Bolehkah Zakar Melekat Di Dalam Faraj Ketika Hubungan Seks

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Pernah tak anda terfikir yang bolehkah zakar melekat di dalam faraj ketika hubungan seks? Minggu lepas saya membaca berita dari sebuah laman web yang agak melucukan. Berita tersebut berbunyi:

Sepasang pasangan daripada Itali yang melakukan hubungan seks di dalam laut terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan di hospital terdekat kerana zakar lelaki tersebut melekat di dalam faraj pasangannya selama beberapa jam.Doktor berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menyuntik suntikan yang digunakan untuk mengurangkan kekejangan servik pada wanita yang mengandung pada wanita tersebut.

Berita ini sendiri telah memberikan jawapan kepada soalan “Bolehkah zakar lelaki melekat di dalam faraj wanita ketika aktiviti seks”. Tetapi bagaimana ini boleh terjadi?

Zakar melekat di dalam faraj

Zakar melekat di dalam faraj ketika seks

Sebenarnya situasi zini bukanlah perkara baru dalam bidang perubatan. Pengamal perubatan menamakan situasi ini sebagai “Penis Captivus“.

Istilah “Penis Captivus” ini mungkin berbunyi agak pelik kepada sesetengah individu, tetapi ia memang wujud dan berlaku terhadap pasangan yang menjalani hubungan seks.

Menurut Wikipedia, masalah zakar sangkut di dalam faraj, atau Penis Captivus adalah situasi yang jarang berlaku. Situasi ini berlaku apabila otot-otot faraj mengepit zakar lebih kuat daripada biasa, menyebabkan sukar untuk menarik keluar zakar daripada lubang faraj.

Mengikut sejarah, situasi zakar melekat di dalam faraj pada mulanya hanya digembar-gemburkan untuk menakutkan pasangan daripada hubungan seks. Dan situasi ini dianggap sebagai ‘mitos’ atau tahyul pada satu masa dahulu.

Walaubagaimanapun, satu artikel perubatan yang diterbitkan pada tahun 1979 oleh Jurnal Perubatan British menyangkal tahyul ini, dan membuktikan bahawa situasi ini wujud dan telah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Jurnal yang diterbitkan tersebut juga walaupun situasi ini jarang berlaku terhadap aktiviti seks manusia, situasi ini adalah perkara biasa bagi aktiviti seks anjing.

Mengelak dan menyelesaikan masalah zakar melekat

Mungkin anda tidak pernah terfikir pun yang anda dan pasangan anda akan mengalami masalah ini ketika hubungan seks.

Walaubagaimanapun, tidak rugi sekiranya anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya situasi ini berlaku kepada anda ketika seks.

Penyelesaiannya agak mudah, cuma memerlukan sedikit usaha.

Jika anda dan pasangan mendapati anda berdua berada di dalam situasi ini, perkara pertama yang perlu anda berdua lakukan ialah jangan panik.

Lebih panik anda berdua, lebih pantas denyutan jantung. Lebih pantas denyutan jantung, lebih kuat jantung mengepam darah. Lebih kuat jantung mengepam darah, lebih kuat kemutan faraj, dan lebih tegang zakar.

Oleh itu pastikan anda berdua menenangkan diri dan cuba mengurangkan kemutan faraj, atau ketegangan zakar.

Bunyinya mudah bukan? Tetapi jika anda berdua mengalaminya sendiri, sudah pasti agak sukar untuk melakukannya.

share-nodes
Kongsi: