Cara Mengulum dan Menggigit Bibir Pasangan Ketika Bercium

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Mengulum dan menggigit bibir pasangan ketika bercium adalah salah satu teknik ciuman yang sangat mengasyikkan. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu cara dan teknik sebenar untuk menggigit dan mengulum bibir pasangan ketika bercium.

mengulum dan menggigit bibir pasangan

Teknik bercium ini perlu dilakukan dengan betul. Jika dilakukan dengan salah, bukan sahaja pasangan akan merasa kurang selesa, tetapi juga boleh mematikan mood pasangan ketika bercium.

Cara Yang Betul Untuk Mengulum dan Menggigit Bibir Pasangan

Berikut ialah cara terbaik untuk melakukan teknik ini ketika bercium.

1. Jangan terburu-buru

Jangan terus mengulum atau menggigit bibir pasangan ketika memulakan ciuman. Tunggu sehingga anda rasakan beliau benar-benar bersedia untuk ciuman yang lebih mesra atau ghairah sebelum memulakan teknik ini.

Bagaimana nak tahu beliau telah bersedia atau tidak?

Reaksi setiap individu adalah berbeza. Cuba lihat tindak balas beliau ketika bercium. Paling mudah adalah dengan melihat ke dalam mata pasangan. Mata beliau akan menunjukkan sama ada beliau telah bersedia atau tidak.

Begitu juga reaksi tubuh beliau. Adakah beliau semakin menghampirkan diri kepada tubuh anda, atau semakin menjauh?

Reaksi tubuh pasangan ketika bercium akan menunjukkan beliau telah bersedia atau tidaku0022 Click To Tweet

2. Rapatkan tubuh

Selepas anda rasakan beliau telah bersedia, rapatkan tubuh anda kepada tubuhnya. Lebih rapat tubuh anda dan tubuhnya, lebih baik.

Tingkatkan ghairah beliau dengan mengusap atau membelai bahagian tubuhnya. Rambut atau bahagian belakang adalah lokasi terbaik. Jangan terus menuju ke zon erotik beliau (punggung, payudara, kemaluan) – masih terlalu awal untuk lokasi tersebut.

3. Kunci bibir

Rapatkan bibir anda dengan bibirnya dan teruskan dengan ciuman yang romantik. Mulakan dengan ciuman yang lembut dan perlahan-lahan tingkatkan intensiti ciuman anda.

Jangan terus mengulum atau menggigit bibir pasangan. Mulakan dahulu dengan ciuman yang benar-benar menaikkan ghairah beliau.

4. Kulum bibirnya

Sekarang anda boleh mula mengulum bibirnya. Mulakan dengan mengulum bibir beliau dahulu. Jangan terus menggigit.

Hisap dan kulum bibir pasangan perlahan-lahan, tetapi jangan terlalu lama di sini.

Selang-selikan mengulum bibir pasangan dengan ciuman. Kulum dalam beberapa saat, kemudian cium semula pasangan. Ulang beberapa kali sehingga beliau menjadi semakin ghairah.

5. Beri tanda anda ingin menggigit bibirnya

Sebelum anda menggigit bibirnya, beri beberapa tanda apa yang anda ingin lakukan. Biarkan gigi anda menggesel lembut bibirnya supaya beliau tahu anda ingin menggigit bibir beliau.

Anda boleh tahu sama ada beliau akan selesa atau tidak dengan tanda ini. Jika beliau menarik bibirnya, ini menunjukkan beliau masih belum bersedia untuk membiarkan bibirnya digigit.

Sebaliknya jika beliau mendesah kesedapan, atau semakin merapatkan bibir – anda boleh teruskan dengan gigitan anda.

6. Gigit bibirnya

Gigit lembut bibir pasangan. Mulakan dengan bibir bawah beliau. Bibir bawah adalah lebih sesuai untuk digigit berbanding bibir atas.

Semasa menggigit, tarik sedikit bibir beliau ke dalam mulut anda. Lakukan dengan lembut, jangan kasar dan rakus.

Anda juga boleh menggesel bibirnya dengan lidah semasa anda menggigit. Selang-selikan gigitan anda dengan mengulum dan menghisap bibir beliau. Ini akan buat beliau lebih bernafsu dan ghairah.

Teruskan Dengan Ciuman Yang Lebih Ghairah

Cara mengulum dan menggigit bibir pasangan ketika bercium ini dengan mudah akan buat pasangan anda terangsang.

Anda boleh teruskan dengan teknik ciuman yang lebih ghairah seperti ciuman lidah atau ciuman abjad. Anda juga boleh lakukan rangsangan lain pada tubuh beliau ketika bercium.

Jika anda nak belajar bagaimana untuk buat beliau benar-benar terangsang ketika bercium, dapatkan panduan Seni Ciuman.

Panduan ini mengajar anda bagaimana nak buat pasangan terkulai layu dan menyerah kalah dalam dakapan anda – hanya dengan ciuman.

share-nodes
Kongsi: