Tahan Lama Bersetubuh Dengan Teknik Kawalan Minda – Susah Tapi Berkesan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bagaimana nak tahan lama bersetubuh dengan teknik kawalan minda. Apabila bercakap tentang tahan lama bersetubuh, ramai yang hanya bertumpu kepada faktor fizikal.

Saiz alat sulit, cara nak bagi kebas zakar, ubat tahan lama, dan sebagainya. Dalam tip rahsia tahan lama yang saya tulis sebelum, terdapat satu teknik yang jarang diambil peduli apabila mengutarakan tajuk tahan lama di ranjang.

Teknik yang saya maksudkan ialah teknik kawalan minda.

Saya telah buat pengenalan ringkas tentang teknik ini pada artikel tip tahan lama yang lepas. Artikel kali ini adalah penerangan yang lebih “detail” tentang teknik kawalan minda.

Tahan lama dengan teknik kawalan minda
Ramai tak pernah dengar teknik kawalan minda untuk tahan lama bersetubuh. Tetapi, sebenarnya teknik ni sangat berkesan jika dilakukan dengan betul Click To Tweet

Tahan Lama Bersetubuh Dengan Teknik Kawalan Minda

Apa yang dimaksudkan dengan teknik kawalan minda, dan bagaimana teknik ni boleh membantu anda untuk tahan lama di ranjang.

Secara ringkas, teknik kawalan minda ialah bagaimana anda mengawal emosi dan pemikiran anda. Teknik ini sering digunakan dalam bidang psikologi.

Malah, pakar psikiatri menggunakan teknik ini untuk mengawal minda pesakit mereka dalam setiap sesi perubatan.

Sekali baca, mungkin anda rasa teknik ni seperti tak logik. Tetapi percayalah, teknik ini sangat berkesan untuk memanipulasi minda anda untuk melakukan apa sahaja.

Walaupun anda rasa perkara tu mustahil atau tak mungkin terjadi.

Konsep Teknik Kawalan Minda

Terdapat dua jenis minda – minda sedar dan minda separa sedar. Minda separa sedar yang dikenali sebagai “subconcious mind” ini adalah minda yang mengawal diri kita. Ramai yang tak tahu kewujudan minda separa sedar ni.

Minda Separa Sedar

Contoh yang mudah saya ambil. Anda tahu bagaimana nak pandu kereta. Hari-hari anda pandu kereta. Malah, pergerakan-pergerakan yang anda lakukan ketika memandu kereta seperti memberi isyarat belok, menekan brek, menukar gear – semuanya anda lakukan tanpa sedar, secara automatik.

Tindakan-tindakan tanpa sedar ini dikawal oleh minda separa sedar anda.

Semua aktiviti yang telah menjadi rutin harian, yang kita lakukan tanpa sedar semuanya dikawal oleh minda separa sedar.

Dalam erti kata lain, kita tak dapat berfungsi tanpa minda separa sedar.

Minda Sedar

Minda ini pula adalah minda yang anda gunakan untuk mengawal aktiviti yang anda lakukan secara sedar. Anda guna minda sedar apabila anda berfikir, ingin buat keputusan, berbual dan sebagainya.

Kadang-kala minda sedar akan dipengaruhi oleh minda separa sedar. Tetapi terlalu panjang kat sini kalau saya nak bercerita lebih lanjut tentang minda sedar dan minda separa sedar.

Apa yang perlu anda tahu ialah prestasi anda di ranjang sangat dipengaruhi oleh minda anda, sedar atau separa sedar.

Kuasa Minda Untuk Pancut Lambat

Jadi bagaimana caranya untuk menggunakan kuasa minda untuk tahan lama ketika bersetubuh?

Ketika anda bersetubuh, iaitu ketika mendayung – seluruh tubuh anda menjadi fokus kepada nikmat yang anda rasakan. Setiap organ pada tubuh anda bekerja keras untuk memberi sepenuh tumpuan kepada pergerakan anda, termasuk minda anda.

Minda anda juga bekerja keras dan memikirkan bagaimana untuk memuaskan pasangan, tanpa anda sedari. Ini adalah tugas minda separa sedar.

Ini secara tidak langsung memudahkan anda untuk klimaks dan pancut. Maklumlah, kalau dah terlalu nikmat, siapa yang tahan.

Bagaimana pula jika anda dapat mengawal tubuh anda untuk mengurangkan sensasi atau nikmat ketika bersetubuh?

Di sinilah kuasa minda memainkan peranan. Jika anda dapat mengawal minda anda untuk pancut lambat, sudah pasti anda dapat tahan lebih lama di ranjang.

Memanipulasi Minda Anda Untuk Tahan Lama di Ranjang

Cara untuk memanipulasi minda anda untuk bertahan lama di ranjang sangat mudah, tetapi agak sukar untuk dilaksanakan.

Caranya ialah anda cuma perlu mengalihkan tumpuan anda kepada perkara lain(selain bersetubuh) untuk menipu minda anda.

Sebagai contoh, anda boleh fikirkan tentang sukan, kereta, teknologi, atau apa sahaja yang boleh buat anda tidak memberi tumpuan kepada sensasi bersetubuh.

Apabila anda memikirkan tentang perkara lain selain bersetubuh, tubuh anda akan memberi tindak balas dan secara automatik akan mengurangkan sensasi yang anda rasai.

Ini secara tidak langsung akan buat anda boleh mendayung dengan lebih lama, dan dapat mengawal tubuh anda untuk lambat pancut.

Keburukan Teknik Kawalan Minda Untuk Tahan Lama Ketika Bersetubuh

Walaupun teknik tahan lama bersetubuh dengan teknik kawalan minda ini berkesan, tetapi ada keburukan yang perlu anda ambil bab.

Betul teknik ini boleh buat anda tahan lebih lama ketika mendayung, anda akan bantu anda pancut lambat. Tetapi, teknik ini secara langsung akan buat pengalaman bersetubuh menjadi suram.

Apabila anda menggunakan teknik kawalan minda untuk mengawal pancutan anda, secara tak langsung anda akan mengurangkan sensasi yang boleh anda alami ketika bersetubuh.

Dalam erti kata lain – hilang nikmat ketika menggomol isteri. Ini adalah “trade off” yang perlu anda ambil kira sekiranya anda ingin menggunakan teknik ini.

Tahan Lama Dengan Menjadi Lelaki Orgasma Berganda

Selain teknik kawalan minda, terdapat satu lagi teknik yang sangat berkesan untuk tahan lama ketika bersetubuh. Tetapi, tak ramai lelaki yang sedar teknik ni wujud.

Teknik tahan lama yang saya maksudkan ialah teknik lelaki orgasma berganda.

Teknik ini boleh dikatakan adalah teknik mutlak dalam ilmu tahan lama. Teknik tahan lama yang lain boleh tolak tepi.

Senang cerita, jika anda menguasai teknik ini – anda boleh klimaks berkali-kali tanpa pancut ketika bersetubuh.

Jika anda berminat nak belajar teknik unik ni, anda boleh baca lebih lanjut tentang panduan Teknik Tahan Lama yang mengajar anda dari A sampai Z bagaimana untuk menjadi seorang lelaki orgasma berganda.

share-nodes
Kongsi: