Ghairah Isteri Meningkat Ketika Cemburu – Masa Terbaik Bersama Isteri?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Benarkah ghairah isteri meningkat ketika cemburu? Isteri yang sedang cemburu akan mengalami stress yang tinggi. Tetapi tahukah anda pada waktu ini ghairah isteri anda berada pada tahap yang amat tinggi dan adalah salah satu masa terbaik untuk bercinta.

Anda tahu yang wanita mudah cemburu. Kadangkala berbual dengan rakan sekerja pun boleh membuatkan isteri anda cemburu. Oleh itu seringkali suami mengabaikan isteri ketika beliau cemburu, dan menganggap isteri sebagai ‘mengada-ngada’ dan tidak perlu dilayan.

Ghairah isteri meningkat ketika cemburu
Suami sila beri perhatian – isteri anda lebih 'horny' ketika beliau cemburu! Click To Tweet

Pengertian Cemburu

Ketika si isteri dilanda api cemburu, beliau merasakan dirinya akan ditinggalkan suami, dan tidak dapat menerima hakikat yang suaminya bercinta dengan wanita lain. Selama ini beliau berfikir anda adalah milik mutlak dirinya, dan bukan milik wanita lain.

Bagi suami yang faham akan situasi ini, ini adalah kesempatan terbaik untuk memujuk dan mengalami hubungan kelamin yang amat mengasyikkan. Ini kerana jika anda dapat membuktikan bahawa sangkaan beliau adalah salah, secara automatik perasaan cemburu akan bertukar kepada gembira, merajuk, rindu dan seterusnya inginkan kasih sayang daripada suami dengan segera.

Tetapi anda haruslah pandai memujuk isteri anda ya.

Ketika ghairah isteri meningkat

Selain daripada cemburu, terdapat beberapa situasi lain di mana ghairah isteri meningkat dengan mendadak, dan anda sebagai suami boleh memanfaatkan situasi ini untuk menggoda isteri anda.

  1. Gembira
    Ghairah isteri akan meningkat ketika beliau gembira. Perasaan gembira akan menjurus kepada rasa bahagia, dan ini akan mempengaruhi ghairah beliau. Contohnya ketika mendapat kenaikan pangkat, atau bonus hari raya Aidilfitri :). Saat ini beliau akan berasa bahagia dan teruja, dan ini adalah saat yang terbaik untuk suami rapat dengan isteri.
  2. Dua minggu sebelum Haid
    Ya ghairah isteri akan meningkat kira-kira dua minggu sebelum haid. Ini berlaku kerana terdapat kandungan hormon testosteron yang amat tinggi pada badan wanita ketika ini. Ini adalah normal dan berlaku kepada setiap wanita. Jadi rugilah jika para suami tidak memanfaatkan peluang ini untuk bersama dengan isteri.
  3. Rindu yang teramat sangat
    Seperti yang anda tahu, wanita amat dipengaruhi oleh emosi. Oleh itu perasaan seperti rindu yang amat mendalam secara mudah akan meningkatkan ghairah mereka. Contohnya jika outstation dan lama tidak bertemu suami.

Mengambil kesempatan

Tidak salah jika para suami ingin mengambil kesempatan untuk menggoda isteri ketika ghairah isteri memuncak, malah amat digalakkan. Jangan lupa tanggungjawab anda sebagai suami ialah untuk membahagiakan isteri, dan memberikan yang terbaik kepada beliau.

Jadi gunakan peluang ini untuk memberikan kenikmatan kepada isteri anda.

share-nodes
Kongsi: