Cara Mencium Payudara Wanita – Panduan Lengkap A-Z Untuk Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak belajar cara mencium payudara wanita yang lengkap, yang terbaik? Panduan kali akan bantu anda. Pastikan anda baca dari mula sampai habis.

Payudara, salah satu organ pada tubuh wanita yang mempunyai pelbagai fungsi. Salah satunya sebagai organ seksual yang boleh meningkatkan ghairah wanita.

Cara mencium payudara

Lelaki dan Payudara Wanita

Organ pada tubuh wanita ini sangat indah pada mata lelaki, tak kira saiz. Ramai wanita yang risau tentang saiz payudara mereka. Mereka tak tahu sebenarnya setiap payudara boleh buat kaum lelaki tak tahan daulat, tak kira saiz dan bentuk.

Sebagai lelaki anda pasti bersetuju dengan fakta ini, kan?

Tetapi sayangnya ramai juga suami yang tak tahu bagaimana cara sebenar nak membelai payudara isteri mereka.

Ramai suami tak tahu teknik yang betul untuk mencium payudara isteri. Ingat ramas-ramas sahaja dah ok?u0022 Click To Tweet

Mereka menganggap payudara sama sahaja seperti organ seksual yang lain. Gosok sikit, ramas-ramas, gentel puting payudara dah cukup untuk buat isteri ghairah.

Malangnya ini tak betul sama sekali. Payudara wanita adalah organ yang sangat sensitif. Oleh itu cara yang betul untuk main payudara wanita sangat perlu – bukan tangkap muat sahaja.

Kelebihan Menggomol Payudara Wanita Dengan Betul Sebelum Bersetubuh

Anda tahu tak ramai wanita yang boleh orgasma hanya dengan rangsangan pada payudara mereka. Saya pasti ramai suami yang tak tahu fakta ni.

Ya, wanita boleh puas hanya dengan anda gomol payudara mereka – tetapi caranya perlulah betul.

Jika anda membelai, menjilat, menghisap dan menggigit payudara isteri anda dengan sempurna, saya jamin dengan mudah isteri anda akan mendesah tak tahan sehingga beliau puas.

Belum mendayung pun anda dah boleh buat isteri klimaks. Itu belum pergi kepada seks oral lagi. Dengan mudah anda boleh buat isteri puas berkali-kali sebelum berjimak.

Kalau isteri tak klimaks pun dengan rangsangan pada payudara beliau, anda tak rugi. Yang penting ialah anda dapat buat isteri benar bersedia untuk bersetubuh – benar-benar basah dan bersedia untuk menerima zakar anda.

Jadi, wajib anda belajar cara mencium payudara wanita yang betul. Wajib – bukan pilihan.

Perlu Teknik Yang Betul

Mengetahui ilmu untuk membelai payudara wanita sangat penting. Malah, saya sendiri dah tulis satu panduan E-Buku lengkap yang hanya dikhususkan untuk menggomol payudara – menunjukkan betapa pentingnya ilmu ni.

Sebelum anda mula menggomol payudara isteri anda, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ambil bab.

Pertama – payudara isteri anda adalah kawasan tubuh yang sensitif, sangat sensitif. Oleh itu jangan terus menuju ke arah payudara isteri semasa mula ringan-ringan. Gomol dulu bahagian yang lain pada tubuh beliau. Ambil masa anda, jangan gelojoh.

Ke dua – jangan terlalu kasar, tetapi jangan pula terlalu lembut. Jika anda terlalu kasar, isteri anda akan mengerang. Bukan mengerang sedap, tetapi mengerang kesakitan. Walau bagaimanapun, jika terlalu lembut pula isteri anda akan tertanya-tanya apa yang suami aku buat  ni – tak rasa apa pun. Jadi lakukan dengan ‘yang sedang-sedang sahaja’.

Ke tiga – peka terhadap reaksi isteri anda. Jangan syok sendiri. Lihat bagaimana beliau bernafas. Beri perhatian terhadap setiap desahan dan erangan beliau. Tengok sama ada puting payudara beliau keras dan mencacak naik atau tidak. Ingat, tujuan anda ialah untuk buat isteri puas, bukan untuk nafsu serakah anda semata-mata

Jika anda dah benar-benar faham tiga perkara penting yang saya berikan kat atas tu, anda boleh teruskan belajar langkah lengkap cara mencium payudara wanita.

Langkah Lengkap Cara Cium Payudara Wanita

Ini adalah teknik mencium payudara wanita yang lengkap. Pastikan anda ikut langkah demi langkah seperti yang diajar di bawah. Jangan “skip” satu pun langkah-langkah di bawah.

  1. Mulakan dari kawasan yang paling jauh daripada puting payudara. Jangan terus menggomol puting isteri – anda bukan bayi yang nak minum susu ibu. Mula dari kawasan luar payudara. Anda boleh gosok, ciuman lembut atau lakukan love bite lembut pada kawasan tersebut

    Tak tahu cara buat love bite? Saya dah tulis panduan lengkap di tip Cara Melakukan Love Bite.

  2. Ambil masa anda. Anda perlu lakukan dengan lembut dan menggoda. Jangan kasar dan gelojoh. Perempuan bukan macam lelaki. Mereka ambil masa yang lebih untuk panas. Jadi luangkan masa anda untuk menggoda isteri. Panjangkan ciuman anda, belai lebih sikit payudara isteri. Satu teknik hebat yang boleh anda amalkan pada sesi ni ialah gunakan jari untuk buat bulatan pada sekeliling payudara. Bulatan ini kemudiannya semakin kecil menuju ke arah puting. Buat berkali-kali dan lihat isteri menggeliat kesedapan.
  3. Perlahan-lahan menuju ke arah puting payudara. Tetapi jangan sentuh lagi puting payudara isteri. Main dulu di kawasan sekeliling payudara – iaitu kawasan “Areola”. Areola ni bulatan gelap di sekeliling puting payudara. Ada wanita yang saiz Areola mereka besar, ada pula yang kecil. Saiz tak menjadi masalah kerana apa pun saiz Areola wanita, bahagian ni tetap sensitif pada rangsangan.
  4. Ambil lagi masa anda di kawasan Areola ni. Seperti biasa, anda boleh gosok atau jilat lembut kawasan ni. Jika anda lakukan dengan betul, anda akan perasan yang isteri anda dah mula tak tahan. Malah jika anda benar-benar buat isteri ghairah, beliau sendiri yang akan memandu bibir anda ke puting payudara beliau. Kalau ini terjadi, terpulang kepada anda nak tolak ajakan beliau dan terus bermain-main di sekeliling payudara, atau nak terus menuju ke arah puting. Nasihat saya, buat beliau lebih tak tahan dengan teruskan bermain di sekeliling puting beliau.
  5. Apabila anda lihat puting payudara isteri benar-benar keras, anda boleh mula menyerang puting beliau. Tapi, jangan terus bertindak ganas. Gentel lembut dahulu atau jilat dengan lembut. Atau boleh juga anda hisap puting payudara dengan lembut. Kalau anda lebih “adventure”, selang-seli kan permainan anda. Gentel, jilat, hisap. Yang penting perhatikan reaksi isteri. Permainan yang mana satu yang beliau paling suka. Ada wanita suka puting payudara beliau digentel, ada yang suka dijilat, dan ada pula yang suka dihisap. Boleh juga anda guna tangan untuk meramas lembut payudara beliau sambil anda menjilat atau menggigit puting payudara isteri.
  6. Menggigit puting payudara. Perlu ke tak anda gigit puting isteri? Jawapannya bergantung kepada isteri anda. Tetapi, boleh dikatakan hampir semua wanita terangsang apabila puting payudaranya digigit. Walau bagaimanapun, teknik menggigit perlulah betul. Jangan gigit terlalu kuat. Ini kesalahan yang ramai suami lakukan ketika menggigit puting payudara isteri. Gigit dengan lembut dan sekejap sahaja. Maksudnya, gigit lembut dan lepas. Kemudian gigit semula. Atau, anda boleh gigit lembut sambil guna lidah di sekeliling puting beliau. Sekali lagi, yang paling penting ialah lihat reaksi isteri anda. Beliau suka atau tak. Jika beliau kelihatan tak selesa – tukar permainan anda.
  7. Jangan hanya menggomol sebelah payudara sahaja. Gomol kedua-dua belah payudara beliau. Tetapi selang-selikan. Tetapi boleh sahaja anda menggomol sebelah payudara dengan bibir, lidah manakala sebelah lagi anda ramas dan gentel dengan tangan. Tetapi mungkin ini agak sukar bagi mereka yang kurang pengalaman. Takut nanti anda terlalu rakus sehingga anda meramas atau menggigit dengan kuat kerana tak dapat tumpu perhatian.

Teruskan sehingga isteri puas. Jika cara anda betul – tak mustahil isteri anda boleh klimaks dengan permainan anda. Tetapi jika isteri tak klimaks, jangan risau. Seperti yang saya katakan sebelum ni, tak semua wanita boleh klimaks hanya dengan rangsangan payudara.

Jika anda nak belajar lebih lanjut cara mencium payudara, atau nak teknik yang lebih “advance”, dapatkan Panduan E-Buku Seni Ciuman Payudara. Panduan ini saya beri percuma dengan setiap pembelian Panduan Seni Ciuman.

Panduan ni wajib setiap suami dapatkan kalau nak tahu bagaimana nak buat isteri puas hanya dengan menggomol payudara isteri.

share-nodes
Kongsi: