Rahsia Tahan Lama Ketika Bersetubuh – Ilmu Wajib Belajar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Rahsia tahan lama memang adalah salah satu ilmu bersetubuh yang dicari-cari oleh semua lelaki, terutama para suami. Semua suami ingin puaskan isteri ketika bersetubuh. Jarang sekali suami ingin mengabaikan isteri dan tidak mahu memuaskan nafsu isteri.

Salah satu cara untuk buat isteri puas ketika berjimak adalah dengan tahan lama ketika bersetubuh. Mengapa tahan lama ketika bersetubuh sangat penting, terutama kepada kaum lelaki?

Rahsia tahan lama
Masalah pancut awal masalah utama kaum lelaki pada masa sekarang Click To Tweet

Mengapa Perlu Tahan Lama Ketika Bersetubuh

Masalah yang sering menghantui ramai suami pada masa sekarang ialah masalah pancut awal dalam hubungan seks.

Masalah ini sering buat para suami gagal untuk puaskan isteri ketika berasmara. Macam mana buat isteri puas kalau tak sampai 10 minit dah pancut.

Masalah pancut awal ini buat ramai suami tertekan dan lebih teruk lagi ada yang menjadi dingin dan mengelak jika diajak melakukan hubungan seks oleh isteri. Mereka mengambil langkah mudah untuk melampiaskan nafsu dengan melakukan onani.

Akibatnya bukan sahaja mereka yang tertekan, isteri lebih stress dan memendam nafsu, dan perasaan.

Perkara ini jika dibiarkan berlanjutan sudah pasti memberi kesan buruk kepada rumahtangga dan juga hubungan suami isteri.

Faktor Yang Buat Lelaki Gagal Tahan Lama Dalam Seks

Kenapa ramai lelaki yang mengalami masalah pancut awal, atau gagal untuk bertahan lama di ranjang?

Masalah yang semakin meruncing ni disebabkan oleh banyak faktor – fizikal dan juga psikologi.

Faktor Fizikal

Faktor fizikal seperti kesihatan dan persekitaran anda penyumbang utama kepada masalah pancut awal kepada kaum lelaki. Oleh kerana hubungan seks adalah aktiviti fizikal, tahap kesihatan sangat memainkan peranan.

Prestasi seks bagi lelaki sangat dipengaruhi oleh tahap kesihatan tubuh, terutama sistem Kardiovaskular.

Oleh kerana zakar adalah organ yang terdiri daripada himpunan pembuluh darah, aliran darah ke zakar sangat penting.

Mereka yang mengalami masalah kesihatan yang melibatkan sistem Kardiovaskular akan menghadapi kesukaran untuk mencapai prestasi sebenar di ranjang, lalu gagal untuk tahan lama dalam hubungan seks dengan isteri.

Faktor Psikologi

Faktor-faktor seperti stress adalah antara faktor psikologi yang mempengaruhi prestasi lelaki dalam hubungan seks.

Walaupun faktor fizikal memainkan peranan dalam hubungan kelamin suami isteri, faktor psikologi sama penting dalam perkara ini.

Salah satu cara untuk mengawal ejakulasi lelaki adalah dengan kawalan minda. Mereka yang menghadapi masalah stress gagal untuk memanfaatkan teknik ini untuk mengawal pancutan.

Masalah psikologi juga boleh menyebabkan individu tersebut gagal terangsang dan bernafsu untuk bersama isteri.

Wanita dan Nafsu

Tidak seperti lelaki yang mudah terangsang dan bernafsu, kaum wanita amat sukar untuk benar-benar ghairah dan bernafsu.

Walaupun terdapat sesetengah kes di mana kaum wanita mudah terangsang, ini adalah sangat terpencil dan tidak meliputi majoriti wanita.

Wanita perlu digoda, dirangsang dan dibelai untuk buat mereka benar-benar bernafsu dan bersedia untuk hubungan seks.

Ramai lelaki mengabaikan fakta ini. Akibatnya mereka gagal untuk buat pasangan mereka benar-benar puas dalam hubungan seks.

Teknik Foreplay Untuk Buat Isteri Bernafsu

Salah satu teknik utama untuk buat wanita benar-benar bernafsu adalah dengan teknik foreplay, atau permainan pemanasan.

Teknik foreplay digunakan untuk menaikkan ghairah pasangan supaya mereka bersedia untuk berjimak.

Suami yang mengabaikan teknik foreplay seringkali mendapati mereka gagal untuk buat isteri mereka puas sehingga ejakulasi. Apa yang berlaku ialah mereka telah klimaks dan pancut, tetapi isteri masih belum puas ketika bersetubuh.

Tetapi bagaimana pula jika teknik foreplay telah dilakukan dan isteri benar-benar bersedia untuk bersetubuh – tetapi suami pula tak dapat bertahan lama ketika mendayung.

Gagal Puaskan Isteri Kerana Pancut Awal

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Penn State di Amerika Syarikat mendapati purata jangka masa untuk ejakulasi bagi lelaki ialah antara 3 minit hingga 13 minit.

Anda rasa anda dapat puaskan isteri jika aktiviti bersetubuh anda berdua hanya mengambil masa selama 3 minit?

Lelaki yang mengalami masalah pancut awal hanya dapat bertahan kurang dari masa ini (3 minit). Malah mereka yang mengalami masalah pancut awal yang serius boleh ejakulasi tak sampai 1 minit.

Ejakulasi Wanita

Wanita pula mengambil masa yang lebih lama sebelum mereka klimaks dan ejakulasi. Jangan terkejut jika saya beritahu rata-rata wanita memerlukan sehingga 20 minit sebelum mereka benar-benar puas dan ejakulasi dalam hubungan seks.

Walau bagaimanapun, jika mereka memuaskan diri sendiri dengan melancap, mereka hanya memerlukan antara 5 hingga 15 minit untuk ejakulasi.

Kenapa waktu ejakulasi ini sangat berbeza – antara hubungan seks dan melancap?

Hubungan Seks vs. Melancap

Ini kerana rangsangan yang diterima oleh wanita itu sendiri. Ketika melancap, mereka hanya merangsang kawasan yang benar-benar buat mereka ghairah. Oleh itu masa yang diambil untuk mereka ejakulasi adalah singkat.

Berbeza dengan hubungan seks, di mana rangsangan yang mereka terima adalah bergantung kepada pasangan mereka. Jika suami pandai memainkan peranan dan merangsang bahagian yang boleh buat isteri ghairah – masa isteri puas dapat disingkatkan.

Begitu juga sebaliknya. Jika suami kurang berpengalaman dan tidak pandai merangsang isteri mereka, sudah pasti jangka masa klimaks isteri akan dilanjutkan – atau isteri tidak langsung tak klimaks.

Tahan Lama Adalah Penyelesaiannya

Masalah gagal puaskan isteri dengan mudah boleh diselesaikan sekiranya suami dapat bertahan lama ketika bersetubuh.

Walaupun teknik bersetubuh amat penting dalam hubungan kelamin, jika anda tak dapat tahan lama dan pancut awal – anda sendiri takkan dapat menggunakan teknik-teknik tersebut.

Begitu juga dengan posisi-posisi seks. Anda sendiri tahu terdapat pelbagai posisi jimak pada masa sekarang. Posisi-posisi jimak yang berbeza akan beri nikmat yang berbeza. Ini adalah fakta walaupun ramai tak tahu perkara ni.

Bagaimana nak cuba posisi-posisi jimak ni jika baru cuba satu posisi jimak dah pancut. Sudah pasti rugi kerana banyak lagi posisi-posisi seks yang perlu dicuba.

Jadi tahan lama ketika bersetubuh sangat penting, bukan sahaja untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk kepuasan nafsu isteri.

Cara Tahan Lama Ketika Bersetubuh

Apakah cara atau teknik terbaik untuk tahan lama ketika bersetubuh? Ini adalah jawapan yang sering dicari setiap lelaki.

Jujur saya katakan, cara paling mudah untuk tahan lama ketika bersama isteri ialah dengan menggunakan ubat tahan lama – itu pun jika anda jumpa ubat tahan lama yang benar-benar berkesan. Baca tip yang saya tulis di artikel ubat tahan lama kalau nak tahu lebih lanjut tentang berkesan atau tak ubat tahan lama.

Ubat Tahan Lama atau Ubat Kuat

Benarkah ubat tahan lama atau ubat kuat boleh membantu lelaki di ranjang. Jawapannya boleh.

Candy B
Candy B antara ubat tahan lama yang popular

Tetapi terdapat beberapa perkara yang anda perlu teliti dahulu sebelum anda mengeluarkan duit anda dan mendapatkan ubat tahan lama.

Sekarang ni memang banyak ubat kuat termasuk ubat tahan lama yang dijual di pasaran Malaysia. Ada  ubat yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan, dan ada juga ubat yang diimport dari negara jiran, dan yang paling popular – negara China.

Ubat dalam bentuk pil, krim, serum atau gel yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan kebanyakannya mempunyai pengesahan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tetapi produk yang diimport dari luar negara sudah pasti tiada sijil atau pengesahan ini.

Kepentingan Sijil KKM Untuk Ubat Kuat

Sijil KKM sangat penting untuk ubat yang anda guna. Ini termasuk ubat makan atau pun ubat sapu.

Tetapi anda juga perlu peka yang sijil KKM bukan bermaksud ubat tersebut berkesan seperti yang didakwa oleh pengeluar. Sijil KKM hanya berfungsi untuk mengesahkan yang ubat tersebut tidak memberi kesan sampingan yang negatif kepada pengguna.

Berkesan atau tak ubat tersebut – itu cerita lain.

Berkesan Atau Tak Ubat Kuat Untuk Masalah Pancut Awal

Jika anda ingin menyelesaikan masalah pancut awal anda dengan mengambil ubat kuat, atau ubat sapu – pastikan ubat tersebut benar-benar berkesan.

Buat kajian dahulu. Siasat sama ada pengeluar ubat-ubatan tersebut boleh dipercayai. Contohnya ada syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menggunakan akaun bank syarikat dan sebagainya.

Baca juga testimonial-testimonial dari pengguna yang pernah menggunakan ubat tersebut. Jika anda rasakan testimonial tersebut seperti di buat-buat, elakkan.

Masalah Utama Ubat Kuat

Seperti yang saya katakan sebelum ini, memang tidak dinafikan ada ubat tahan lama atau ubat kuat yang memang berkesan untuk menyelesaikan masalah pancut awal.

Tetapi satu kelemahan utama menggunakan ubat-ubatan ini ialah penyelesaian yang diberikan adalah penyelesaian sementara.

Saya ambil contoh ubat sapu, atau krim, gel, serum dan sebagainya. Anda hanya dapat tahan lama jika anda terus mengambil atau menyapu ubat tersebut. Dalam erti kata lain, sapu baru tahan lama. Tak sapu, masalah berulang.

Jadi anda perlu keluarkan modal setiap bulan untuk mengambil ubat-ubatan ini. Jika tak anda tak dapat tahan lama di ranjang.

Ini tak menjadi masalah sekiranya anda berkemampuan. Apalah sangat berhabis beratus ringgit sebulan untuk tahan lama di ranjang? Tetapi bagaimana jika anda kurang modal untuk terus membeli ubat kuat?

Ini sangat membebankan. Tambahan pula ubat-ubat yang dijual di pasaran sekarang boleh tahan harganya.

Terdapat juga peniaga tak bertanggungjawab yang sesuka hati meletakkan harga yang tinggi untuk ubat-ubat tersebut.

Menyelesaikan Masalah Pancut Awal Tanpa Ubat

Sebenarnya ramai yang tahu terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk bertahan lama di ranjang, tanpa perlu menyapu krim atau gel tahan lama.

Teknik tahan lama ini pula tak sesukar yang disangkakan. Sangat mudah jika anda faham konsep dan bagaimana cara sebenar untuk mengaplikasikan teknik tahan lama ketika bersetubuh ini dalam hubungan seks anda.

Rahsia Tahan Lama Yang Perlu Anda Tahu

Terdapat beberapa rahsia untuk bertahan lama di ranjang yang telah lama diamalkan oleh generasi terdahulu.

Zaman dahulu tak ada ubat kuat, ubat tahan lama semua ni. Mereka lebih selesa menggunakan cara tradisional untuk meningkatkan prestasi seksual mereka.

Malah cara ini lebih berkesan dan lebih selamat berbanding dengan menggunakan ubat kuat atau krim dan gel tahan lama.

1. Memanjangkan Foreplay

Memanjangkan pemanasan atau foreplay adalah salah satu teknik yang boleh anda amalkan untuk lebih tahan lama ketika bersetubuh.

Tujuan untuk memanjangkan sesi foreplay adalah untuk menaikkan ghairah isteri ke tahap maksimum. Ini dengan mudah dapat buat isteri lebih bernafsu dan mudah untuk klimaks.

Apabila ini berlaku, anda tidak perlu mendayung lebih lama untuk buat isteri puas.

Terdapat banyak teknik foreplay yang boleh anda lakukan. Antara teknik foreplay yang selalu dilakukan ialah teknik ciuman dan teknik seks oral.

Dua teknik pemanasan ini mudah dilakukan dan boleh memberi impak yang besar kepada ghairah isteri.

Teknik foreplay juga telah dibuktikan boleh buat isteri lebih mudah puas dan klimaks. Ini kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, wanita memerlukan pemanasan untuk memudahkan ejakulasi.

Dengan mengamalkan foreplay yang panjang sebelum berjimak, isteri akan berasa lebih tenang, tetapi dalam masa yang sama bernafsu dan ghairah.

Baca lebih lanjut bagaimana teknik foreplay boleh bantu anda puaskan isteri sebelum mendayung.

2. Teknik Kawalan Minda

Kawalan minda sangat penting ketika bersetubuh. Mereka yang dapat mengawal minda mereka dengan mudah dapat mengawal ejakulasi.

Cara mengamalkan teknik kawalan minda sebagai salah tahu cara tahan lama ketika bersetubuh adalah dengan menipu minda anda.

Ketika bersetubuh, minda kita akan memikirkan bagaimana untuk memuaskan isteri, dan juga memikirkan tentang nikmat yang sedang dialami.

Ini meyebabkan tubuh anda memberi respons terhadap nikmat yang anda sedang fikirkan – dan buat anda mudah klimaks dan ejakulasi.

Bagaimana jika anda tidak memikirkan langsung tentang bersetubuh? Bagaimana jika minda anda memikirkan tentang perkara lain selain nikmat bersetubuh?

Ini adalah helah untuk teknik kawalan minda. Apabila anda memikirkan tentang perkara lain, tubuh anda akan memberi tindak balas. Anda dapat mengalihkan tumpuan ketika bersetubuh, seterusnya buat anda lebih tahan lama ketika berjimak.

Walau bagaimanapun, terdapat keburukan di dalam teknik ini. Anda akan merasai kurang nikmat walaupun anda dapat bertahan lama. Baca lebih lanjut tentang skill teknik kawalan minda di tip teknik kawalan minda untuk tahan lebih lama di ranjang.

3. Teknik Start-Stop

Teknik “Start-Stop” adalah salah satu lagi teknik yang berkesan untuk pancut lambat ketika bersetubuh.

Rahsia tahan lama ini boleh membantu anda memanjangkan sesi bersetubuh. Konsep yang digunakan untuk teknik “Start-Stop” ialah dengan menghentikan rangsangan pada zakar ketika anda rasa ingin ejakulasi.

Dalam erti kata lain, ketika anda tak tahan dan ingin pancut ketika mendayung – cabut zakar anda serta merta. Tunggu sehingga rasa tersebut reda, baru sambung semula mendayung.

Teknik ini boleh membantu melambatkan pancutan anda. Tetapi, terdapat kelemahan pada teknik Start-Stop ini.

Ketika anda mencabut zakar, bukan sahaja rangsangan anda berkurangan, tetapi isteri juga akan mengalami pengalaman yang sama.

Jadi sudah pasti susah untuk anda benar-benar puaskan isteri dengan teknik ini ketika bersetubuh.

Penyelesaian untuk masalah ini ialah dengan meneruskan rangsangan kepada isteri semasa anda mencabut zakar. Anda boleh gunakan jari untuk merangsang kemaluan isteri, atau lakukan seks oral pada isteri untuk tidak menurunkan ghairah beliau. Baca teknik start-stop yang lengkap di panduan teknik start-stop untuk tahan lama ketika bersetubuh.

4. Memilih Posisi Seks Yang Sesuai

Posisi seks sebenarnya sangat memainkan peranan untuk anda tahan lama ketika bersetubuh. Ramai tak tahu posisi seks boleh buat anda pancut awal, atau tidak.

Terdapat beberapa posisi seks yang buat isteri lebih ghairah. Selalunya ini terjadi kerana pada posisi-posisi ini, anda dapat menujah, atau memasukkan zakar dengan lebih dalam pada faraj isteri.

Ini secara tidak langsung akan beri lebih nikmat kepada isteri – sekali gus memudahkan beliau puas dan klimaks awal.

Contoh posisi seks yang buat anda pancut lambat ialah posisi seks “Missionary”, posisi seks “Doggy”, dan posisi seks “Cowgirl”. Tetapi ada beberapa kelemahan pada teknik posisi bersetubuh tahan lama ni. Baca lebih lanjut di artikel posisi bersetubuh tahan lama.

5. Menggunakan Kondom Yang Tebal

Tak ramai suami yang gemar mengenakan kondom ketika bersetubuh. Maklumlah nikmat yang dirasai dengan kondom sudah tentu tidak sama dengan tidak mengenakan kondom.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan kondom boleh membantu untuk tahan lama ketika bersetubuh. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kondom yang tebal.

Secara mudah, kondom akan buat zakar anda kurang sensitif – sekali gus buat anda pancut lambat.

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran. Malah, kondom-kondom ini juga banyak yang dijual secara online. Ada pula kondom yang dicipta untuk beri lebih rangsangan kepada faraj dengan reka bentuk yang unik.

Kondom berduri

Sebagai contoh kondom yang dikelilingi duri lembut ini mungkin kelihatan agak pelik yang pertama kali melihatnya. Duri-duri lembut kecil yang mengelilingi kondom ini dapat beri lebih rangsangan kepada faraj isteri di samping membantu anda tahan lama di ranjang.

Tetapi, kondom yang tebal sudah pasti akan menghilangkan nikmat bersetubuh. Anda tidak akan merasa puas atau mengalami nikmat yang sama jika anda tidak menggunakan kondom.

Baca lebih lanjut tentang kondom tahan lama.

6. Melancap Sebelum Berjimak

Salah satu rahsia tahan lama yang sering digunakan oleh lelaki, terutama di barat ialah pancut dahulu sebelum bersama isteri.

Dalam erti kata lain, mereka akan melancap sehingga klimaks sebelum bersetubuh. Petua tahan lama ini menular kerana mengikut kajian, pancutan ke dua selalunya akan lebih lambat untuk keluar dari pancutan pertama.

Ada yang mengatakan teknik pancut lambat ini berkesan, dan ada pula yang mengatakan ini adalah mitos yang tak boleh pakai.

Sebenarnya, keberkesanan teknik ini adalah bergantung kepada tahap kesihatan fizikal individu terbabit. Dan, saya juga tidak syorkan anda guna teknik ini untuk pancut lambat ketika bersetubuh.

Ini kerana setiap kali anda pancut, anda akan membuang tenaga anda. Perasan tak, lepas pancut anda akan berasa sedikit letih dan kurang bermaya – lebih-lebih lagi jika anda pancut ketika melancap.

Faktor ini secara langsung akan buat prestasi anda untuk menggomol isteri akan menurun. Macam mana nak buat isteri puas jika anda letih?

Baca di sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang teknik melancap sebelum berjimak.

7. Kawal Pernafasan Ketika Mendayung

Teknik kawal pernafasan adalah antara teknik ‘advance’ untuk pancut lambat. Rahsia tahan lama ini tak ramai yang tahu.

Bernafas dengan baik dan betul sangat penting untuk semua aktiviti fizikal yang berat. Bersetubuh atau hubungan seks adalah aktiviti fizikal yang mengerahkan semua tenaga anda. Oleh itu bernafas dengan betul sangat penting ketika berjimak.

Jika anda dapat mengaplikasikan teknik bernafas yang betul ketika mendayung, secara mudah anda akan dapat mengawal pancutan anda.

Malah, mereka yang telah menguasai teknik pernafasan mereka dapat memilih sama ada untuk pancut atau tidak ketika menujah isteri.

Baca lebih lanjut tentang cara bernafas yang betul ketika mendayung isteri di tip teknik bernafas tahan lama bersetubuh.

8. Belajar Teknik Lelaki Multi-Orgasm (Orgasma Berganda)

Ini juga adalah teknik yang sangat ‘advance’ dalam rahsia tahan lama.

Ramai yang tahu wanita boleh puas dan orgasma lebih daripada sekali dalam hubungan seks. Ini adalah fakta yang telah dibuktikan sains. Dalam erti kata lain, semua wanita boleh puas, klimaks dan kadang-kala pancut berkali-kali ketika bersetubuh.

Tetapi tak ramai yang tahu lelaki juga boleh buat benda yang sama. Ya, lelaki juga boleh mengalami orgasma berganda – seperti juga wanita. Teknik atau fenomena ini dikenali sebagai “Multi Orgasm”. Jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu akan jadi Orgasma Berganda.

Cuma terdapat sedikit perbezaan antara orgasma berganda wanita dan lelaki yang mengamalkan teknik tahan lama ini.

Lelaki orgasma berganda yang telah menguasai teknik ini boleh memilih untuk pancut atau tidak ketika bersetubuh. Tetapi mereka boleh puas dan klimaks tanpa pancut.

Mungkin bunyinya agak pelik jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentang rahsia tahan lama ini.

Tetapi sebenarnya teknik ini bukanlah teknik baru atau teknik moden. Teknik ini telah lama diamalkan sejak dahulu lagi.

Tetapi sayang hilang ditelan zaman kerana masyarakat moden lebih suka mengambil jalan singkat dengan menggunakan ubat kuat dan ubat tahan lama berbanding meluangkan masa untuk belajar teknik tahan lama ini.

Anda boleh belajar dan menguasai teknik lelaki orgasma berganda ini melalui panduan E-Buku Teknik Tahan Lama yang terdapat di laman web ini.

Memilih & Mengamalkan Rahsia Tahan Lama Yang Sesuai

Saya telah beri lapan teknik tahan lama yang berkesan untuk anda amalkan ketika bersetubuh. Tetapi antara semua teknik ini, yang mana paling sesuai dan paling berkesan untuk anda cuba?

Jawapan untuk soalan ini adalah bergantung kepada anda. Adakah anda jenis yang inginkan jalan singkat untuk menyelesaikan masalah anda – tidak ingin penyelesaian jangka masa panjang.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, lebih sesuai jika anda dapatkan ubat tahan lama untuk penyelesaian singkat anda. Teknik-teknik yang saya beri ini tidak akan membantu anda kerana kebanyakan teknik ini memerlukan usaha dan ketekunan untuk dijayakan.

Cuma pastikan anda betul-betul melakukan “research” sebelum memilih ubat tahan lama untuk masalah pancut awal anda.

Tetapi, jika anda ingin penyelesaian jangka masa panjang yang kekal untuk masalah pancut awal anda, boleh dikatakan semua teknik yang saya beri ini sesuai dan boleh diguna pakai – terutama sekali teknik lelaki orgasma berganda.

Menjadi Lelaki Orgasma Berganda Teknik Terbaik

Boleh dikatakan teknik menjadi lelaki orgasma berganda adalah teknik tahan lama yang paling berkesan untuk merawat masalah pancut awal anda.

Teknik tahan lama yang lain juga berkesan jika diamalkan dengan betul. Tetapi, menukar diri anda kepada seorang lelaki orgasma berganda adalah teknik yang paling terbaik untuk membantu anda puaskan isteri ketika bersetubuh.

Teknik lelaki orgasma berganda ini selamat, tiada kesan sampingan dan kekal dengan anda selagi anda bernafsu untuk bersama isteri (atau isteri-isteri anda).

Belajar teknik lelaki orgasma berganda melalui panduan E-Buku Teknik Tahan Lama dan hapuskan masalah pancut awal anda selama-lamanya.

share-nodes
Kongsi: