5 Teknik Foreplay Terbaik Untuk Puaskan Isteri – Senjata Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Teknik foreplay atau pemanasan sebelum melakukan hubungan seks adalah amat penting. Teknik foreplay juga memainkan peranan secara langsung untuk menentukan sama ada hubungan seks akan berlangsung dengan penuh nikmat, atau hambar di tengah jalan.

Sering abaikan teknik foreplay

Lazimnya kebanyakan pasangan melayu meletakkan pemanasan ke tepi. Iaitu tidak mengambil berat akan kepentingan foreplay dan terus melakukan hubungan seks tanpa pemanasan yang sempurna.

Permainan foreplay akan menentukan sama ada seks penuh nikmat atau tak. Jangan abaikan! Click To Tweet
Teknik foreplay

Di sini saya berikan 5 teknik terbaik untuk memuaskan isteri anda, sekali gus memastikan hubungan seks akan lebih nikmat dan hebat.

  1. Telinga
    Bahagian telinga, terutama pada bahagian belakang telinga adalah bahagian yang sensitif dan peka kepada rangsangan bagi kaum wanita. Walaubagaimanapun, oleh kerana deria sentuhan pada bahagian ini adalah berbeza pada bahagian tubuh badan yang lainnya. Sentuhan pada bahagian ini harus dilakukan dengan lembut dan agak “sopan”. Sentuhan lembut yang saya maksudkan ialah sentuhan antara ada dan tiada, iaitu tidak melakukan tekanan yang agak kuat dan berterusan. Sebaliknya tekanan yang lembut dan “on and off”.
  2. Pipi dan Bibir
    Semasa anda membelai bahagian belakang telinga isteri anda, jangan lupa menyentuh dan membelai pipi dan bibir beliau dengan jari jemari anda. Jika anda melakukan ini, saya jamin isteri anda akan tidak senang duduk dan akan menggeliat kesedapan.
  3. Payudara
    Kesilapan yang sering dilakukan oleh para lelaki ketika merangsang bahagian payudara ialah menerkam dengan rakus dan gelojoh. Saya tahu anda tidak tahan dan geram apabila melihat kemontokan payudara isteri anda. Kawal sedikit perasaan tersebut dan mulakan dengan lembut dan ramasan mesra. Ini akan membuatkan isteri anda lebih asyik berbanding meramas dengan gelojoh dan rakus. Jika boleh elakkan sebarang sentuhan pada puting payudara terlebih dahulu. Mainkan jari anda di sekeliling bahagian puting tanpa menyentuh puting payudara isteri.
  4. Puting Payudara
    Sekarang barulah kita meneroka bahagian puting payudara. Bagi yang belum tahu, puting payudara adalah bahagian yang paling sensitif pada payudara. Oleh sebab inilah bahagian ini perlu disentuh selepas menggomol bahagian payudara yang lainnya. Apabila anda melakukan rangsangan pada bahagian payudara yang lain tanpa menyentuh puting payudara, secara automatik puting payudara akan membesar dan mengeras. Ini akan membuatkan puting menjadi lebih sensitif berbanding terus menyentuh puting apabila puting payudara berada dalam keadaan lembut dan tidak keras. Gunakan jari atau lidah anda untuk merangsang bahagian ini. Elakkan daripada memicit dengan terlalu keras terlalu pantas kerana ini akan membuatkan isteri anda sakit dan hilang mood.
  5. Pangkal Paha
    Bahagian ini adalah bahagian yang juga amat sensitif, tetapi sayang jarang dirangsang oleh suami. Ramai suami terus menuju ke bahagian faraj dan tidak mempedulikan bahagian ini. Belaian dan gosokan yang lembut pada bahagian pangkal paha isteri anda akan membuatkan beliau tidak tahan dan akan meminta anda menyentuh farajnya. Tambahan lagi jika anda menjilat dan menghisap bahagian ini.

Ini adalah 5 teknik asas yang boleh membuatkan isteri anda benar-benar terangsang dan bersedia untuk aksi seterusnya.

Jika anda inginkan lebih lagi teknik untuk memberikan kelebihan di dalam hubungan seks, Info Seks Melayu telah menerbitkan panduan “50 Teknik Foreplay” yang mengandungi tips dan teknik foreplay terbaik yang boleh anda praktikkan bersama isteri anda.

share-nodes
Kongsi: