Mitos Malam Pertama Yang Paling Mengarut

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Malam pertama bagi setiap pasangan suami isteri sudah pasti adalah malam yang mendebarkan. Apatah lagi jika pernikahan yang dilalui adalah melalui pilihan ibu bapa dan si suami dan isteri tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum itu.

Mitos malam pertama
Banyak mitos tentang malam pertama suami isteri yang boleh merosakkan pengalaman malam pertama Click To Tweet

Antara Mitos malam pertama

Berikut adalah beberapa mitos malam pertama yang banyak dibualkan di kalangan masyarakat kita.

  1. Malam pertama akan menyakitkan
    Ini adalah anggapan yang salah. Hubungan seks pertama kali tidak selalunya menyakitkan. Kerisauan kaum wanita pada malam pertama adalah risau akan kemaluan atau vagina mereka tidak dapat menampung zakar yang kelihatan besar ketika berlaku ereksi. Walaubagaimanapun, rasa sakit pada vagina mungkin akan terjadi sekiranya kemaluan wanita tersebut masih kering. Si suami harus pandai ketika foreplay untuk membasahkan kemaluan isteri dan pastikan isteri benar-benar bersedia untuk menerima tusukan zakar suami.
  2. Pancutan pra matang selalu terjadi pada Malam Pertama
    Tidak selalunya pancutan pra matang hanya akan terjadi pada malam pertama. Situasi bagi lelaki ini boleh berlaku pada setiap hubungan seks, dan tidak semestinya hanya berlaku pada hubungan seks malam pertama.
  3. Zakar besar akan memuaskan isteri
    Tidak semestinya saiz zakar yang besar akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada isteri. Faktor kekerasan zakar lebih memainkan peranan daripada saiz zakar. Namun begitu tidak dinafikan zakar yang besar dan juga keras akan memberikan kelebihan kepada suami.
  4. Malam pertama selalunya adalah yang terbaik
    Kenyataan ini mungkin benar bagi sesetengah pasangan. Tetapi selalunya masa diperlukan untuk suami dan isteri saling memahami dalam hubungan seks. Sebagai contoh, bahagian manakah pada tubuh isteri yang harus disentuh oleh suami untuk menaikkan nafsu seks isteri. Jangan risau jika malam pertama tidak memberikan nikmat hubungan seks yang anda harapkan. Berikan masa dan nescaya anda akan mencapai kenikmatan hubungan seks yang anda harapkan.
  5. Darah pecah dara
    Darah yang keluar ketika dara pecah adalah saat yang ditunggu kebanyakan lelaki. Jadi bila isteri tidak mengeluarkan darah, isteri dianggap bukan anak dara lagi. Ini adalah fakta yang songsang dan menyesatkan. Dara seseorang perempuan tidak ada kena mengena dengan darah yang keluar dari vagina. Mitos ini buat ramai wanita risau pada malam pertama dan tidak dapat beraksi di ranjang dengan sepenuhnya. Jangan risau jika isteri anda tidak mengeluarkan darah pada malam pertama.

Diharap setelah anda tahu akan mitos malam pertama ini, pasangan yang ingin berkahwin tidak akan terpengaruh dengan mitos malam pertama yang banyak tersebar di kalangan masyarakat kita. Tenang dan nikmatilah hubungan seks bersama pasangan anda dengan penuh nikmat.

Jika anda ingin panduan lengkap bagaimana untuk mengharungi malam pertama anda di ranjang, anda boleh dapatkan E-Buku panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini adalah gabungan ilmu asmara dari empat Kitab Ilmu Asmara yang terkenal di dunia. Panduan ini akan memberi tips dan teknik terbaik bagaimana untuk melayari malam pertama anda dengan penuh nikmat.

share-nodes
Kongsi: