Isteri Sukar Klimaks – Apakah Faktor Utama Yang Menyumbang?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Masalah isteri sukar klimaks? Anda telah cuba pelbagai teknik dan skill untuk buat isteri anda klimaks dan pancut, tetapi beliau masih gagal untuk klimaks, jauh sekali pancut, di manakah salahnya?

Luahan ini sering saya terima daripada para suami yang gagal buat isteri mereka puas dalam hubungan seks. Menurut mereka, mereka telah mencuba pelbagai cara dan teknik untuk buat isteri mereka orgasma dan klimaks, tetapi masih gagal.

Ini menyebabkan mereka kecewa dan putus asa. Akibatnya hubungan seks menjadi semakin suram dan dingin.

isteri sukar klimaks

Di manakah salahnya isteri sukar klimaks?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh buat isteri sukar untuk klimaks, dan pancut. Secara am faktor tersebut boleh dibahagikan kepada dua faktor umum.

Faktor yang pertama ialah kesalahan daripada para suami. Iaitu suami tidak mengambil inisiatif dan berusaha untuk memuaskan isteri dalam hubungan seks dan hanya mementingkan kepuasan untuk untuk diri sendiri. Ini menyebabkan hubungan seks menjadi ‘satu hala’ sahaja dan akibatnya isteri tidak akan puas dalam sebarang aktiviti seks.

Jika ini terjadi, kesalahan seharusnya diletakkan ke atas bahu suami.

Faktor yang ke dua pula berpunca daripada isteri itu sendiri. Dalam erti kata lain, isteri sendiri menolak untuk orgasma, klimaks atau pancut, walaupun suami telah mencuba pelbagai teknik untuk memuaskan isteri. Dalam hal ini, suami tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Sila rujuk artikel kesalahan seks yang buat isteri sukar pancut.

Tetapi adakah anda harus lepas tangan dan menyalahkan isteri? Bukankah beliau sendiri yang menolak untuk puas di dalam hubungan seks suami isteri?

Jangan salahkan isteri

Jawapannya ialah tidak. Jangan salahkan isteri anda sekiranya beliau menghadapi masalah untuk klimaks dan pancut.

Menurut kajian yang dilakukan, dan saya telah menyentuh tentang perkara ini dalam artikel-artikel yang lepas seperti masalah isteri sukar pancut, antara 15% hingga 30% wanita di dunia ini menghadapi masalah untuk mengalami orgasma dan klimaks ketika hubungan seks.

Jika anda lihat daripada statistik yang diberikan, tidak mustahil isteri anda tergolong di dalam golongan tersebut.

Tetapi ini tidak bermakna isteri anda langsung tidak boleh mengalami orgasma ketika hubungan seks. Jadi bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang melanda isteri anda?

Faktor isteri sukar klimaks yang jarang didedahkan

Untuk menyelesaikan masalah kenapa isteri sukar klimaks, atau tidak mengalami orgasma, anda harus melihat dan meneliti faktor-faktor yang menjurus kepada masalah tersebut.

Walaupun faktor-faktor umum seperti yang saya sebutkan di atas, dan beberapa faktor-faktor lain seperti kurang foreplay, tidak peka dan sebagai sering dibincangkan, terdapat beberapa faktor lain yang jarang didedahkan.

Antara faktor-faktor isteri sukar klimaks yang jarang didedahkan:

Trauma atau pengalaman buruk berkaitan hubungan seks

Wanita yang pernah mengalami trauma seks, atau dalam erti kata lain pengalaman buruk berkaitan hubungan seks akan mengalami masalah untuk orgasma.

Ini termasuk pengalaman dirogol atau dicabul pada masa yang lalu. Kadangkala walaupun wanita tersebut telah melupakan pengalaman buruk beliau, minda separa sedar beliau masih merekod pengalaman beliau dan menjadi penghalang untuk beliau orgasma dan klimaks.

Pengalaman ini akan buat beliau merasa malu, hilang keyakinan diri, marah dengan diri sendiri, dan tertekan. Perasaan-perasaan ini akan buat beliau sukar untuk klimaks. Jika isteri anda mengalami masalah ini, anda harus memainkan peranan dengan lebih lanjut untuk membantu beliau mengatasi rasa malu dan rendah diri.

Dalam erti kata lain anda harus membantu isteri anda meningkatkan keyakinan diri beliau dan menghilangkan mimpi ngeri yang menghantui hidup beliau.

Masalah kesihatan

Masalah berkaitan kesihatan yang boleh buat isteri sukar untuk orgasma dan klimaks juga jarang dibincangkan secara meluas. Ini kerana masalah berkaitan kesihatan adalah terpencil dan hanya terdapat sesetengah kes sahaja di mana masalah kesihatan boleh menyukarkan proses orgasma wanita.

Antara masalah kesihatan yang boleh menyumbang kepada masalah orgasma wanita ialah dari aspek fizikal dan pengambilan ubatan. Masalah kesihatan dari aspek fizikal adalah seperti kedudukan tulang pelvis yang tidak sekata.

Masalah ini boleh berlaku secara semula jadi ketika proses kelahiran, peringkat usia atau kemalangan yang mempengaruhi tulang belakang. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang mempengaruhi fungsi wanita untuk klimaks.

Contohnya ubat-ubatan yang merendahkan metabolisme badan, atau ubat-ubatan yang mempengaruhi hormon wanita. Saya tidak dapat membincangkan masalah kesihatan ini dengan terperinci kerana ini adalah di luar bidang saya.

Nasihat saya sekiranya anda telah mengenal pasti masalah isteri anda sukar klimaks adalah berpunca daripada masalah yang berkaitan dengan kesihatan seperti yang saya jelaskan di atas, dapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang bertauliah.

Dua faktor yang saya berikan di atas adalah antara fakt0r-faktor yang menyumbang kepada masalah kenapa isteri anda gagal mengalami orgasma dan klimaks.

Jika dilihat dengan lebih teliti, masalah-masalah ini adalah agak serius dan boleh menggugat kebahagiaan rumahtangga dan hubungan suami isteri. Anda sebagai suami harus mengambil langkah utama untuk menyelesaikan masalah-masalah ini untuk kebahagiaan rumahtangga anda berdua.

share-nodes
Kongsi: