Zakar Kurang Keras di Waktu Pagi – Perlukah Anda Risau?

Zakar kurang keras waktu pagi
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki mengalami masalah zakar kurang keras di waktu pagi. Beliau yang berusia 43 tahun dan belum berkahwin mengaku kerap melakukan onani sejak zaman remaja lagi. Sebelum mengalami masalah zakar kurang keras ini, beliau mengalami sakit di bahagian kemaluan dan mengambil makan tambahan Bio Zink. Beliau ingin tahu apakah yang menyebabkan masalah ini dan adakah terdapat sebarang kesan buruk pada masa panjang.

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Soalan

Saya berusia 43 tahun. Dan masih bujang kerana belum bertemu jodoh. Sejak remaja hingga dewasa, saya aktif melakukan onani. Kadangkala lima hingga enam kali sehari. Akhir-akhir ini saya terasa sakit di bahagian vas deferen sebelah kiri. Ini berlaku selepas mengambil Bio Zink sebagai makanan tambahan. Kini Zakar saya kurang keras di waktu pagi.

Apakah puncanya? Dan adakah makanan tambahan ini mempunyai kesan sampingan kepada tahap kesuburan saya?

Jawapan

Anda semakin berumur tetapi belum bergelar suami. Mungkin kerana belum bertemu jodoh. Lagi cepat lagi baik. Ini kerana jangka pelupusan sesetengah sistem tubuh badan anda menunjukkan kebarangkalian ia akan sampai tarikh luput. Sistem syahwat dan reproduktif mula bersemarak pada awal belasan tahun. Ini boleh membuatkan anda melakukan onani sehingga beberapa kali sehari.

Kini anda kurang aktif. Sistem dan bahagian anggota kelamin yang satu ketika dulu segar dan rancak kini mula meragam. Tiada ereksi pagi dan sugul. Sama juga dengan bahagian anggota kelamin yang menghasilkan air mani seperti pundi seminal. Kini mula terasa sakit.

Pundi seminal lelaki sihat menghasilkan 50 hingga 60 peratus jumlah isi padu air mani. Pundi prostat yang menghasilkan 30 hingga 35 peratus air mani. Bahagian ini juga mula kurang aktif pada umur lanjut. Kandungan zink dalam pundi prostat tinggi. Zink mustahak untuk penghasilan sperma aktif dan normal. Anda nyatakan mengambil tambahan untuk kesihatan.

Ia sekadar makanan tambahan dan bukan keperluan. Ia bukan rawatan atau ubatan yang perlu mendapat pengesahan doktor. Jarang pula makanan tambahan memberi kesan sampingan. Bagaimanapun, pengambilan itu tidak digalakkan jika amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan. Anda kini was-was mengenai pengambilan makanan tambahan itu. Anda sepatutnya merujuk doktor jika ada keraguan kesihatan. Lebih-lebih lagi jika terasa sakit.

Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal. Bagi mengetahui tahap kesihatan, dan mengesan masalah anda pada peringkat awal.

Panduan Untuk Suami Isteri