Seks Ketika Hamil – Boleh Atau Tidak Bersetubuh Untuk Ibu Mengandung

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bolehkah melakukan seks ketika hamil? Rata-rata Doktor Pakar Sakit Puan memberikan jawapan boleh dan tidak boleh, bergantung kepada keadaan si ibu dan kandungannya. Menurut mereka lagi pasangan masih boleh melakukan hubungan seks jika kehamilan si isteri adalah pada keadaan normal.

Seks ketika hamil
Boleh atau tidak melakukan seks ketika hamil? Jawapannya boleh dan tidak boleh – bagaimana tu? Click To Tweet

Seks Ketika Hamil – Boleh Atau Tidak?

Jadi adakah berbahaya melakukan hubungan seks yang melibatkan penetrasi ketika kehamilan. Banyak pendapat yang bercanggah berhubung perkara ini. Ada yang mengatakan boleh, dan ada yang mengatakan ini adalah bahaya dan dapat menimbulkan jangkitan kepada si ibu. Dan ada juga yang berpendapat hubungan seks yang melibatkan penetrasi ketika hamil akan membahayakan bayi dalam kandungan. Sebenarnya hubungan seks ketika hamil tidak berbahaya buat si ibu, dan juga bayi yang dikandungnya. Ini kerana tubuh wanita memiliki sejenis lendir yang berada di pangkal rahim. Cairan lendir ini secara langsung akan membantu si ibu melawan kuman atau sebarang jangkitan yang masuk ke pangkal rahim.

Rahim dan cairan ketuban, serta otot-otot rahim secara tidak langsung juga memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi ketika proses kehamilan.

Walaubagaimanapun faktor-faktor yang disebutkan di atas adalah hanya untuk kes kehamilan normal. Ini berlainan dengan kes kehamilan berisiko tinggi.

Kehamilan Berisiko Tinggi Lain Pula Ceritanya

Contoh kehamilan berisiko tinggi adalah apabila timbul komplikasi atau simptom yang tidak pernah berlaku setelah, atau selepas mengadakan hubungan seks. Antaranya ialah rasa ngilu, berlaku kontraksi, atau keluar darah daripada organ seks si ibu. Jika simptom-simptom ini terjadi, pasangan dinasihatkan berhenti daripada melakukan hubungan seks dan merujuk kes ini dengan segera kepada pakar perubatan. Secara amnya, pakar perubatan tidak menggalakkan hubungan untuk kes-kes kehamilan tertentu, seperti:

  • Si ibu mempunyai sejarah keguguran, atau mengalami ancaman keguguran yang tinggi.
  • Placenta berada pada kedudukan yang rendah.
  • Terdapat sejarah kelahiran pra-matang.
  • Pendarahan yang berlaku pada faraj, atau keluar cairan dan lendir yang tidak dapat dikenalpasti punca.
  • Dijangkiti penyakit seksual (STD).

Posisi Seks Ketika Hamil

Untuk posisi seks pula, pakar-pakar perubatan menasihatkan supaya pasangan memilih posisi yang memberikan keselesaan kepada si isteri, dan tidak memberikan tekanan yang berlebihan kepada beliau. Antara posisi yang dicadangkan ketika hamil ialah Posisi Wanita di atas, Posisi Duduk, dan Posisi Berlutut atau Berdiri.

Ketiga-tiga posisi seks ini membolehkan si suami daripada memberi tekanan dan bebanan kepada perut isteri. Walaupun hubungan seks adalah penting di dalam hubungan rumahtangga, tidak terkecuali ketika hamil, rata-rata pakar perubatan bersetuju bahawa komunikasi, pelukan, ciuman dan belaian tanpa sebarang hubungan seksual boleh memberikan kesan yang lebih baik kepada si ibu dan kandungannya ketika proses kehamilan berlaku.

share-nodes
Kongsi: