Tip Ciuman Pertama – Buat Ciuman Lebih Bermakna

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bagi yang belum pernah bercium, atau ingin melayangkan ciuman kepada si dia yang istimewa, ini adalah tip ciuman pertama yang perlu anda ikuti untuk buat ciuman pertama lebih bermakna.

Ciuman pertama bukan sekadar ciuman, tetapi lebih dari itu. Terutama bagi pasangan suami isteri yang baru berumah tangga. Ciuman pada malam pertama perkahwinan seharusnya sangat penting, sebagai pembuka bicara untuk aksi seterusnya.

Malah, ciuman pertama juga dikatakan sebagai permulaan untuk ciuman-ciuman yang lebih asyik dan nikmat.

Tip ciuman pertama
Semua orang akan berdebar-debar sebelum melayangkan ciuman pertama kepada yang tersayang Click To Tweet

Ciuman Pertama Kepada Yang Tersayang

Walaupun anda pernah bercium sebelum ni, ciuman pertama kepada yang tersayang adalah berbeza. Anda mungkin akan berasa gusar dan berdebar-debar.

Mana tidaknya, si dia yang ingin anda cium adalah segala-galanya bagi anda. Bagaimana jika ciuman pertama anda kepada yang tersayang tidak sempurna? Adakah si dia akan berasa kecewa?

Jangan risau. Seperti yang saya katakan pada tip cara melakukan ciuman pertama sebelum ini, ciuman pertama tidak semestinya sempurna.

Jangan terpengaruh dengan filem-filem barat.

5 Tip Ciuman Pertama Yang Perlu Anda Ikuti

Ini adalah 5 tip bagaimana nak buat ciuman pertama anda lebih bermakna. Walaupun anda tidak wajib untuk mengikuti semuanya, tetapi jadikan ini sebagai rujukan sebagai tip ciuman pertama anda.

  1. Bayangkan Cara Bercium
    Imaginasi adalah satu perkara yang sangat hebat. Jadi, jika anda ada masa lapang, bayangkan bagaimana anda ingin mencium si dia. Adakah anda ingin mencium dahi beliau dahulu, kemudian baru bibir? Atau mulakan ciuman pada pipi? Kalau anda buntu dan tak ada idea, boleh baca tip cara memulakan ciuman yang telah saya tulis sebelum ni.
  2. Bina Ketegangan Seksual
    Apakah yang dimaksudkan dengan ketegangan seksual? Boleh dikatakan ketegangan seksual adalah bagaimana anda menggoda dan meningkatkan ghairah pasangan. Tetapi ketegangan seksual yang anda ingin bina ini bukan untuk hubungan seks, tetapi untuk buat pasangan bersedia untuk dicium. Duduk rapat dengan si dia, lagi bagus jika anda bersentuhan. Cakap dengan lembut dan perlahan. Bicarakan tentang pengalaman indah anda berdua semasa bercinta. Apa sahaja yang boleh buat si dia selesa.
  3. Hapuskan Gangguan
    Buang air kecil dan air besar terlebih dahulu. Matikan telefon. Kunci pintu rapat-rapat. Kalau nak pasang muzik pun, pasang muzik yang perlahan dan romantik. Pendek kata, hapuskan segala perkara yang boleh mengganggu anda berdua. Jangan mula apabila anda mula bercium, telefon pula berbunyi. Hilang “feel” bercium nanti.
  4. Jaga Kebersihan Mulut
    Nafas yang busuk akan merosakkan pengalaman bercium. Pastikan nafas anda tidak berbau sebelum bercium. Ini adalah peraturan mutlak yang wajib diikut. Kalau anda tak dapat nak gosok gigi sebelum bersama, gunalah penyegar nafas, “chewing gum” atau mentos.
  5. Sentuhan & Belaian
    Sentuhan memainkan peranan yang sangat penting sebelum dan ketika bercium. Para suami mungkin tak ada masalah untuk menyentuh isteri. Tetapi ramai isteri yang malu-malu untuk mula menyentuh suami mereka. Maklumlah nanti dituduh sebagai rakus pula. Jangan begitu. Anda berdua dah jadi pasangan suami isteri yang sah. Tak ada salah untuk menyentuh pasangan anda. Malah sentuhan dan belaian sebelum memulakan ciuman pertama boleh buat pengalaman ciuman pertama lebih nikmat.

Jangan Berhenti Di Bibir

Anda dah berjaya memulakan ciuman pertama, apa pula nak buat lepas tu?

Banyak teknik ciuman yang boleh anda lakukan selepas ciuman pertama – saya dah tulis panjang lebar di laman blog ni. Contohnya seperti teknik cium mulut, ciuman romantis, ciuman erotik, ciuman mesra, dan banyak lagi.

Anda boleh baca tip-tip teknik ciuman tersebut, atau anda boleh terus dapatkan Panduan E-Buku Seni Ciuman. Panduan ini ada semua teknik ciuman yang telah saya tulis, malah lebih lagi dengan teknik-teknik ciuman yang lebih “advance”.

Jika anda serius nak jadi pakar bercium, bukan sekadar pada ciuman pertama – wajib dapatkan panduan E-Buku Seni Ciuman.

share-nodes
Kongsi: