Kenali Perwatakan Lelaki Melalui Perawakan – Tip Untuk Wanita!

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Nak tahu bagaimana nak menambat hati suami dengan mengenali perwatakan beliau? Tips ini akan membolehkan anda kenali perwatakan lelaki melalui perawakan.

Kaum lelaki adalah kaum yang mempunyai ego yang tinggi. Seringkali kaum ini sukar untuk diajak berbicara secara terbuka senang melenting sekiranya keupayaan mereka dipersoalkan oleh pasangan mereka. Tambahan lagi jika keupayaan yang dipersoalkan bersangkut paut dengan hal-hal di atas katil.

Oleh kerana faktor ini, kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti perwatakan kaum lelaki melalui rupa paras mereka.

Kenali perwatakan lelaki
Tahu tak anda boleh kenali perwatakan lelaki hanya daripada rupa paras mereka Click To Tweet

Kenali perwatakan lelaki

Bagaimana nak kenali perwatakan lelaki hanya dengan rupa paras mereka? Tip di bawah ni akan bantu anda.

  1. Lelaki Dengan Rambut terurai
    Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.
  2. Lelaki Berkening tebal seolah-olah bertemu di tengah
    Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memiliki wanita yang bersifat keibuan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.
  3. Lelaki berkening melengkung ke atas
    Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karakter dominan sewaktu di ranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.
  4. Lelaki Bermata besar
    Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.
  5. Lelaki Bertelinga dan Berkening Lebar
    Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalah seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.
  6. Lelaki Yang Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis
    Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun telah bekerja keras.

Apa yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kajian secara rambang yang dilakukan oleh pakar-pakar. Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa apa yang diberikan di sini bukanlah panduan yang boleh anda jadikan sebagai rujukan lengkap untuk mengenali hati budi pasangan anda. 🙂

share-nodes
Kongsi: