Biji Kelentit atau G-Spot Untuk Pancutkan Isteri? – Dapatkan Jawapannya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Biji kelentit  atau G-Spot, yang manakah yang paling berkesan untuk  buat isteri pancut?

Biji kelentit dan G-Spot adalah dua organ seks pada tubuh wanita yang boleh digunakan untuk memberi kepuasan maksimum kepada seseorang wanita. Malah boleh dikatakan kedua-dua organ seks ini adalah antara titik ghairah utama yang digunakan untuk buat isteri puas dan klimaks sehingga pancut.

Tetapi antara kedua-dua organ seks ini, yang mana satu yang paling berkesan untuk anda rangsang dan buat isteri puas sehingga pancut?

biji kelentit atau g-spot
Biji kelentit atau G-Spot untuk pancutkan isteri? Jika anda tak tahu jawapannya, wajib baca tip kali ni Click To Tweet

Biji kelentit atau G-Spot

Biji kelentit atau clitoris adalah organ seks yang wujud semata-semata untuk menerima rangsangan dan memberi kepuasan kepada wanita ketika aktiviti seks. Organ seks ini sering dianggap sebagai organ seks utama pada tubuh seseorang wanita.

Begitu juga dengan titik G-Spot. Walaupun kewujudan titik G-Spot sebagai organ seks pada tubuh wanita sering diperdebatkan oleh pakar-pakar seksual, tidak dinafikan titik G-Spot memang wujud dan berfungsi sebagai organ seks yang memberi kepuasan kepada setiap wanita.

Tetapi antara dua organ seks ini, yang manakah yang paling utama dan memainkan peranan untuk buat isteri anda puas sehingga pancut? Dalam erti kata lain – biji kelentit atau g-spot untuk buat isteri pancut?

Ada yang mengatakan isteri akan puas hanya dengan rangsangan pada biji kelentit, dan ada pula yang mengatakan isteri perlukan rangsangan pada titik G-Spot untuk buat beliau puas dan terpancut.

Sebenarnya, jawapan terhadap soalan ini adalah amat mudah. Isteri anda perlukan rangsangan kepada kedua-dua organ seks ini untuk buat beliau orgasma dan pancut.

Rangsangan pada biji kelentit

Ramai suami yang membelai dan menggomol biji kelentit isteri mereka pada awal persetubuhan, iaitu ketika melakukan teknik pemanasan, atau foreplay.

Secara ringkas, para suami menggunakan rangsangan pada biji kelentit isteri untuk  buat faraj isteri benar-benar basah dan bersedia untuk persetubuhan.

Ini tidak salah, dan sebenarnya adalah salah satu teknik yang betul untuk menggoda dan merangsang isteri di ranjang. Tetapi anda harus ingat bahawa anda sebenarnya boleh merangsang biji kelentit isteri sepanjang berlangsungnya aktiviti seks, dan bukan hanya ketika foreplay.

Merangsang biji kelentit isteri ketika persetubuhan

Selain merangsang biji kelentit isteri ketika foreplay, anda boleh bermain-main dengan biji kelentit isteri anda semasa anda menujah zakar anda. Ini boleh dilakukan dengan dua cara.

Menggunakan jari

Pertama ialah menggunakan jari anda untuk menggosok atau menggentel biji kelentit isteri semasa menujah. Walaupun perbuatan ini kelihatan mudah dilakukan, tetapi kadangkala menjadi sesuatu yang sukar bagi sesetengah suami.

Kebanyakan suami menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian untuk menggosok biji kelentit isteri dan dalam masa yang sama mendayung zakar. Kadangkala suami akan bermain-main dengan biji kelentit isteri sebentar sahaja kemudian mengabaikannya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tujahan zakar.

Ini akan buat isteri tidak menerima rangsangan ‘bonus’ pada biji kelentit ketika persetubuhan.

Masalah ini boleh diatasi dengan mudah melalui latihan, seperti pepatah Inggeris “Practice makes perfect”. Jangan kecewa sekiranya anda gagal pada permulaan. Sudah pasti dengan latihan setiap kali aktiviti seks bersama isteri, perkara ini menjadi kebiasaan dan dapat anda laksanakan dengan mudah.

Jika isteri anda seorang yang sporting dan suka mencuba sesuatu yang baru, anda boleh meminta bantuan isteri untuk menggosok dan membelai biji kelentit beliau. Ini lebih efektif kerana beliau sendiri lebih tahu bagaimana beliau ingin biji kelentit beliau dibelai dan digomol.

Seringkali ini akan buat isteri anda mudah klimaks.

Melalui Posisi Seks

Teknik ke dua merangsang biji kelentit isteri dengan persetubuhan ialah melalui pemilihan posisi seks yang sesuai. Terdapat posisi seks yang membolehkan anda merangsang biji kelentit isteri anda dengan hentaman pada kawasan tersebut ketika mendayung.

Ini akan mewujudkan sentuhan pada kawasan biji kelentit dan sekitarnya untuk memberi lebih nikmat kepada isteri anda dengan setiap tujahan zakar anda. Contoh posisi seks yang dapat mewujudkan teknik ini adalah posisi Missionary, atau ‘Lelaki di atas’ dan variasi dari posisi tersebut.

Tetapi anda harus ingat, jika anda memilih untuk merangsang biji kelentit isteri anda melalui teknik ini, anda tidak akan dapat mengamalkan teknik pertama, iaitu rangsangan melalui jari.

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dan menggunakan kedua-dua teknik merangsang biji kelentit ketika persetubuhan?

Menggunakan kedua-dua teknik merangsang biji kelentit

Cara yang paling mudah untuk menggunakan kedua-dua teknik yang telah saya berikan di atas, iaitu merangsang biji kelentit isteri ketika persetubuhan dengan jari dan posisi seks adalah dengan menggunakan teknik posisi seks ketika awal persetubuhan, dan teknik jari pada pertengahan persetubuhan, atau ketika isteri ingin klimaks.

Tips di atas boleh digunakan jika anda ingin persetubuhan yang panjang dan agak ‘normal’.

Tetapi jika anda kesuntukan masa dan ingin buat isteri anda klimaks dan pancut dengan pantas, anda boleh mengabaikan teknik posisi seks dan hanya mengamalkan teknik jari sepanjang masa persetubuhan.

Rangsangan jari yang konsisten pada biji kelentit ketika menujah zakar akan buat isteri mudah klimaks, dan jika anda teruskan menggosok biji kelentit beliau ketika beliau ingin klimaks, tidak mustahil beliau akan mengalami nikmat yang akan buat beliau pancut.

Itu jika isteri anda adalah jenis yang hanya boleh klimaks dan pancut dengan rangsangan pada biji kelentit. Tetapi malangnya kebanyakan wanita memerlukan rangsangan yang lebih daripada biji kelentit untuk buat beliau puas sepenuhnya ketika berasmara sehingga pancut.

Di sinilah titik G-Spot memainkan peranan penting untuk memancutkan isteri.

G-Spot untuk pancutkan isteri

Seperti juga biji kelentit, titik G-Spot adalah titik ghairah seks yang paling sensitif pada tubuh isteri anda. Walaupun ramai yang berdebat tentang kewujudan organ seks ini, kajian demi kajian yang dilakukan telah membuktikan titik ini memang wujud dan boleh digunakan sebagai titik ghairah atau zon erotik untuk memuaskan wanita ketika persetubuhan.

Jika ada yang masih menyangkal akan kewujudan titik G-Spot ini, kemungkinan besar mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari lokasi titik G-Spot isteri mereka, atau mereka tidak merangsang sepenuhnya isteri sehingga titik G-Spot beliau membesar.

Jika masih ada yang tak tahu apa itu G-Spot; G-Spot adalah satu titik atau benjolan kecil di dalam lubang faraj wanita. Titik ini terletak di bahagian permukaan atas di dalam lubang faraj dan antara 1 inci dari bukaan faraj. Titik ini akan membesar ketika wanita ghairah sepenuhnya. Saya telah menulis secara panjang lebar tentang G-Spot dalam artikel “Apa itu G-Spot“.

Saya telah jelaskan pada bahagian 1 artikel ini isteri anda memerlukan rangsangan pada biji kelentit dan juga G-Spot untuk membuatkan beliau benar-benar puas sehingga klimaks.

Teknik merangsang G-Spot untuk pancutkan isteri

Terdapat dua teknik merangsang G-Spot secara langsung untuk membuat isteri anda puas sehingga orgasme dan pancut.

Merangsang G-Spot dengan jari

Teknik paling mudah untuk merangsang G-Spot isteri anda adalah dengan menggunakan jari anda. Walaupun saya katakan mudah, anda masih memerlukan skill yang betul untuk memastikan anda benar-benar merangsang G-Spot dan bukan sekadar permukaan lubang faraj isteri.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum anda mula merangsang G-Spot isteri dengan jari ialah memastikan isteri anda benar-benar terangsang untuk membuat G-Spot isteri anda membengkak, atau membesar. Anda harus ingat G-Spot isteri anda tidak akan menonjol sekiranya beliau tidak benar-benar bernafsu dan ghairah. Ini akan menyukarkan anda untuk mencari lokasi G-Spot isteri anda.

Anda boleh membuat isteri anda benar-benar terangsang dan bernafsu dengan menggomol biji kelentit beliau melalui tips yang telah saya berikan pada Bahagian 1 artikel ini.

Setelah isteri anda benar-benar terangsang, dan anda telah mengenalpasti lokasi G-Spot isteri anda, anda boleh mulakan dengan menggosok perlahan-lahan titik G-Spot isteri. Jangan gosok dengan kasar kerana titik G-Spot adalah amat sensitif dan sentuhan yang kuat dan kasar akan membuat isteri sakit.

Anda tidak perlu melakukan teknik jari yang pelik-pelik untuk merangsang G-Spot isteri. Cukup sekadar menggosok, atau mengetuk perlahan-lahan titik G-Spot isteri.

Sesetengah wanita yang sensitif boleh orgasme sehingga pancut hanya dengan teknik ini!

Merangsang G-Spot dengan zakar

Selain merangsang titik G-Spot isteri dengan jari, anda boleh menggunakan zakar untuk merangsang kawasan tersebut ketika menujah.

Secara mudah boleh dikatakan setiap tujahan zakar anda ketika persetubuhan secara tidak langsung akan merangsang titik G-Spot isteri. Ini kerana setiap gerakan zakar di dalam lubang faraj isteri akan membuatkan zakar menggesel kawasan di mana titik tersebut berada.

Oleh itu setiap tujahan zakar, menujah atau menarik akan merangsang titik G-Spot isteri anda.

Tetapi terdapat beberapa situasi di mana pemilihan posisi seks yang tidak sesuai akan menyebabkan zakar gagal merangsang G-Spot untuk pancutkan isteri.

Oleh itu memilih posisi seks yang sesuai adalah amat penting sekiranya anda ingin zakar anda merangsang G-Spot isteri anda ketika menujah.

Merangsang biji kelentit dan G-Spot pada masa yang sama

Seperti yang telah dijelaskan siri artikel yang lepas, anda boleh merangsang biji kelentit dan juga G-Spot isteri anda sama ada dengan menggunakan jari, lidah atau dengan zakar semasa menujah. Bagi sesetengah isteri, ini sudah cukup untuk membuat beliau puas di ranjang.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan sebilangan besar isteri, dan kaum wanita secara khusus memerlukan rangsangan yang lebih untuk memastikan mereka benar-benar puas dalam persetubuhan. Di sinilah teknik merangsang biji kelentit dan g-spot pada masa yang sama memainkan peranan.

Teknik yang perlu anda pelajari

Secara ringkas, terdapat dua teknik yang boleh anda praktikkan untuk merangsang kedua-dua organ seks ini pada masa yang sama.

Teknik yang pertama lebih menjurus kepada teknik seks oral, atau teknik ‘Cunnilinggus’ dengan sedikit modifikasi. Teknik ini juga boleh dibahagikan kepada dua teknik kecil, iaitu menggunakan jari semata, atau menggunakan jari dengan bantuan lidah.

Hanya menggunakan jari

Jika anda ingin menggunakan teknik jari untuk merangsang biji kelentit dan G-Spot pada masa yang sama, anda perlu berlatih dengan “try and error”. Caranya ialah memasukkan jari tengah anda ke dalam lubang faraj isteri, dan meletakkan ibu jari anda pada biji kelentit isteri.

Teknik ini hanya boleh dilakukan apabila isteri anda benar-benar basah. Elakkan dari melakukan teknik ini pada awal permainan diranjang kerana ini akan membuat isteri anda berasa tidak selesa jika beliau belum benar-benar bersedia.

Anda perlu menggunakan jari tengah anda untuk mencari lokasi titik G-Spot isteri di dalam lubang faraj, dan dalam masa yang sama menggunakan ibu jari anda untuk menggosok biji kelentit isteri.

Walaupun teknik ini nampak mudah dilakukan, hakikatnya teknik ini amat sukar. Anda perlu mengenalpasti lokasi sebenar G-Spot isteri anda sebelum mula merangsang bahagian tersebut, dan juga anda perlu mengawal diri anda daripada menggosok biji kelentit isteri dengan kuat untuk mengelakkan beliau berasa sakit.

Walaubagaimanapun, ‘practice makes perfect’, dan dengan latihan saya yakin anda akan menguasai teknik ini untuk membuat isteri anda tak tahan sehingga pancut.

Dengan bantuan lidah

Teknik merangsang biji kelentit dan g-spot pada masa yang sama ini mudah dilakukan berbanding teknik jari yang diberikan di atas.

Pada teknik ini lidah memainkan peranan untuk merangsang biji kelentit, manakala jari pula digunakan untuk merangsang titik G-Spot isteri. Anda boleh memilih untuk memasukkan satu atau dua jari ke dalam lubang faraj isteri untuk merangsang G-Spot beliau.

Seperti juga teknik jari di atas, teknik ini juga memerlukan isteri benar-benar bersedia untuk mengelakkan beliau berasa tidak selesa kerana faraj belum basah dan biji kelentit beliau belum bersedia untuk dirangsang.

Teknik kedua pula yang boleh anda gunakan untuk merangsang biji kelentit dan G-Spot pada masa yang sama ialah dengan memilih posisi jimak yang dicipta khusus untuk tujuan ini.

Merangsang biji kelentit atau g-spot pada masa yang sama dengan Posisi Jimak khusus

Pada bahagian pertama dan bahagian kedua artikel ini saya telah memberi tips bagaimana anda boleh gunakan zakar untuk merangsang biji kelentit, ataupun titik G-Spot isteri ketika persetubuhan.

Faktor ini amat berkait rapat dengan pemilihan posisi jimak yang sesuai ketika aktiviti seks.

Walaubagaimanapun, memilih posisi jimak yang sesuai untuk merangsang biji kelentit dan G-Spot pada masa yang sama agak sukar kerana perkara ini berkaitan rapat dengan bentuk tubuh fizikal anda dan isteri.

Contohnya jika anda sedikit gempal dengan saiz perut yang agak besar, sudah tentu posisi jimak Missionary dan variasinya tidak sesuai digunakan untuk teknik ini kerana perut anda akan menghalang hentaman zakar pada biji kelentit isteri ketika menujah.

Tips memilih posisi jimak untuk rangsangan biji kelentit dan g-spot

Terdapat dua perkara penting yang perlu anda beri perhatian ketika memilih posisi jimak yang membolehkan anda untuk memberi rangsangan kepada biji kelentit dan G-Spot pada masa yang sama.

Yang pertama ialah anda harus pastikan pada posisi jimak tersebut, sudut tujahan zakar anda akan menggesel bahagian atas lubang faraj isteri, iaitu lokasi titik G-Spot isteri anda. Yang kedua ialah posisi jimak yang anda pilih akan membuatkan pangkal zakar anda menghentam, atau menyentuh biji kelentit isteri dengan setiap tujahan.

Kedua-dua faktor ini adalah kunci utama pada posisi jimak yang akan membolehkan anda merangsang biji kelentit dan g-spot isteri dengan setiap dayungan anda.

Walaupun mencari posisi jimak yang sesuai ini kelihatan sukar, tetapi sebenarnya masalah ini telah diselesaikan oleh ajaran Kamasutra berabad-abad yang lalu. Manual seks Kamasutra telah memberi panduan dan mengajar posisi-posisi jimak yang sesuai untuk memberi rangsangan maksima kepada isteri, dan bagaimana untuk membuat isteri puas sehingga pancut hanya dengan memilih posisi jimak yang sesuai.

Walaubagaimanapun, ramai pasangan yang tidak ingin ambil tahu kepentingan memilih posisi jimak yang sesuai ketika berasmara kerana bagi mereka asalkan masuk jer dah o.k.

Jika anda tidak tergolong dalam golongan yang saya sebutkan di atas, dan anda serius untuk membuat isteri anda puas, klimaks sehingga pancut hanya dengan memilih posisi jimak yang sesuai, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang mempunyai 102 Posisi Jimak terpilih yang telah terbukti berkesan untuk memuaskan pasangan ketika persetubuhan.

Teknik jari atau posisi jimak?

Terpulang kepada anda sama ada ingin menggunakan teknik jari, atau teknik posisi jimak untuk merangsang biji kelentit dan G-Spot pada masa yang sama. Kedua-dua teknik ini mempunyai kelebihan, dan kekurangan.

Sebagai contoh teknik jari dan lidah hanya memberi kepuasan kepada pihak isteri, dan tidak membantu untuk membuat zakar anda semakin keras. Manakala teknik posisi jimak pula mungkin akan membuatkan anda pancut awal sebelum isteri puas kerana tidak dapat mengawal nafsu(ini boleh diatasi dengan posisi jimak Kamasutra).

Cara yang terbaik ialah dengan menggunakan kedua-dua teknik ini dalam aktiviti seks. Anda boleh menggunakan teknik jari dan lidah ketika foreplay untuk membuat isteri puas sehingga pancut, dan teruskan dengan teknik posisi jimak untuk memuaskan isteri buat kali kedua.

Apa pun teknik yang anda praktikkan untuk membuat isteri anda pancut, jangan terlalu khusyuk sehingga lupa untuk berbual dan menggoda isteri ketika berasmara. Jangan pula buat isteri hairan kerana anda begitu serius mengamalkan teknik-teknik ini sehingga lupa isteri anda bukanlah objek seks, tetapi permaisuri hidup anda!

share-nodes
Kongsi: