Sukar Untuk Klimaks – Baru Berusia 21 Tahun Dah Hadapi Masalah Ini

Sukar untuk klimaks
Sekadar gambar hiasan

Kebanyakan lelaki tidak ada masalah untuk mencapai klimaks dan ejakulasi. Tetapi, bagaimana pula jika anda sukar untuk klimaks. Ini berbeza dengan tahan lama atau pancut lambat ketika bersetubuh – tetapi masalah sukar untuk mencapai ejakulasi. Jika anda menghadapi masalah ini, apakah penyelesaiannya?

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Soalan

Saya baru berusia 21 tahun. Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar untuk klimaks. Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai klimaks dan ia mengambil masa lebih setengah jam. Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya? Untuk pengetahuan Tuan, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan onani.

Saya juga pernah menghidap sifilis tapi sudah sembuh. Masalah sukar untuk klimaks dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan.

Jawapan

Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti seks rambang sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh.

Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus individu yang terbabit dengan aktiviti seks rambang, tidak tahu mereka terkena jangkitan penyakit sifilis lain seperti herpes, HPV (kuman virus Papilloma), hepatitis B, chlymidia dan HIV kerana kebanyakan jangkitan itu tidak menunjukkan kesan ketara kepada pembawa.

Orang yang menjadi mangsa ialah pasangannya apabila berkahwin kelak.

Mengenai masalah sukar untuk klimaks anda, jika ujian darah yang dilakukan menunjukkan anda bebas sepenuhnya daripada sifilis, ia mungkin berpunca daripada masalah lain.

Selain penyakit kronik seperti kencing manis, masalah urat saraf, penyakit prostat seperti keradangan prostat, stres, keletihan, kurang minat terhadap pasangan dan keresahan juga boleh mengakibatkan masalah sukar untuk klimaks.

Masalah ini juga boleh berlaku jika orang yang mengalaminya mengambil alkohol atau dadah.

Yang boleh saya katakan, anda mungkin mudah bosan melakukan hubungan seks dengan satu pasangan kerana anda sudah biasa sangat dengannya. Jadi, hubungan seks tidak lagi sesuatu yang istimewa buat anda.

Cara terbaik ialah hentikan aktiviti seks rambang dan jalani ujian darah untuk mengesan jika virus penyakit kelamin itu masih wujud.

Panduan Untuk Suami Isteri