tugas suami dan memberi arahan ketika berasmara.

Cara menggoda suami jadi bos

Jangan risau suami anda tidak akan menolak dan akan menurut kata anda. Malahan berani saya katakan beliau akan menyukai apa yang anda lakukan. Tetapi jangan lakukan selalu, nanti tercalar pula ego suami. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah lelaki yang suka diarah dan menjadi manja ketika aktiviti seks.

Terpulang kepada cita rasa suami anda.

Banyak lagi kejutan-kejutan yang boleh anda lakukan kepada suami di ranjang. Saya telah menulis dengan terperinci dalam Panduan 50 Teknik Foreplay yang mengandungi idea-idea hebat untuk menggoda suami di ranjang.

Menjadi isteri seksi, setiap masa setiap ketika

Menjadi isteri seksi adalah salah satu cara menggoda suami yang efektif. Seksi adalah sesuatu yang abstrak, terutama bagi kaum lelaki.

Ada lelaki yang meletakkan wanita yang bertubuh montok sebagai amat seksi. Namun ada juga lelaki yang gemarkan wanita yang bertubuh kurus dan langsing. Itu dari segi bentuk fizikal yang memang sukar untuk diubah.

Tetapi terdapat definisi ‘wanita seksi’ yang boleh diamalkan oleh setiap wanita, tidak kira bentuk tubuh fizikal mereka. Seksi yang saya maksudkan di sini ialah perwatakan anda.

Seksi bukan hanya pada bentuk tubuh anda

Bagaimana untuk menjadi isteri seksi dengan menukar perwatakan anda ketika bersama suami?

Tak sesukar seperti yang anda sangkakan. Pertama anda harus tahu yang kaum lelaki adalah kaum yang amat mudah tertarik dengan fizikal wanita. Bukan sahaja bentuk tubuh, tetapi juga cara wanita tersebut membawa diri mereka. Kaum lelaki juga amat peka terhadap sebarang pergerakan kaum wanita, sama ada pergerakan besar atau kecil.

Oleh itu anda perlu menggunakan dan memanipulasi fakta ini sebaik mungkin.

Salah satu cara untuk mengubah perwatakan anda kepada isteri seksi untuk menggoda suami ialah dengan memperbaiki postur tubuh anda.

Baiki postur tubuh

Jika sebelum ini anda berjalan membongkok, kali ini cuba tegakkan tubuh anda. Dalam erti kata lain perbaiki postur tubuh anda. Wanita yang berbadan tegak amat diminati kaum lelaki. Suami anda tidak terkecuali.

Cara menggoda suami postur tubuh

Kenapa? Postur yang cantik dengan badan yang tegak akan menonjolkan aset kaum wanita, terutama payudara dan punggung. Apabila postur anda sempurna, dada anda akan melebar, pinggang akan melentik, dan punggung akan menonjol. Postur yang sempurna juga akan membuatkan setiap langkah anda kelihatan seksi di mata suami.

Perasan tak postur badan model-model dan bagaimana mereka berjalan? Tetapi anda tidak perlulah belajar berjalan ‘catwalk’ seperti mereka. Cukup sekadar belajar membaiki postur badan anda dan biarkan yang lain berlaku secara semula jadi.

Salah satu cara terbaik untuk memperbaiki postur tubuh anda adalah dengan bersenam. Tidak kiralah apa jenis senaman pun, aerobik, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ‘Yoga’ juga amat berkesan dan telah dinobatkan sebagai aktiviti terbaik untuk memperbaiki postur tubuh dan mencantikkan badan, terutamanya bagi kaum wanita. Jadi tunggu apa lagi, berjanji dengan saya anda akan berusaha untuk memperbaiki postur badan anda dari sekarang!

Selain memperbaiki postur tubuh, terdapat beberapa faktor lain yang mungkin anda anggap remeh, tetapi sebenarnya amat berkesan untuk menjadikan anda sebagai isteri seksi di mata suami.

Sentuhan seksi

Berapa kali sehari anda menyentuh suami anda? Semakin lama semakin berkurang kan?

Sayang sekali kerana setiap sentuhan fizikal antara suami isteri secara tidak langsung akan meningkatkan keintiman hubungan suami isteri, walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pasangan.

Selepas ini cuba sentuh suami anda lebih kerap. Tidak kiralah untuk apa sahaja. Sebagai contoh jika anda berbual dengan suami, apa kata letakkan tangan anda di paha suami sambil bercerita. Atau setiap kali anda ingin bertanyakan sesuatu kepada suami, sentuh lembut bahu suami anda.

Jadikan ini amalan sehingga menjadi kebiasaan kepada anda. Jangan perkecilkan kuasa sentuhan, walaupun bukan sentuhan fizikal di ranjang.

Tetapi kerap menyentuh suami bukanlah tips saya untuk menukar anda menjadi isteri seksi. Itu adalah tips bonus untuk meningkatkan keintiman dan kemesraan anda dan suami.

Tips sentuhan yang ingin saya berikan iaitu salah satu cara menggoda suami, yang boleh menukar anda kepada isteri yang ‘plain’ kepada isteri yang seksi di mata suami adalah dengan menyentuh diri anda sendiri.

Bagaimana ya?

Mudah sekali. Raba-raba diri anda di hadapan suami. Jangan kerutkan kening anda. Tips ini tidak pelik dan mudah dipraktikkan. “Raba-raba” di sini bukanlah meraba tubuh badan anda seperti pelakon filem porno, tetapi sentuhan-sentuhan kecil pada tubuh anda, yang akan kelihatan erotik pada suami anda.

Saya berikan contoh mudah. Apa yang anda lakukan ketika leher anda lenguh. Secara tak sedar anda akan mengurut leher anda. Kali ini tukar sedikit cara mengurut leher anda. Usap dan picit leher anda dengan lembut sambil mengeluh atau mendesah, seperti ketika berasmara. Tapi jangan pula over, pandai-pandailah berlakon. 🙂

Awas hanya lakukan ini di hadapan suami anda. Jangan pula di tempat awam!

Mudah, simple tetapi memberi efek yang amat besar kepada reaksi suami. Jangan risau jika suami anda tidak perasan atau tak ambil peduli. Secara tak langsung ‘minda separa sedar’ beliau akan bertindak.

Bibir seksi

Lagi tips mudah tetapi berkesan ialah buat bibir anda kelihatan seksi ketika berbicara dengan suami. Jangan risau tak perlu beli gincu mahal, atau bersolek dan berdandan. Cukup sekadar basahkan bibir anda dengan lidah sebelum berbual dengan suami.

Dengan mudah bibir anda akan kelihatan seksi dan seperti meminta-minta untuk dicium.

Sebenarnya banyak lagi idea-idea menggoda yang mudah, tetapi amat berkesan dan efektif untuk kelihatan seksi, dan menggoda suami. Saya telah bukukan dalam E-Buku Panduan 101 Idea Asmara dan panduan isi saya beri sebagai bonus percuma dalam Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Menggoda suami satu kemestian wajib isteri

Seperti yang nyatakan pada awal artikel ini, jangan hanya harapkan suami sahaja yang memulakan dulu, dan menggoda anda. Sebagai isteri yang sayangkan suami, dan ingin memberi yang terbaik kepada suami, anda perlu mengubah diri anda kepada wanita yang boleh menaikkan nafsu suami, setiap masa.

Mungkin bagi sesetengah isteri hubungan seks dan aktiviti di ranjang bukanlah perkara penting di dalam rumahtangga, dan bukan faktor penentu untuk kebahagiaan hubungan suami isteri.

Tetapi anda harus terima fakta yang hubungan seks adalah “antara” faktor penting yang “memainkan peranan” dalam hubungan suami isteri.

Oleh itu saya harap sebagai isteri yang peka dan ingin meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda, cara menggoda suami yang saya berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.

Anda boleh mendapatkan panduan-panduan yang telah saya terbitkan dalam bentuk E-Buku untuk mendapat lebih ilmu suami isteri yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kebahagiaan hubungan suami isteri, antaranya ialah Panduan Kamasutra Bergambar atau Panduan Seni Ciuman.

Melabur untuk ilmu yang kekal selama-selamanya adalah pelaburan yang tidak pernah merugikan, malah adalah pelaburan yang sentiasa menguntungkan.

Selamat menggoda suami! 🙂

share-nodes
Kongsi: