Tanda-tanda Isteri Kecewa Dengan Seks – Suami Perlu Kenal Pasti Segera

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Tahu tak apa tanda-tanda isteri kecewa dengan seks? Ramai pasangan yang bahagia dalam perkahwinan, dalam setiap aspek termasuk hubungan seks.

Walaubagaimanapun ramai juga pasangan yang kurang bernasib baik dan mengalami masalah dalam kehidupan rumahtangga mereka, lebih-lebih lagi dalam hubungan seks suami isteri.

Untung sekiranya masing-masing sedar dan mengambil langkah utama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi bagaimana jika anda atau pasangan lebih suka memendamkannya dan berharap segalanya akan berubah kepada yang lebih baik pada masa yang mendatang?

Ini seharusnya dihindarkan, dan anda dan pasangan perlu mengambil langkah yang lebih proaktif sekiranya anda berdua ingin menyelesaikan masalah yang membelenggu rumahtangga anda.

Alangkah baik sekiranya anda dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda yang menunjukkan pasangan anda tidak puas dalam hubungan suami isteri, termasuk hubungan seks.

Oleh itu, kali ini saya ingin menyentuh beberapa tanda-tanda yang para suami boleh kenali sekiranya isteri mereka kecewa dalam hubungan seks, tanpa mereka sedari.

Isteri kecewa dengan seks
Ramai suami tak tahu isteri mereka kecewa dengan seks dan memendam perasaan… Click To Tweet

Tanda isteri kecewa dengan seks

Wanita adalah golongan yang sensitif dan emosional. Mereka seringkali bertindak mengikut emosi berbanding logik akal dalam setiap perkara, termasuk dalam hubungan seks.

Disebabkan faktor ini, ramai wanita yang memilih untuk memendam perasaan dan mengelak daripada bersemuka dengan suami sekiranya mereka mengalami masalah berkaitan hubungan seks. Mereka lebih selesa meminta nasihat dan berbicara dengan pihak ketika selain suami mereka.

Saya tahu kerana saya menerima banyak luahan perasaan dari isteri yang kecewa dan meminta nasihat bagaimana untuk memperbaiki hubungan seks antara mereka dan suami. Apabila saya menyiasat dengan lebih lanjut, saya dapati rata-rata daripada mereka tidak pernah pun berbincang tentang masalah seks mereka dengan suami.

Sebenarnya tidak boleh salahkan para isteri 100% dalam perkara ini. Kebanyakan isteri mengharapkan suami mereka peka dan sedar perubahan pada diri mereka, atau isyarat-isyarat yang mereka berikan dan mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah mereka. Ini adalah naluri semula jadi wanita.

Malangnya naluri semula jadi lelaki juga menjadikan kebanyakan para suami tidak peka malah tidak langsung ambil tahu akan perkara ini. Akibatnya hubungan suami isteri menjadi lebih teruk dan semakin buruk.

Jadi bagaimana anda ingin tahu sekiranya isteri kecewa dengan seks?

Tanda-tanda isteri kecewa dengan seks ini boleh membantu anda.

Lebih kuat berbelanja

Salah satu tanda isteri kecewa dengan seks ialah beliau menjadi lebih kuat berbelanja. Kebanyakan wanita memang gemar ber’shopping’ dan berbelanja, dan tanpa mereka sedari mereka akan menjadi berbelanja sebagai salah satu terapi untuk melupakan masalah yang sedang mereka hadapi.

Kaum isteri juga boleh menjadikan sikap berbelanja sebagai salah satu elemen untuk memenuhi keperluan dirinya sendiri.

Oleh itu isteri yang kecewa dengan seks akan berbelanja selepas setiap hubungan seks. Ketidakpuasan mereka dalam hubungan seks yang mereka lalui akan mereka hiburkan dengan kepuasan bershopping.

Selera makan meningkat

Seperti juga berbelanja, wanita yang kecewa dan mempunyai masalah seringkali mengubat diri mereka dengan makanan. Dalam konteks ini, selera makan berkait rapat dengan selera seks.

Pakar-pakar psikologi berpendapat salah satu faktor utama isteri kecewa dengan seks makan dengan lebih banyak adalah untuk memenuhi keperluan seksual mereka yang sering kelaparan dan tidak pernah puas.

Menyibukkan diri

Jangan hairan sekiranya isteri anda tiba-tiba menyibukkan diri beliau dengan pelbagai aktiviti seperti menyertai kelab, bekerja lebih masa, dan melakukan aktiviti-aktiviti yang belum pernah beliau lakukan sebelum ini.

Akibatnya beliau akan memilih kesibukan ini sebagai alasan setiap kali di ajak bersama di ranjang. Ini adalah salah satu tanda bahawa isteri kecewa dengan seks.

Selalunya pada tahap ini isteri anda ingin melupakan pengalaman seks yang beliau alami bersama suami, dan lebih teruk lagi cuba mengelakkan terus, iaitu melakukan hubungan seks dengan suami. Oleh itu pelbagai alasan dicipta dan diberikan kepada suami.

Mengabaikan anak-anak

Ini juga adalah salah satu tanda isteri kecewa dengan seks. Beliau akan cuba menjauhkan diri beliau daripada anak-anak, lebih-lebih lagi jika anak tersebut rapat dengan suami.

Ini adalah sebagai protes beliau kepada suami akibat layanan yang diterima di ranjang tidak memuaskan nafsu beliau. Beliau juga mengharapkan suami sedar akan perkara ini dan mendekati beliau untuk bertanyakan masalah tersebut.

Sikap ini tidak akan kekal jika suami peka dan cuba mendekati isteri untuk bertanyakan perubahan beliau. Dengan ini isteri lebih selesa untuk berbicara dengan suami berhubung masalah yang beliau hadapi.

Melancap atau Masturbasi

Oleh kerana beliau tidak dapat memuaskan nafsu seks beliau dengan suami, para isteri kecewa dengan seks akan mencari jalan atau saluran lain untuk memuaskan nafsu seks beliau.

Sudah pasti melakukan seks dengan lelaki lain adalah sesuatu yang tidak pernah beliau fikirkan sebagai isteri yang setia. Oleh itu melancap adalah salah satu penyelesaian untuk melampiaskan nafsu seks beliau.

Menjadi pasif di ranjang

Isteri yang benar-benar kecewa dengan seks akan berubah menjadi sangat pasif ketika hubungan seks dengan suami.

Ini terjadi oleh kerana mereka telah sematkan di dalam minda mereka bahawa seks bersama suami tidak akan memuaskan nafsu mereka, oleh itu mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang melayan kehendak batin suami.

Kepuasan terhadap seks sudah tidak menjadi penting bagi diri mereka, salah satu faktornya ialah mereka boleh memenuhi nafsu mereka melalui tanda-tanda yang saya sebutkan sebelum ini.

Tanggungjawab suami mengubat isteri kecewa dengan seks

Kepada suami, jangan kecewa sekiranya isteri anda menunjukkan tanda-tanda yang saya berikan di atas, atau anda telah menyedari yang isteri anda kecewa dengan seks suami isteri.

Jika anda mengalah dan membiarkan sahaja, hubungan rumahtangga yang terbina akan menjadi muram dan tiada lagi kemesraan di ranjang.

Sebagai suami, iaitu ketua rumahtangga dan pelindung isteri, anda perlu mengambil langkah-langkah untuk memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada isteri anda, termasuk dalam hubungan seks.

Gunakan tip-tip yang saya berikan pada laman web ini untuk memperbaiki hubungan seks anda berdua, dan serikan kembali aktiviti di ranjang yang pudar dan suram.

Perkara penting yang ingin saya katakan ialah jangan hanya belai isteri anda dari segi fizikal sahaja. Beri tumpuan yang lebih kepada emosi isteri yang sentiasa ingin dihormati, dicintai dan dihargai.

share-nodes
Kongsi: