Teknik Bernafas Tahan Lama Bersetubuh – Asas Teknik Tahan Lama

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bernafas dengan betul adalah kunci kesihatan. Ini adalah faktor penting yang sering diabaikan. Jika tuan dapat bernafas dengan teknik bernafas yang betul, tuan bukan sahaja boleh meningkatkan tahap kesihatan, tetapi tuan juga dapat tahan lama ketika bersetubuh.

Cara tahan lama ini telah saya sentuh secara ringkas pada artikel rahsia tahan lama sebelum ni.

Teknik bernafas tahan lama
Kebanyakan lelaki pada masa sekarang bernafas dengan teknik bernafas yang salah! Click To Tweet

Percaya tak jika saya katakan ramai lelaki yang bernafas dengan salah. Kita semua bernafas dengan betul semasa kita dilahirkan – semasa zaman bayi.

Cuba tuan perhatikan bagaimana bayi bernafas. Kemudian bandingkan pula dengan cara tuan bernafas. Sama atau tak?

Semakin kita meningkat dewasa, cara bernafas kita berubah. Ini berlaku secara semula jadi, atau dipengaruhi persekitaran.

Cara bernafas yang salah ini mempengaruhi kesihatan dan menghalang individu untuk mencapai potensi fizikal sepenuhnya.

Bernafas Sebagai Asas Tahan Lama Bersetubuh

Sebenarnya, teknik bernafas untuk tahan lama bersetubuh tidaklah sehebat teknik tahan lama yang lain, seperti teknik orgasma berganda.

Tetapi teknik bernafas tahan lama bersetubuh boleh dianggap sebagai asas atau tapak untuk menguasai teknik tahan lama yang lain. Apa sahaja teknik jika tapak tidak kukuh, sudah pasti sukar untuk menguasai teknik tersebut dengan sempurna.

Sebab itu ilmu pernafasan adalah penting. Tuan perlu belajar bagaimana untuk bernafas dari sebelum bersama isteri, sehinggalah selepas bersetubuh.

Bagaimana nak bernafas untuk memanaskan badan, teknik pernafasan ketika mendayung, dan juga teknik bernafas untuk menyejukkan badan dan tenaga seksual selepas hubungan seks.

Bagaimana Teknik Bernafas Membantu

Teknik bernafas yang betul boleh membantu dari beberapa faktor untuk membantu tuan tahan lama ketika bersetubuh.

Antara kelebihan teknik pernafasan tahan lama bersetubuh ialah cara bernafas ini buat pengamalnya berasa lebih tenang dan bersedia sebelum bersama isteri.

Bernafas dengan betul akan merehatkan otot-otot badan. Merehatkan otot-otot ini sangat penting untuk mengelakkan stress. Kajian sendiri telah buktikan stress adalah antara faktor utama yang buat lelaki pancut awal ketika berjimak.

Jadi penting untuk merehatkan otot-otot sebelum dan semasa bersetubuh.

Teknik pernafasan yang betul juga boleh membantu tuan menjadi lebih fokus, seterusnya dapat mengawal segala tindakan ketika menggomol isteri.

Tuan tentu tahu apabila kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam tubuh. Dan tuan juga tentu tahu banyak manfaat yang diperolehi jika kandungan oksigen yang masuk ke dalam tubuh dapat ditingkatkan.

Teknik Bernafas Tahan Lama Bersetubuh

Sebelum tuan belajar teknik bernafas yang boleh digunakan ketika bersetubuh, tuan perlu belajar cara bernafas dengan betul terlebih dahulu.

Bagaimana cara tuan bernafas sekarang? Adakah tuan gunakan seluruh kapasiti organ yang terlibat, atau tidak.

Latihan Bernafas Tahan Lama

Berikut ialah teknik bernafas yang dijadikan asas kepada teknik bernafas tahan lama. Tuan boleh berbaring, duduk mahupun berdiri. Terpulang kepada keselesaan tuan.

  1. Letak tangan pada pusat, rehatkan tubuh.
  2. Tarik nafas sedalam yang boleh melalui hidung. Rasakan udara memenuhi kawasan perut dan kawasan dada tidak bergerak.
  3. Mulakan dengan kiraan yang sedikit seperti 3 atau 5 saat semasa menarik nafas.
  4. Hembus nafas perlahan-lahan melalui hiduang. Rasakan perut kempis apabila udara dihembus keluar. Dada masih keadaan statik dan tidak bergerak.
  5. Mulakan dengan kiraan yang sedikit seperti 3 atau 5 saat semasa menghembus.
  6. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga 15 kali atau mengikut keselesaan.
  7. Apabila dah selesa, boleh tingkatkan kiraan semasa menarik dan menghembus nafas.

Gambar diambil dari panduan E-Buku Teknik Tahan Lama. Panduan E-Buku ini mengajar teknik bernafas tahan lama bersetubuh yang lebih advance.

Latihan yang tuan lakukan ini dinamakan teknik pernafasan perut – sama seperti cara bayi bernafas.

Teknik bernafas ini berbeza dengan kebiasaan dewasa bernafas. Kebanyakan dewasa bernafas menggunakan dada dan mengabaikan perut. Kapasiti udara pada kawasan dada adalah terbatas, berbeza dengan kawasan perut dan diafragma.

Kawasan ini boleh menampung kapasiti udara yang tinggi berbanding kawasan dada.

Teknik bernafas ini juga boleh membantu merehatkan otot-otot tubuh, sangat penting ketika melakukan aktiviti fizikal – termasuk bersetubuh.

Selepas melakukan latihan ini, tuan akan rasa lebih tenang.

Teknik Bernafas Ketika Bersetubuh

Apabila tuan dah berlatih dan selesa dengan teknik bernafas yang diajarkan sebelum ni. Tuan boleh amalkan teknik ini ketika bersetubuh.

Kebanyakan lelaki lupa untuk bernafas dengan betul ketika mendayung isteri. Maklumlah tengah nikmat. Ramai yang bernafas dengan cetek, dan tidak menggunakan sepenuhnya kapasiti organ pernafasan ketika berjimak.

Ini mengakibatkan otot-otot menjadi stress dan sukar untuk mengawal pancutan – hasilnya pancut awal di ranjang.

Ketika mendayung, amalkan teknik bernafas yang tuan telah belajar sebelum ini. Cuma kali ini, daripada menghembus nafas melalui hidung, hembus nafas melalui mulut. Guna kiraan 4 saat menarik nafas, dan 4 saat menghembus nafas (atau mengikut keselesaan tuan).

Apa yang penting di sini ialah pastikan otot-otot tubuh berada di dalam keadaan rehat, termasuk otot-otot pelvis.

Pastikan tuan mengawal pernafasan ketika mendayung. Maksud saya di sini ialah jangan menarik nafas ketika menarik zakar keluar, dan menghembus nafas ketika menujah zakar. Tak kira tuan menujah atau menarik zakar, pernafasan tuan tetap stabil (4 saat tarik nafas, 4 saat hembus nafas).

Cuba teknik ni, dan saya pasti tuan akan rasa perbezaan berbanding sebelum ni.

Salah Satu Teknik Lelaki Orgasma Berganda

Teknik bernafas tahan lama bersetubuh ini adalah antara teknik-teknik yang diajar di dalam panduan E-Buku Teknik Tahan Lama. Cara bernafas yang betul adalah asas untuk menjadi lelaki orgasma berganda – iaitu lelaki yang boleh mengawal pancutan sesuka hati.

Jika tuan nak belajar bagaimana nak jadi seorang lelaki orgasma berganda, dapatkan panduan E-Buku Teknik Tahan Lama.

share-nodes
Kongsi: