Pengalaman Onani dan Kesannya Pada Tubuh

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Onani atau melancap adalah perlakuan memuaskan nafsu syahwat dengan sendiri, tanpa bantuan pasangan. Boleh dikatakan semua individu yang telah akil baligh pernah melancap dalam hidup mereka.

Kebanyakan Agama di dunia meletakkan onani atau melancap sebagai salah satu perbuatan yang perlu dielakkan, dan meletakkan hukum melancap sebagai haram. Walau bagaimanapun, masyarakat Barat menganggap melancap adalah satu perbuatan yang normal dan tidak perlu dielakkan.

Pengalaman onani dan kesan pada tubuh

Onani di Kaca Mata Media Barat

Media  barat sering membicarakan dan memberi tip dan teknik melancap untuk meningkatkan kepuasan dan nikmat ketika melakukan perbuatan ini.

Walaupun terdapat golongan yang berfikiran terbuka dan menganggap melancap bukanlah satu penyakit yang serius dan berbahaya, melancap yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit ketagihan seks dan memberi kesan sampingan yang buruk.

Setiap perkara yang dilarang oleh Agama sudah pasti akan memudaratkan. Click To Tweet

Pengalaman Onani

Baru-baru ini saya menerima e-mel dari seorang individu yang menceritakan pengalaman onani beliau, dan apakah kesan melancap terhadap diri beliau.

Beliau mula melakukan onani pada usia yang muda, ketika beliau berumur 16 tahun. Menurut beliau, beliau melancap hampir setiap hari. Kadangkala lebih dari satu kali dalam sehari.

Dan beliau masih meneruskan aktiviti ini walaupun beliau telah berkahwin. Ini berlangsung selama beberapa tahun selepas beliau berkahwin.

Walau bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti selepas mula merasakan beberapa perubahan negatif pada diri beliau.

Onani membuatkan beliau mengalami masalah-masalah seperti:

  1. Sejak beliau melancap, beliau menghadapi masalah untuk konsentrasi. Walaupun beliau telah berhenti melakukan onani, kadang-kadang beliau masih sukar untuk memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara.
  2. Beliau mudah terangsang dan bernafsu. Kadang-kala terhadap perkara yang tidak masuk akal atau tidak menimbulkan rangsangan kepada individu normal.
  3. Beliau menjadi ketagih terhadap bahan lucah seperti filem porno dan gambar lucah. Ketagihan beliau menjadi terlalu teruk sehinggakan pada satu tahap beliau terlalu ingin melancap, tetapi tiada bahan lucah yang dapat memuaskan nafsu beliau.
  4. Pertama kali beliau melakukan hubungan seks dan isteri beliau merupakan pengalaman yang ngeri buat diri beliau. Beliau pancut awal dan tidak dapat menahan ejakulasi.
  5. Zakar beliau juga sukar untuk keras sepenuhnya ketika hubungan seks bersama isteri, membuatkan beliau tidak merasa nikmat yang sepatutnya.
  6. Beliau mengalami ‘mood swing’ dan sering murung.

Kesan Positif Selepas Berhenti Onani

Selepas beliau berhenti onani dan menjalani kehidupan seks yang normal bersama isteri, beliau dapat merasakan beberapa perubahan positif yang berlaku kepada beliau, dari segi fizikal dan mental.

Perubahan yang paling ketara menurut beliau ialah beliau dapat membezakan antara fantasi dan realiti. Setiap sesi onani adalah imaginasi dan fantasi setiap individu.

Fantasi ini jika berlaku dengan terlalu kerap akan membuat individu sukar untuk membezakan antara fantasi dan realiti. Terlalu kerap onani atau melancap akan membuat individu tersebut merasakan sesi onani sebagai realiti dan ini akan memberi kesan buruk terhadap individu tersebut.

Beliau berasa lebih selesa dengan tubuh beliau dan tiada lagi rasa bersalah yang dirasakan selepas setiap sesi onani.

Beliau juga dapat merasakan nikmat yang lebih dalam hubungan seks bersama isteri. Jika sebelum ini beliau tidak dapat bertahan lama ketika bersama isteri, selepas beliau berhenti onani beliau dapat memanjangkan sesi bersetubuh.

Beliau juga dapat merasai nikmat bersetubuh yang tidak pernah beliau rasakan ketika beliau aktif beronani.

Pengalaman onani yang diceritakan oleh individu ini jelas menunjukkan keburukan melancap atau beronani.

Jangan Tewas Kepada Nafsu

Onani atau perbuatan melancap adalah sesuatu yang negatif. Sudah terdapat banyak contoh kesan-kesan buruk terhadap mereka yang gagal menahan nafsu, terutama nafsu syahwat.

Salah satu cara terbaik untuk mengawal nafsu dan menghentikan tabiat onani adalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti sihat dan perkara yang positif.

Fitrah manusia sudah memberikan cara terbaik untuk melampiaskan nafsu, iaitu dengan pasangan yang sah. Oleh itu elakkan diri dari menjadi hamba nafsu, dan hargailah pasangan anda.

Gunakan saluran yang betul untuk menyalurkan nafsu syahwat anda dan puaskan pasangan dengan imaginasi anda, bukan puaskan diri sendiri dengan beronani.

share-nodes
Kongsi: