Cara Cium Mulut Yang Betul – Bukan Tangkap Muat Jer

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu cara cium mulut yang betul untuk buat pasangan anda lemah dalam pelukan anda? Rata-rata pasangan tidak akan terlepas dari bercium ketika berasmara. Jika ada pasangan yang tak menggunakan ciuman dalam aktiviti seks mereka, rugilah pasangan tersebut.

Cara cium mulut yang betul
Setiap pasangan tak akan lepas dari bercium dalam hubungan seks. Yang membezakan ialah cara bercium tu betul atau tak Click To Tweet

Sensasi yang dialami ketika bercium adalah amat berbeza dengan aktiviti seks yang lain. Boleh dikatakan ciuman digunakan sebagai pembuka bicara atau sebagai pengganti kepada kata-kata.

Ramai pasangan yang mengatakan mereka boleh mengetahui pasangan mereka benar-benar mencintai mereka atau tidak hanya dengan melihat ciuman pasangan mereka, dan juga tindakbalas pasangan terhadap ciuman mereka. Benar ke?

Apa yang pasti ialah ciuman mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan kuasa misteri yang boleh menentukan sama ada aktiviti di ranjang akan menjadi penuh nikmat atau sebaliknya.

Ciuman Mulut

Walaupun banyak teknik dan cara bercium yang boleh dilakukan, ciuman mulut adalah antara teknik ciuman atau kaedah ciuman yang terkenal.

Ciuman mulut sering digunakan oleh setiap pasangan. Malah boleh dikatakan ciuman mulut adalah antara teknik ciuman wajib ketika bercium.

Cara cium mulut juga mudah dilakukan. Pendek kata semua pasangan tahu bagaimana untuk melakukan ciuman mulut. Tetapi pernah tak anda terfikir yang betulkah cara cium mulut yang anda praktikkan selama ini?

Pernah tak anda melihat bagaimana reaksi pasangan anda ketika anda mencium mulutnya, atau anda syok sendiri dan asyik dengan kenikmatan ciuman mulut pasangan anda?

Cara Cium Mulut Yang Betul

Cara cium mulut yang betul tidak susah sebenarnya. Hanya perlukan teknik dan skill yang betul untuk membuatkan cara cium mulut anda menjadi sempurna dan menghasilkan kesan yang anda harapkan pada pasangan anda.

Berikut saya berikan cara cium mulut yang betul untuk anda praktikkan bersama pasangan anda.

  1. Jangan terus menyerang mulut pasangan. Mulakan ciuman anda pada bahagian sekeliling mulut beliau terlebih dahulu. Cium kening, pipi, telinga, leher dan juga kawasan zon erotik pasangan anda sebelum menuju ke mulut beliau.
  2. Basahkan sedikit bibir anda dengan lidah sebelum menuju ke bibir pasangan.
  3. Sentuh bibir anda kepada bibir pasangan perlahan-lahan. Jangan terjah dengan gelojoh dan rakus. Lakukan dengan lembut dan penuh sensasi. Apa yang penting di sini ialah anda menumpukan perhatian kepada gerak balas pasangan anda. Adakah beliau memberikan tindak balas atau diam seperti patung? Jika ada tindak balas, teruskan dengan langkah berikutnya. Tetapi jika sebaliknya, teruskan menyentuh dan melarikan bibir anda pada bibirnya.
  4. Sekarang pasangan anda mula bertindak balas terhadap ciuman anda. Beri perhatian dan balas setiap ciuman yang beliau berikan. Jika boleh selarikan nafas anda berdua. Ini akan memberi satu sensasi baru yang belum pernah anda berdua rasai sebelum ini. Tetapi awas, jangan kelihatan seperti anda memaksa. Biarkan ia berlaku secara semula jadi. Ini lebih mengasyikkan dan lebih nikmat.
  5. Jangan lupa kepada lidah anda. Walaupun ini bukan teknik Ciuman Perancis, tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan lidah anda pada cara cium mulut yang betul ini. Tarik sedikit bibir anda dari bibir beliau, dan larikan lidah anda pada permukaan bibir beliau dan lihat bagaimana beliau mendesah kesedapan!
  6. Begitu juga tangan anda. Jangan jadi patung. Gerakkan tangan anda ke seluruh tubuh pasangan. Raba-raba dan usap dengan lembut kawasan zon erotik beliau. Tetapi awas, jangan gelojoh dan terus menuju kepada zon panas seperti payudara, faraj mahupun zakar. Anda harus ingat yang ini adalah permainan mula. Ada banyak lagi masa untuk kawasan-kawasan tersebut.

Bagaimana, tak susah pun cara cium mulut yang betul.

Cara Cium Mulut Yang Lebih Advance

Apa yang saya berikan di atas adalah cara cium mulut asas yang mudah dilakukan dan boleh buat pasangan anda dibelai nikmat ketika bercium.

Terdapat beberapa Teknik Ciuman Advance yang boleh anda praktikkan ketika mencium mulut pasangan anda. Antaranya ialah Teknik Hembusan Sejuk Panas, Teknik Gigitan Kamasutra, Teknik Menghisap dan pelbagai lagi Teknik Ciuman Advance.

Teknik-teknik Advance ini telah saya berikan penerangan dengan lebih ‘detail’ dalam Panduan Seni Ciuman. Panduan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu ini mengandungi Manual Lengkap Teknik Ciuman dari A sampai Z.

Pendek kata panduan ini boleh menjadikan anda seorang Pakar Ciuman yang boleh buat pasangan anda terkulai layu dan lemas dengan ciuman anda!

Jika anda ingin ‘memantapkan’ skill ciuman anda dan menjadi seorang Pakar Ciuman untuk memberi nikmat berganda kepada pasangan anda, dapatkan Panduan Seni Ciuman melalui link yang saya berikan di bawah.

Saya syorkan anda dapatkan panduan Seni Ciuman ini supaya anda tidak terlepas ilmu berharga tidak pernah didedahkan dalam Bahasa Melayu sebelum ini.

share-nodes
Kongsi: