Hubungan Seks dan Bersukan – Faedah Kesihatan Yang Anda Tak Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Seks dan bersukan? Anda mungkin tidak mengetahui bahawa hubungan seks adalah satu senaman yang menyeluruh di mana semua otot badan bekerja dan metabolisme badan yang meningkat ketika melakukan hubungan seks akan melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan degupan jantung, sama seperti ketika anda bersukan!

Seks dan bersukan

Kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan moden menunjukkan aktiviti hubungan seks akan menggunakan tenaga dan kadar degupan jantung yang sama seperti yang digunakan oleh atlit pecut 100 meter.

Kelebihan Seks dan Bersukan

Selain meningkatkan metabolisme, hubungan seks juga menggalakkan pengeluaran hormon Oxytocin dan Beta-Endorfin yang merangsang syahwat sekali gus menyegarkan badan anda dan pasangan anda.

Aktiviti seks juga meningkatkan degupan jantung, sekali gus meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Jadi tak hairanlah anda berdua tercungap-cungap selepas selesai beraksi atas katil.

Badan yang berpeluh semasa hubungan seks juga boleh menyingkirkan bahan toksin pada tubuh. Peluh dan keringat yang keluar dari tubuh badan ketika hubungan seks secara tak langsung membuang toksin yang terkumpul di badan.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan hubungan seks dari segi kesihatan yang jarang diketahui, atau didedahkan pada umum.

Jangan Pula Tinggalkan Aktiviti Riadah

Tetapi janganlah hanya mengharapkan hubungan seks untuk menggantikan sepenuhnya aktiviti bersukan. Beriadah dan bersenam sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Badan yang sihat dan tahap kesihatan yang baik akan menyerikan lagi hubungan seks anda dan pasangan anda. Sama seperti bersukan, anda perlu berada pada tahap kesihatan yang optimum untuk mengecapi sepenuhnya nikmat hubungan seks.

Jika anda tak ‘fit’, sudah pasti prestasi seks anda akan menurun. Selain memerlukan tubuh badan yang sihat, seks juga memerlukan anda mempunyai stamina yang berapa pada tahap optima.

Jadi tingkatkanlah kesihatan fizikal dan mental anda mulai hari ini untuk mendapat kepuasan dan kenikmatan sepenuhnya ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan anda. Atau, lebih manis sekiranya anda berdua sama-sama bersukan, kemudian terus menuju ke katil.

Pernah tak bersetubuh dengan badan berpeluh dan segar selepas bersukan? Jika tak pernah, cuba lah. Saya jamin anda berdua akan merasai nikmat baru yang belum pernah anda rasakan sebelum ini.

Jangan lupa juga untuk mencuba posisi-posisi seks baru dalam hubungan seks. Posisi yang baru pasti akan beri kelainan dalam hubungan intim anda berdua. Teruskan baca posisi terbaik  yang boleh anda praktikkan dengan pasangan.

share-nodes
Kongsi: