Teknik Ciuman Hangat Suami Buat Isteri Menyerah Kalah

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu bagaimana melakukan ciuman hangat kepada isteri sehingga beliau tewas dan menyerah kalah sepenuhnya?

Kaum lelaki dianugerahkan senjata untuk menggomol isteri ketika hubungan seks. Selain zakar, iaitu senjata utama anda, bibir anda juga adalah senjata yang ampuh dan sangat efektif jika digunakan dengan betul.

Tapi sayang ramai suami yang tidak menggunakan sepenuhnya kuasa bibir atau kuasa ciuman untuk buat isteri mereka lemah dalam pelukan mereka.

Ciuman hangat suami pada isteri

Lebih Baik Dengan Ciuman Hangat

Ketika berasmara, sudah pasti anda akan menggunakan kedua-dua tangan anda untuk membelai dan merangsang isteri, terutama sekali ketika foreplay.

Pernah tak anda terfikir yang rangsangan tersebut akan lebih hebat sekiranya anda menggunakan bibir anda?

Sudah pasti. Setiap kawasan sensitif atau zon erotik pada tubuh isteri boleh anda belai dan rangsang dengan bibir anda, iaitu ciuman anda.

Malah kesan yang dialami oleh isteri lebih hebat dan mengasyikkan sekiranya anda menggunakan ciuman hangat pada kawasan zon erotik ini.

Tambah senjata rangsangan anda dengan tangan ketika anda mencium kawasan zon erotik isteri dan dijamin teknik ini akan buat isteri anda menyerah kalah dan hilang kawalan diri.

Ciuman Hangat Untuk Tewaskan Isteri

Seperti yang saya katakan, mana-mana bahagian pada tubuh isteri yang boleh anda belai dengan tangan akan lebih hebat sekiranya anda belai dengan bibir anda.

Tetapi terdapat beberapa kawasan pada tubuh isteri yang lebih asyik jika digomol dengan ciuman hangat berbanding tangan.

Telinga

Telinga isteri adalah kawasan yang boleh buat isteri geli, tetapi jika digomol dengan betul si isteri akan menggeliat kesedapan dalam kegelian mereka.

Anda boleh mencium belakang telinga isteri dengan ciuman hangat anda. Atau hisap cuping telinga isteri perlahan-lahan dan lihat bagaimana isteri anda mendesah kesedapan.

Leher

Selepas anda selesai menggomol telinga isteri, larikan bibir anda ke leher isteri. Jilat leher isteri perlahan-lahan sehingga basah.

Berhenti seketika dan hembus lembut kawasan yang basah. Saya berani jamin bulu roma isteri anda akan meremang dengan pantas.

Teruskan lagi sehingga isteri anda asyik dengan nikmat dari teknik ciuman anda.

Tangan dan Lengan

Selepas leher terus ke payudara? Salah!

Ambil tangan isteri anda dan beri ciuman romantis (cium dengan gaya romantik). Larikan bibir anda dari jari jemari isteri dengan gerakan ke atas sehingga ke bahu isteri.

Lakukan dengan perlahan-lahan untuk membina ghairah isteri.

Dada

Sebelum menuju ke payudara isteri, beri sedikit perhatian kepada kawasan dada isteri. Ciuman lembut dan singkat adalah teknik ciuman terbaik pada kawasan ini.

Boleh juga lakukan ‘love bite’ untuk buat isteri anda menggeliat kesedapan.

Payudara

Ini adalah kawasan panas pada tubuh isteri yang dinanti-nantikan oleh semua suami.

Jika anda lakukan teknik ciuman hangat pada kawasan tubuh isteri seperti yang diberikan di atas, pada ketika ini isteri anda sudah bersedia untuk digomol pada payudara beliau.

Tetapi mencium payudara isteri juga memerlukan teknik yang tersendiri, barulah boleh dikategorikan sebagai teknik ciuman hangat, bukan teknik ciuman basi.

Pantang larang ketika mencium buah dada isteri ialah jangan terus menuju ke puting payudara beliau. Ini akan buat isteri terkejut jika beliau belum benar-benar bersedia.

Ini akan membina momentum ghairah isteri. Jangan terkejut jika isteri anda pula yang menarik muka anda ke puting payudara beliau.

Gomol dahulu kawasan sekeliling payudara isteri sebelum hampiri puting payudara perlahan-lahan. Click To Tweet

Saya dah tulis panjang lebar bagaimana teknik yang betul untuk menggomol payudara isteri dalam Panduan Seni Ciuman Payudara. Panduan ini mengajar teknik terbaik untuk mencium payudara isteri. Anda boleh dapatkan panduan ciuman payudara ini sebagai bonus percuma dengan Panduan Seni Ciuman.

Perut dan Pusat

Ramai suami mengabaikan kawasan ini. Kenapa? Anda tak rasa perut isteri anda seksi?

Larikan lidah anda pada kawasan ini dan buat isteri anda bertambah ghairah. Anda perlu melalui kawasan ini sebelum menuju ke kemaluan isteri.

Jadi tak rugi jika anda meluangkan sedikit masa anda dengan memberikan ciuman hangat pada kawasan perut dan pusat isteri anda.

Pangkal Paha

Pangkal paha adalah kawasan yang hampir dengan kemaluan isteri, oleh itu tidak hairan lah kawasan ini sensitif kepada sentuhan dan rangsangan.

Sebelum anda menggomol kemaluan isteri anda, lebih afdal sekiranya anda menyerang kawasan pangkal paha isteri terlebih dahulu.

Ini bukan sahaja akan menaikkan nafsu isteri, tetapi buat kemaluan isteri benar-benar bersedia untuk dibelai oleh bibir anda.

Ciuman Hangat Pada Kemaluan Isteri

Ciuman hangat kemaluan isteri

Ciuman pada kemaluan wanita, atau lebih dikenali sebagai seks oral, atau nama rasminya ialah ‘Cunnilingus’.

Ini adalah teknik ciuman atau permainan lidah yang lebih kompleks dan perlukan artikelnya sendiri. Oleh itu saya akan berikan tip seks oral ini dalam artikel yang akan datang.

Tetapi jika anda tak sabar dan ingin mempelajari teknik seks oral, iaitu bagaimana untuk menggomol kemaluan isteri sehingga beliau klimaks, anda boleh dapatkan Panduan Seni Seks Oral. Panduan ini juga diberikan sebagai Bonus Percuma jika dalam Pakej Ciuman Mutlak.

Jangan abaikan kuasa ciuman dalam hubungan seks anda. Rangsangan dengan ciuman hangat pada tubuh isteri anda bukan sahaja boleh menaikkan ghairah beliau jika digunakan ketika foreplay, tetapi juga boleh buat beliau benar-benar bersedia untuk bersetubuh.

Oleh itu gunakan sepenuhnya senjata bibir yang dianugerahkan untuk buat isteri puas sepenuhnya ketika berasmara.

share-nodes
Kongsi: