Teknik Start-Stop Untuk Tahan Lama Di Ranjang – Mudah & Berkesan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Teknik Start-Stop adalah teknik bersetubuh yang dicipta supaya lelaki dapat tahan lama di ranjang. Walaupun pada mulanya teknik ini dicipta sebagai latihan yang dilakukan berasingan, teknik ini juga boleh diamalkan ketika bersetubuh.

Saya telah beri pengenalan ringkas tentang teknik ni pada tip tahan lama yang saya tulis sebelum ni. Ini adalah pendedahan yang lebih terperinci tentang teknik start-stop.

Teknik start stop

Apa Itu Teknik Start-Stop

Teknik tahan lama ini sebenarnya adalah latihan atau rawatan terapi yang dicipta untuk merawat penyakit pancutan atau ejakulasi pra-matang.

Teknik start-stop dicipta sebagai rawatan terapi kepada mereka yang mengalami masalah pancutan pra-matang Click To Tweet

Secara ringkas, mereka yang belajar teknik ini akan diajar untuk mengenali tahap rangsangan pada zakar. Mereka perlu kenal tahap sebelum pancut. Apabila mereka dah kenal tahap ni, mereka akan diajar untuk memberhentikan rangsangan pada zakar apabila tiba ke tahap ni.

Latihan ini memerlukan pesakit melatih sendiri dengan melakukan rangsangan pada zakar. Dalam erti kata lain, pesakit perlu melancap untuk mengenali tahap-tahap rangsangan pada zakar mereka.

Maklumlah, tahap rangsangan setiap individu adalah berbeza.

Ketika melancap, apabila tiba rasa ingin pancut, peserta perlu berhenti melancap. Tunggu antara 30 hingga 60 saat dan biar rasa ingin pancut tersebut hilang. Kemudian teruskan semula dan ulang langkah yang sama.

Langkah ini diulangi sehingga 4 atau 5 kali untuk setiap sesi.

Mengikut teori, jika rawatan ini dilakukan dengan betul, peserta akan bertahan lebih lama sebelum rasa ingin pancut dan masa menunggu juga akan semakin pendek.

Kelebihan Teknik Start-Stop Untuk Tahan Lama Di Ranjang

Antara kelebihan utama teknik start-stop ini ialah teknik ni sangat mudah dilakukan. Malah, siapa-siapa pun boleh melatih teknik ni untuk tahan lama ketika bersetubuh.

Teknik ni juga memang berkesan untuk bantu lelaki melambatkan pancutan. Dengan latihan yang konsisten, dengan mudah pengamal teknik ni boleh kawal pancutan ketiak bersetubuh.

Selain melatih teknik ni secara sendiri(iaitu melancap), teknik ni juga boleh diamalkan ketika bersetubuh. Dalam erti kata lain, Tuan boleh menggunakan teknik ni ketika mendayung isteri.

Contohnya ketika mendayung isteri dan sampai tahap di mana Tuan dah tak tahan dan ingin pancut, tarik keluar zakar dari faraj isteri. Tunggu seketika sehingga hilang rasa ingin pancut, kemudian baru teruskan mendayung isteri.

Seperti juga semasa latihan, ulang langkah ni beberapa kali sehingga betul-betul tak tahan dan ingin pancut. Teknik ni berkesan untuk buat Tuan tahan lebih lama ketika bersetubuh.

Walau bagaimanapun, sebelum Tuan teruja untuk melatih dan mengamalkan teknik ni, terdapat beberapa kelemahan dan keburukan teknik start-stop ni yang perlu tuan-tuan ambil perhatian.

Kelemahan Teknik Start-Stop Ketika Bersetubuh

Walaupun teknik ini memang boleh buat pengamalnya tahan lama ketika bersetubuh, terdapat kepincangan besar pada teknik ni yang boleh merosakkan pengalaman bersama isteri di ranjang.

Apa yang jadi pada isteri apabila Tuan menarik keluar zakar ketika mendayung isteri?

Sudah pasti beliau juga akan hilang rangsangan, sama seperti yang tuan rasakan. Isteri sedang asyik dan nikmat menerima tujahan zakar tuan, tiba-tiba Tuan berhenti. Sudah pasti beliau akan kecewa kerana hilang momentum ketika bersetubuh.

Secara automatik isteri juga sukar puas dan sukar untuk klimaks.

Ramai yang mengatakan masalah ni boleh diatasi dengan melakukan rangsangan lain pada isteri ketika zakar ditarik keluar. Contohnya boleh gunakan rangsangan jari pada faraj isteri.

Tetapi sudah pasti rangsangan lain tak sama dengan tujahan zakar ketika berjimak.

Malah, terdapat kajian yang dilakukan terhadap isu ni. Kajian tersebut berupa soal jawab kepada wanita di mana pasangan mereka mengamalkan teknik start-stop ketika bersetubuh.

Kebanyakan peserta(wanita) mengatakan mereka tak puas dengan teknik ni kerana momentum mereka diganggu ketika zakar dicabut keluar oleh pasangan.

Kalau dapat bertahan lama tapi tak dapat puaskan pasangan, sia-sia sahaja kan?

Jadi Lelaki Orgasma Berganda Untuk Puaskan Pasangan

Jika Tuan serius nak tahan lebih lama ketika bersetubuh tanpa bantuan ubat, cara terbaik ialah belajar teknik orgasma berganda – tak perlu teknik lain.

Teknik lelaki orgasma berganda boleh dikatakan adalah teknik mutlak untuk tahan lama di ranjang. Mereka yang menguasai teknik boleh mengawal pancutan mereka pada tahan yang lebih tinggi.

Malah, pengamal teknik ni boleh pilih nak pancut atau tak ketika bersetubuh. Hebat!

Kalau Tuan nak tahu lebih lanjut dan nak belajar teknik lelaki orgasma berganda, klik pautan di bawah sekarang juga.

Klik di sini untuk belajar teknik lelaki orgasma berganda – teknik tahan lama mutlak ketika bersetubuh

share-nodes
Kongsi: