5 Titik Ghairah Isteri Yang Jarang Diberi Perhatian Oleh Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kali ini saya ingin membincangkan titik ghairah isteri yang jarang diberi perhatian oleh para suami. Kebanyakan suami tidak sedar bahawa titik atau bahagian ini pada tubuh isteri mereka adalah antara zon erotik dan boleh digunakan untuk meningkatkan ghairah isteri mereka.

titik ghairah isteri

Kepentingan ‘Foreplay’

Seperti yang sering saya tegaskan, foreplay atau pemanasan adalah sangat penting dalam aktiviti seks. Kegagalan melakukan pemanasan dengan teknik yang betul seringkali buat isteri tidak bernafsu untuk aktiviti seksual.

Salah satu tips foreplay yang berkesan adalah bersangkut paut rapat dengan lokasi titik-titik ghairah isteri. Bagaimana?

Jika anda tahu lokasi titik-titik ghairah isteri anda, amat mudah sekali anda menaikkan ghairah isteri hanya dengan melakukan pemanasan pada bahagian-bahagian zon erotis ini.

Titik ghairah isteri

Di sini saya senaraikan 5 titik ghairah isteri yang sering diabaikan oleh para suami ketika berasmara.

  1. Kaki
    Kaki adalah antara salah satu titik ghairah dan zon erotik pada tubuh isteri. Tetapi saya para suami tidak pernah atau jarang sekali memberikan perhatian pada bahagian kaki. Kaki dikatakan sebagai antara titik ghairah isteri kerana mempunyai saraf-saraf yang berkait rapat dengan otak dan boleh mempengaruhi rangsangan. Antara teknik untuk merangsang ghairah isteri anda menggunakan kaki ialah dengan mencium kaki isteri anda dengan bernafsu. Para suami juga boleh menghisap ibu jari kaki isteri anda. Ini adalah teknik hebat yang boleh buat isteri anda bernafsu. Tetapi jika anda tidak pernah mencubanya sebelum ini, mungkin anda ingin pastikan kaki isteri anda benar-benar bersih terlebih dahulu.
  2. Pelipat lutut
    Seperti juga kaki, bahagian pelipat lutut adalah sensitif kepada rangsangan dan sentuhan. Tetapi berapa ramai suami yang tahu fakta ini? Oleh itu bahagian pelipat lutut boleh digunakan untuk meningkatkan ghairah isteri dalam foreplay. Kebanyakan wanita akan hilang kawalan diri sekiranya pelipat lutut mereka di jilat dengan lembut, atau dirangsang dengan simulasi lidah. Tetapi awas bahagian ini perlu dibelai dengan lembut, dan jangan ‘over’, sedikit rangsangan sudah memadai. Jika anda terlalu rakus pada bahagian ini, kemungkinan isteri anda akan kegelian atau tidak menyukai rangsangan yang diberikan.
  3. Pangkal paha
    Walaupun ramai suami yang tahu pangkal paha isteri adalah bahagian yang sensitif dan boleh dirangsang, ramai yang mengabaikan bahagian ini. Ini berlaku kerana para suami lebih gemar menggomol bahagian alat sulit isteri apabila berada di lokasi ini. Ini tidak menghairankan kerana pangkal paha terletak berdekatan dengan alat sulit isteri. Jadi selepas ini tolong jangan abaikan bahagian pangkal paha ketika anda melakukan foreplay. Bahagian ini adalah sensitif dan dipenuhi dengan saraf yang boleh membantu membangkitkan ghairah isteri. Gunakan bibir, lidah dan sentuhan anda untuk bermain-main dengan bahagian pangkal paha isteri.
  4. Pergelangan tangan
    Ini mungkin mengejutkan bagi anda, mana mungkin pergelangan tangan boleh digunakan untuk membangkitkan nafsu isteri. Jangan terkejut kerana pergelangan tangan boleh membantu buat isteri anda terangsang dan bernafsu. Walaubagaimanapun teknik merangsang dan melakukan simulasi pada bahagian pergelangan tangan isteri adalah sedikit berbeza daripada zon erotik yang lain. Selepas ini cuba mulakan dengan mencium pergelangan tangan isteri pada permulaan foreplay. Gunakan bibir dan hidung anda. Atau usap lembut pergelangan tangan beliau. Percayalah, isteri anda akan menghargainya.
  5. Otak
    Saya percaya anda tidak pernah terfikir ingin merangsang otak isteri anda ketika hubungan seksual. Tetapi sedar atau tidak, otak isteri anda adalah organ yang paling penting untuk dirangsang ketika berasmara. Jika anda telah membaca tips-tips saya yang lepas, anda tentu telah tahu yang faktor psikologi memainkan peranan penting buat kaum ibu, dalam aktiviti harian dan boleh dikatakan dalam setiap perkara. Dalam erti kata lain, isteri anda mudah dipengaruhi oleh emosi. Oleh itu tidak mustahil faktor ini juga mempengaruhi hubungan seks suami isteri. Jadi bagaimanakah caranya untuk anda merangsang otak isteri anda ketika berasmara? Mudah sahaja. Gunakan perbualan untuk merangsang otak isteri anda. Kata-kata romantik dan bisikan-bisikan nakal adalah contoh termudah. Jika sebelum ini anda kurang berkomunikasi ketika bersama isteri di ranjang, ubah ‘modus operandi’ anda selepas ini.

Lakukan Eksperimen

Bagaimana dengan lima titik ghairah isteri yang saya berikan di atas?

Saya ingin memberi sedikit nasihat. Walaupun titik-titik ghairah isteri yang saya berikan di atas adalah antara zon erotik pada tubuh isteri yang sering diberi perhatian oleh para suami, janganlah pula abaikan bahagian-bahagian lain selepas. Titik ghairah tersebut hanya titik ghairah yang sering diabaikan oleh suami dalam hubungan seks.

Anda juga pasti tahu yang lokasi titik ghairah untuk setiap wanita adalah berbeza, begitu juga isteri anda. Oleh itu anda perlu mencuba dan mencuba. Dalam erti kata lain anda perlu melakukan eksperimen demi eksperimen untuk mencari ‘sweet spot’, atau titik ghairah mutlak isteri anda.

Teknik foreplay advance

Sekarang anda telah tahu titik-titik ghairah, dan zon erotik isteri anda. Jika anda ingin tahu bagaimana untuk merangsang, dan menggomol bahagian-bahagian ini dengan teknik yang paling efektif, Panduan Teknik Foreplay boleh membantu anda.

Panduan ini mengandungi teknik-teknik foreplay terbaik yang telah dikumpulkan dari ilmu seks zaman silam, dan ilmu seks moden. Boleh dikatakan panduan ini adalah panduan teknik foreplay lengkap.

Jika anda berminat untuk mempelajari teknik-teknik foreplay ini untuk buat isteri anda tewas dengan skill foreplay anda, anda boleh dapatkan Panduan 50 Teknik Foreplay Terbaik.

Anda ada tips lokasi titik ghairah isteri yang lain? Jangan teragak-agak untuk berkongsi ilmu melalui ruangan komen di bawah.

share-nodes
Kongsi: