Ubat Tahan Lama – Berkesan Atau Tidak Produk Tahan Lama di Pasaran

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Sebelum anda baca tip kali ni, saya nak anda bertanya kepada diri anda – perlu ke saya ambil ubat tahan lama? Tapi jangan jawab dulu soalan ni. Baca tip kali ni sampai habis, kemudian baru anda jawab soalan tu.

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis ubat tahan lama di pasaran negara kita. Macam-macam jenis. Ada jenis sapu, ada jenis makan. Yang mana satu yang paling berkesan, yang mana yang terbaik?

Ubat tahan lama

Sebelum ini saya telah menulis tentang tip dan teknik tahan lama yang lengkap di artikel rahsia tahan lama. Salah satu cara tahan lama di ranjang ialah dengan pengambilan bahan tambahan seperti ubat makan tahan lama, atau ubat sapu tahan lama.

Jenis Ubat Tahan Lama

Seperti yang saya katakan, sekarang terdapat banyak jenis ubat tahan lama. Dari pil berbentuk candy, sehinggalah kepada jenis sapu seperti gel tahan lama, serum tahan lama, minyak tahan lama, dan sebagainya.

Semua jenis produk tahan lama ini mendakwa produk mereka adalah yang terbaik. Maklumlah, nak jual barang kan – mestilah kena mengaku terbaik.

Secara ringkas, kita boleh kategorikan jenis ubat-ubat tahan lama ini kepada dua kategori utama, iaitu ubat makan tahan lama dan ubat sapu tahan lama.

Ubat Makan Tahan Lama

Ubat makan tahan lama ni boleh dikatakan sebagai pencetus trend ubat tahan lama. Raja mereka sudah pasti Viagra. Siapa yang tak pernah dengar tentang ubat Viagra.

Ubat yang diketahui secara tidak sengaja boleh mengubat masalah mati pucuk ini telah lama dipasarkan sebagai penyelesaian untuk merawat masalah batin lelaki.

Mari kita lihat jenis-jenis ubat makan tahan lama yang boleh anda dapatkan di Malaysia.

  1. Viagra
Viagra

Viagra tidak dipasarkan sebagai ubat tahan lama. Pil ini sebenarnya dipasarkan kepada mereka yang menghadapi masalah mati pucuk, atau zakar tak naik.

Viagra bukan ubat kuat atau ubat tahan lama. Viagra dicipta untuk mengubati masalah mati pucuk Click To Tweet

Sebenarnya itu adalah tujuan utama Viagra dicipta. Bukan sebagai ubat tahan lama ketika bersetubuh.

Tapi biasalah, manusia a ni terlebih kreatif. Tak ada masalah mati pucuk pun ambil juga Viagra. Akibatnya terjadi kesan-kesan sampingan yang memalukan dan boleh membahayakan pengguna.

Berita-berita seperti kena serangan jantung sebab mengambil Viagra bukanlah berita baru di luar negara. Banyak kes-kes seperti ini yang terjadi di sana.

Cuma tak ramai yang tahu sebab tak dihebohkan. Selalunya syarikat pengeluar akan membayar pampasan untuk menutup lubang – tak mahu berita ini menjadi viral.

Dulu-dulu memang susah nak dapatkan Viagra kat Malaysia. Anda perlu dapatkan preskripsi dari doktor dahulu. Tetapi, sekarang ni terdapat Viagra yang dijual secara online di negara kita.

  1. Vimax
Vimax

Vimax juga dipasarkan bukan sebagai ubat tahan lama, tetapi lebih kepada makanan tambahan untuk meningkatkan tenaga seksual lelaki. Ubat kuat lelaki yang dikeluarkan dari Canada ini telah lama berada di pasaran dunia.

Seperti ubat kuat untuk lelaki yang lain, Vimax mendakwa boleh memberi lebih tenaga kepada alat sulit lelaki, di samping membantu membesar dan memanjangkan zakar.

Tetapi, ada juga yang mendakwa Vimax boleh menghapuskan masalah pancut awal dan buat pengguna tahan lebih lama ketika bersetubuh.

Antara kelebihan Vimax yang didakwa oleh pengeluar:

  • Membesar dan memanjangkan ukuran zakar.
  • Meningkatkan ketebalan zakar.
  • Buat zakar lebih keras ketika terangsang.
  • Menyembuhkan penyakit mati pucuk.

Seperti yang anda lihat, tidak ada kelebihan tahan lama yang didakwa oleh pengeluar Vimax. Mungkin dakwaan ini timbul dari penjual Vimax yang nak buat barang jualan mereka lebih laku di pasaran Malaysia. Berhati-hati dengan produk tiruan.

  1. Candy B+ Complex
Candy B Complex

Ini adalah ubat kuat untuk lelaki yang terkenal di Malaysia sekarang ni. Buka sahaja Facebook dan anda boleh lihat iklan Candy B+ Complex terpampang di wall Facebook anda.

Candy B+ Complex juga dipasarkan sebagai ubat kuat untuk lelaki, bukan sebagai ubat tahan lama. Apa yang menarik, Candy B+ dijual sebagai gula-gula, bukan ubat. Tagline mereka ialah gula-gula Candy B+ Complex.

Pengeluar Candy B mendakwa gula-gula ini boleh:

  • Meningkatkan tenaga lelaki.
  • Mengawal paras kolesterol.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh (sistem imunisasi).
  • Menguatkan otot jantung.
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Dan 1001 lagi manfaat dari gula-gula ini.

Gula-gula Candy B+ Complex dijual dengan harga RM150 untuk 12 biji. Sangat sesuai untuk mereka yang kaya dan banyak duit. Tetapi, kalau anda beli, semak betul-betul keaslian produk ini kerana terdapat bahan terlarang di dalam Candy B+ Complex tiruan.

  1. Catuaba Nourishing Essence
Catuaba

Ini juga ubat kuat lelaki yang sangat menarik. Rata-rata penjual Catuaba Nourishing Essence mendakwa Catuaba adalah pokok “ajaib” yang tumbu di lembah Amazon, Brazil.

Mengikut mereka pokok Catuaba ni adalah sejenis ‘afrodisiak’ asli. Afrodisiak ni nama rasmi bagi penggalak seks. Maksudnya jika anda ambil afrodisiak, secara automatik anda lebih bernafsu untuk seks.

Tetapi, menurut Wikipedia – dakwaan Catuaba sebagai afrodisiak atau penggalak seks tidak pernah dibuktikan oleh Sains.

Dan dalam bidang perubatan, Catuaba sebenarnya digunakan sebagai ubat untuk mencegah jangkitan bakteria yang boleh membawa kepada jangkitan HIV pada tikus.

Catuaba juga digunakan sebagai perasa makanan oleh pengeluar minuman Cola di British.

Antara kelebihan Catuaba Nourishing Essence yang didakwa oleh penjual:

  • Meningkatkan saiz alat sulit lelaki supaya lebih besar dan panjang.
  • Menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga.
  • Merawat mati pucuk, ejakulasi pramatang, disfungsi seksual

Dan macam-macamlah 1001 khasiat seperti yang didakwa oleh penjual-penjual ubat kuat untuk lelaki yang lain.

Maaf saya malas nak tulis ulangan benda yang sama.

Dan pelbagai lagi jenis ubat kuat untuk lelaki yang mendakwa boleh berfungsi sebagai ubat makan tahan lama lelaki.

Apa yang pasti ialah setiap penjual yang menjual ubat-ubat ini mendakwa ubatan ini mempunyai 1001 khasiat.

Dalam erti kata lain, lepas sahaja telan ubat-ubat ini secara langsung anda akan jadi Superman atas katil.

Ubat sapu tahan lama

Seperti juga ubat makan tahan lama, lambakan ubat sapu tahan lama untuk lelaki juga sama hebatnya. Ubat sapu seperti gel tahan lama, serum, krim, losyen dan sebagainya dijual secara terbuka di Malaysia.

Jom kita lihat antara ubat sapu tahan lama yang terdapat di pasaran Malaysia.

  1. Gambir Emas Performance Gel
Gambir Emas

Ini adalah gel tahan lama yang hangat pada satu ketika dahulu. Gel Gambir Emas pernah menjadi viral di media sosial kerana papan tanda berani mati mereka.

Papan tanda yang dipaparkan di sepanjang lebuh raya Malaysia dengan slogan “Subuh Baru Cabut” buat ramai yang tak puas hati dan memberi komen negatif tentang produk ni.

Yang pasti, papan tanda ini telah berjaya memperkenalkan Gambir Emas Performance Gel kepada rakyat Malaysia. Satu taktik pemasaran yang hebat dan berkesan dari pengeluar Gambir Emas.

Gambir Emas Performance Gel adalah gel tahan lama yang perlu disapu pada alat sulit lelaki sebelum pengguna bersama isteri di ranjang.

Seperti biasa, gel Gambir Emas mendakwa:

  • Buat lelaki tahan lama sehingga 1 jam bersama isteri.
  • Membesar dan memanjangkan zakar
  • Menjaga kesihatan kulit alat sulit lelaki
  • Dan sebagainya

Gambir Emas menjadi terkenal kerana mendakwa gel ini tidak buat zakar kebas dan panas, seperti produk-produk sapuan tahan lama yang menggunakan Gambir Sarawak.

Gel tahan lama ini perlu disapu 1 jam sebelum bersama isteri.

Gambir Emas Performance Gel dijual pada harga RM80.00 untuk kuantiti 10ml gel.

  1. Gambir Jantan
Gambir jantan

Gel tahan lama ini juga adalah salah satu produk tahan lama yang viral satu ketika dahulu. Seperti juga Gambir Emas, gel Gambir Jantan mendakwa boleh buat penggunanya tahan lebih lama ketika bersetubuh.

Mengandungi ekstrak Gambir Sarawak dan beberapa ramuan tambahan lain – gel ini dipasarkan sebagai “Menskin” atau bahan kosmetik untuk lelaki.

Menurut penjual Gambir Jantan, mereka yang menggunakan gel ini boleh bertahan antara 20 hingga 60 ketika bertarung di ranjang.

Gel Gambir Jantan perlu disapu 30 minit sebelum bersama isteri.

  1. PL Super Gel Plus, Titan Gel & Bermacam Gel Tahan Lama

Gel-gel tahan lama lain seperti PL Super Gel Plus, Titan Gel dan sebagainya juga mendakwa mempunyai kelebihan yang sama. Anda boleh baca apa yang saya tulis tentang Gambir Emas dan Gambir Jantan di atas jika anda nak tahu lebih lanjut tentang gel tahan lama yang lain.

Pendek kata, tidak ada bezanya antara gel-gel tahan lama ini, atau pun produk tahan lama yang lainnya.

Yang membezakan hanya harga jualan, dan taktik pemasaran yang digunakan oleh pengeluar dan penjual.

Berkesan ke Produk-Produk Ni?

Ini adalah soalan yang hanya boleh dijawab oleh pengguna produk itu sendiri. Ada yang mendakwa produk-produk ini memang berkesan, dan telah bantu mereka pancut lambat ketika bersetubuh.

Kalau anda tak percaya, anda baca je testimonial-testimonial yang dipaparkan di laman penjual produk-produk ini. Semuanya best, tak ada yang tak best.

Malah, jika anda baca betul-betul testimonial tersebut – ada yang tak masuk akal dan buat anda tersenyum sendiri.

Ubat Tahan Lama – Selamat Atau Tidak

Seperti semua produk ubatan dan sapuan, pasti terdapat kebaikan dan keburukan yang tidak dapat dielakkan. Begitu juga untuk produk-produk tahan lama.

Kebanyakan produk-produk tahan lama ini lulus KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Adakah ini bermakna produk tersebut memang berkesan dan mujarab?

Jangan salah faham. Kementerian Kesihatan hanya melakukan ujian untuk menentukan sama ada bahan-bahan yang digunakan di dalam produk tersebut selamat atau tidak – itu sahaja.

Kementerian tidak akan menguji sama ada bahan-bahan atau produk tersebut berkesan seperti yang didakwa, atau tidak. Mereka hanya “test” selamat ke tak bahan-bahan dalam tu.

Jadi jika buat produk dan anda letakkan air dan minyak kelapa dalam tu, hantar untuk dapatkan sijil KKM – sudah pasti produk anda lulus KKM.

Kesan sampingan produk tahan lama

Walaupun kebanyakan produk tahan lama yang terdapat di pasaran sekarang ada sijil KKM, masih terdapat beberapa produk yang memberi kesan negatif kepada pengguna.

Sebagai contoh, artikel dari The Sun Daily ini mendedahkan produk Candy B+ Complex mengandungi satu bahan terlarang yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna.

Bahan terlarang yang dimaksudkan ialah “Tadalafil”, iaitu sejenis penggalak seks. Tadalafil adalah ubat kawalan yang digunakan untuk merawat masalah mati pucuk, dan hanya boleh digunakan dengan preskripsi oleh doktor pakar.

Bahan ini mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, kekejangan otot, pening dan kesan negatif terhadap penglihatan, sistem penghadaman dan pelbagai lagi kesan sampingan yang boleh membahayakan pengguna.

Jadi, bagaimana ubat ini masih dijual di pasaran walaupun terdapat bahan terlarang sebagai kandungan yang disembunyikan?

Soalan ini hanya pengeluar produk tersebut dan pegawai KKM yang meluluskan produk ini sahaja yang boleh jawab.

Alternatif Produk Tahan Lama

Anda harus faham, kebanyakan masalah pancut awal ketika berjimak sebenarnya boleh dihapuskan dengan teknik. Dalam erti kata lain, anda tak perlu makan atau sapu ubat untuk tahan lama.

Ramai yang tak tahu teknik lebih penting dari ubat. Sebelum muncul produk tahan lama di pasaran, orang lama hanya guna teknik dan skill untuk buat isteri puas di ranjang.

Tetapi lepas muncul produk tahan lama di pasaran macam cendawan tumbuh lepas hujan, ilmu tahan lama ini dilupakan terus.

Sayang sekali kerana ilmu ini sangat berkesan dan tidak ada kesan sampingan seperti pengambilan ubat. Jika anda nak belajar ilmu ni, anda boleh dapatkan panduan Teknik Tahan Lama melalui laman web ini.

Perlukah Saya Guna Produk Tahan Lama

Tidak semua produk tahan lama membahayakan pengguna. Ada yang berkesan, dan sebaliknya. Apa yang pasti ialah harga untuk produk tahan lama ini boleh tahan juga.

Jika poket anda tebal dan sanggup berhabis duit setiap bulan untuk produk-produk ini, silakan.

Tetapi, jika anda merasa rugi mengeluarkan wang untuk produk-produk ini – terdapat alternatif yang boleh membantu seperti panduan Teknik Tahan Lama yang saya nyatakan sebelum ni.

Tepuk dada, tanya selera. Nak habiskan wang setiap bulan, atau nak keluarkan wang sekali sahaja untuk ilmu yang anda boleh gunakan sampai bila-bila?

share-nodes
Kongsi: