Teknik Menggoda Suami Dijamin Berkesan – Tip Untuk Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu teknik menggoda suami yang dijamin 100% berkesan? Ramai isteri yang malas nak menggoda suami mereka. Pada mereka, kalau nak menggoda suami perlu kenakan pakaian yang seksi, mekap yang tebal, dan sembur haruman pada tubuh mereka. Ini melemahkan semangat para isteri untuk menggoda suami.

Ditambah pula dengan kehidupan sekarang yang sibuk dengan kerjaya dan anak-anak. Jadi seringkali suami yang akan menggoda isteri sekiranya ingin bersama.

Menggoda suami

Tak susah menggoda suami

Sebenarnya tak susah pun nak goda suami. Bagi kebanyakan lelaki, penampilan isteri itu sendiri boleh menaikkan ghairah mereka. Dan juga pergerakan isteri mereka. Jangan lupa lelaki lebih mudah tertarik kepada tarikan fizikal berbanding para wanita.

Baiklah, di sini saya berikan teknik-teknik menggoda suami yang mudah dilakukan.

  • Sentuhan sensual
    Tidak, tak perlu menyentuh suami anda. Sentuhan sensual yang saya maksudkan di sini ialah menyentuh tubuh anda sendiri, di hadapan suami. Ya, meraba diri anda sendiri di hadapan suami. Percayalah perbuatan ini amat-amat seksi di mata suami anda. Anda hanya perlu menyentuh dan meraba tubuh anda dengan lembut dan erotik. Sebagai contoh, berlakon seperti leher anda lenguh, dan perlahan-lahan usap, urut dan picit leher anda dengan lembut dan erotik. Saya jamin secara tidak sedar suami anda akan menelan air liur beliau. Tapi awas jangan over, nanti suami anda ingat anda buang tabiat.
  • Lenggang lenggok
    Cuba ubah cara anda berjalan di hadapan suami. Setiap wanita memiliki kuasa menggoda yang kuat pada tubuh mereka, tidak kira saiz tubuh badan. Jika sebelum ini anda jalan membongkok, sekarang cuba tegakkan badan, buka dada, dan lenggangkan pinggul anda ketika berjalan di hadapan suami. Saya jamin suami anda akan terangsang melihat gaya anda berjalan.
  • Mengusap objek
    Mengusap sebarang objek, dalam gerakan membulat adalah antara teknik yang berkesan untuk membuatkan suami anda tertanya-tanya apa yang anda inginkan. Sebagai contoh ketika anda minum berdua bersama suami, cuba usap di sekeliling gelas minuman anda, perlahan-lahan. Jika dilakukan dengan betul, saya jamin secara tidak sedar suami anda juga akan mengusap objek yang berada berhampiran beliau.
  • Kuasa bibir
    Sebelum berbicara dengan suami, basahkan mulut anda dengan lidah, muncungkan, dan buka sedikit mulut. Ini akan membuatkan anda kelihatan amat seksi! Tidak perlu gincu tebal, teknik ini sudah cukup untuk membuatkan suami anda tidak sabar-sabar untuk mencium anda.
  • Iklan syampu
    Pernah tengok iklan syampu? Dalam iklan syampu model iklan tersebut akan memusingkan kepala dan menguak rambut mereka. Gerakan ini begitu terkenal sehinggakan ia sudah menjadi ‘trademark’ dalam kebanyakan iklan syampu. Adakah ini disengajakan. Sudah pasti! Gerakan ini adalah gerakan menggoda yang amat hebat. Cuba lakukan di hadapan suami anda. Tambahan lagi apabila anda baru keluar dari bilik mandi dan hanya mengenakan tuala.

Tak susah kan nak menggoda suami?

Teknik menggoda yang lebih berkesan

Semua teknik yang saya berikan di atas adalah antara teknik-teknik mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja untuk menggoda suami anda.

Terdapat banyak lagi teknik-teknik menggoda yang boleh anda lakukan untuk menggoda suami anda. Terlalu banyak sehingga ‘malas’ saya nak tulis semuanya kat sini.

Oleh itu saya telah kumpulkan teknik-teknik menggoda ini dalam panduan E-Buku 101 Idea Asmara. Panduan ini mengandungi 101 idea asmara yang boleh anda gunakan untuk menggoda suami anda, dan dijamin berkesan.

share-nodes
Kongsi: