Masalah Zakar Mengecil Dan Mengecut – Bukan Masalah Terpencil

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Masalah zakar mengecil dan mengecut bukanlah masalah yang baru. Masalah ini sering berlaku kepada ahli bina badan, atau atlit-atlit yang mengikuti latihan bersenam dengan mengangkat besi. Tambahan pula pengambilan supplement dan makanan kesihatan seperti steroid tanpa merujuk dahulu kepada doktor sakit tuan, atau pakar perubatan.

Zakar kecil dan mengecut

Zakar Mengecil Dan Mengecut Dari Saiz Normal

Individu-individu yang mengalami masalah zakar semakin kecil dan kecut rata-ratanya mempunyai zakar yang bersaiz normal sebelum mengalami masalah ini. Masalah ini mula timbul apabila mereka mula menjalani aktiviti bina badan, atau pengambila steroid. Pengambilan Steroid akan membuatkan otot-otot badan menjadi tegap dan membesar. Walaupun Steroid kelihatan seperti makanan kesihatan yang tidak berbahaya, nasihat doktor adalah amat perlu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan yang dapat mengubah bentuk tubuh seperti Steroid. Pengambilan Steroid tanpa nasihat doktor, iaitu dengan kuantiti yang salah boleh mengganggu kestabilan Hormon Testosterone, sekaligus boleh menyebabkan zakar mengecil dan mengecut. Mengambil Steroid yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada beberapa masalah lain seperti jantung, sistem saraf dan juga sistem imunasi tubuh. Ramai lelaki yang mengambil Steroid untuk membesarkan otot, terutama mereka yang berkecimpung dalam aktiviti bina badan.

Hormon Androgen Menyumbang Kepada Masalah Ini

Selain Steroid, makanan kesihatan lain yang mengandungi Hormon Androgen boleh menyumbang kepada faktor zakar mengecil dan mengecut. Hormon ini akan mebuatkan buah dada membesar, dan saiz zakar mengecil, dan kurang mantap. Individu-individu yang mengalami masalah ini haruslah berjumpa dengan doktor, atau pakar perubatan dengan segera. Doktor selalunya akan menasihatkan individu supaya meneruskan aktiviti senaman dan latihan, tetapi hentikan pengambilan steroid, atau sebarang ubatan dan makanan tambahan yang boleh memberi kesan kepada saiz zakar. Perkara ini perlu diambil serius kerana jika dibiarkan, kesannya adalah amat buruk pada jangka masa panjang.

Amalkan Pemakanan Seimbang

Tidak ada jalan singkat untuk membesarkan otot-otot tubuh. Tambahan lagi jika jalan singkat tersebut seperti pengambilan Steroid atau hormon Androgen boleh menyumbang kepada masalah lain seperti yang dinyatakan sebelum ini. Cara terbaik untuk menjaga kesihatan zakar, dan tubuh secara keseluruhan ialah dengan mengamalkan pemakanan sihat tanpa perlu makanan tambahan.

share-nodes
Kongsi: