Pancut Awal – Simptom, Punca, Rawatan & Pencegahan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Masalah pancut awal ketika bersetubuh adalah masalah seksual utama yang melanda ramai kaum lelaki pada masa kini.

Masalah kesihatan yang juga dikenali sebagai Ejakulasi Pramatang (PE – premature ejaculation) ini bukan sahaja melanda mereka yang telah lanjut usia, tetapi juga dialami oleh mereka yang masih muda dan berada di tahap kesihatan puncak.

Pancut awal

Pancut Awal vs. Mati Pucuk

Ramai yang keliru antara masalah pancut awal dan mati pucuk. Mati pucuk, atau dalam bahasa kesihatannya “Erectile Dysfunction (ED)” tiada kaitan dengan pancutan awal.

Mati pucuk dan ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau pancut awal adalah dua penyakit yang berbezau0022 Click To Tweet

Jika seseorang individu mengalami mati pucuk, zakar tidak akan keras dan sukar untuk bersetubuh. Masalah tak tahan lama pula berlaku di mana mereka yang menghadapi masalah ini pancut atau ejakulasi terlalu pantas ketika bersetubuh.

Penghidap penyakit ini yang kronik boleh pancut tak sampai seminit. Macam mana nak puaskan isteri kalau tak sampai seminit dah pancut?

Mengikut statistik perubatan, masalah mati pucuk banyak dihadapi oleh lelaki lanjut umur, iaitu 40 tahun ke atas. Manakala masalah pancutan awal pula dihadapi oleh lelaki berusia 40 tahun ke bawah.

Ini tak menghairankan kerana masalah mati pucuk berkaitan dengan faktor kesihatan yang lain – seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan sakit jantung.

Tetapi, mereka yang menghadapi masalahini rata-ratanya sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Jenis Masalah Pancut Awal – Simptom Dan Gejala

Simptom utama masalah ini adalah seperti yang dimaklumkan sebelum ni – gagal tahan pancut kurang dari seminit selepas penembusan zakar ke dalam faraj.

Walau bagaimanapun, masalah ini boleh juga berlaku selain dari ketika bersetubuh. Contohnya, ketika melancap atau masturbasi.

Masalah ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama, iaitu:-

  • Seumur hidup (utama) – boleh diklasifikasikan sebagai masalah kronik, di mana mereka yang diletakkan dalam kategori ini menghadapi malasah ini setiap kali bersetubuh.
  • Diperolehi (sekunder) – mereka yang diletakkan dalam kategori ini pula mengalami masalah ini secara “on off”. Iaitu kadang-kadang berulang, dan kadang-kadang tidak.

Sebenarnya, ramai lelaki yang ingat mereka menghadapi masalah ini. Tetapi, simptom yang mereka alami tidak boleh dikategorikan sebagai masalah gagal tahan pancut.

Seringkali masalah yang mereka alami sekadar kategori yang boleh dirawati dan dielakkan dengan mudah.

Punca Pancut Awal – Kenapa Ramai Lelaki Cepat Pancut?

Walaupun dengan teknologi perubatan yang serba canggih pada masa sekarang, punca masalah ini masih belum dapat ditentukan dengan tepat.

Pada masa dahulu, pakar perubatan meletakkan punca utama ialah disebabkan oleh faktor psikologi. Tetapi setelah melakukan kajian lanjut, mereka dapati punca masalah ini lebih kompleks – di mana faktor psikologi dan biologi memainkan peranan.

Sebab pancut awal
Masalah pancut awal boleh disebabkan oleh faktor psikologi dan juga biologi Click To Tweet

Faktor Psikologi

Psikologi manusia adalah satu perkara yang sangat kompleks. Oleh itu tidak menghairankan psikologi adalah salah satu faktor yang memainkan peranan dalam masalah ini. Sebab pancut awal yang disebabkan oleh faktor psikologi boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama.

Pengalaman Seks Yang Buruk

Jika seseorang individu itu pernah  mengalami pengalaman seks yang buruk, seperti penderaan seks pada usia muda, atau pengalaman seks yang tidak memuaskan pasangan – pengalaman-pengalaman ini boleh mempengaruhi atau buat individu terbabit mengalami masalah inil pada kemudian hari.

Kurang Keyakinan Diri Terhadap Tubuh

Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap tubuh mereka jarang mengalami masalah ini. Tetapi, mereka yang kurang keyakinan diri, iaitu mempunyai pandangan negatif terhadap tubuh mereka sendiri sering kali gagal tahan lama ketika bersetubuh.

Murung Dan Tertekan

Kemurungan atau tekanan dalam kehidupan harian dengan mudah boleh mempengaruhi keadaan psikologi dan juga fizikal seseorang individu. Jadi, tidak menghairankan sekiranya mereka yang sering murung dan tertekan akan mengalami masalah ini ketika bersama pasangan.

Kebimbangan Melampau – Risau Dengan Prestasi Seks

Kategori ini berkait rapat dengan keyakinan diri. Individu yang kurang keyakinan diri akan buat mereka terlalu bimbang dengan prestasi ketika bersetubuh. Mereka terlampau risau dengan prestasi dan takut sekiranya mereka akan pancut awal ketika bersama isteri. Faktor ini dengan mudah boleh mempengaruhi keadaan psikologi individu terbabit dan boleh buat mereka tak tahan lama ketika bersetubuh – sedangkan pada hakikatnya mereka tidak ada pun masalah ini secara semula jadi.

Masalah Rumahtangga

Mereka yang mengalami masalah rumahtangga dengan isteri, seterusnya menganggap hubungan seks sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Keadaan ini adalah antara salah satu punca pancut awal yang disebabkan oleh faktor psikologi

Faktor Biologi Atau Fizikal

Selain punca masalah ini yang berpunca dari faktor psikologi, faktor biologi juga memainkan peranan untuk buat lelaki tak dapat bertahan lama ketika bersetubuh. Faktor biologi pancut awal selalunya boleh dirawat dengan rawatan moden. Berikut adalah kategori faktor biologi yang menyebabkan berlakunya masalah ejakulasi pra-matang di kalangan kaum lelaki.

Tahap Hormon Yang Tidak Normal

Walaupun faktor ini masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya secara saintifik, kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar perubatan mendapati lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai tahap hormon yang tidak normal. Kajian tersebut mendapati golongan yang mengalami masalah ini mempunyai tahap hormon yang merangsang Tiroid, hormon luteinizing, dan tahap prolactin yang lebih rendah berbanding golongan yang tidak mengalami masalah ini.

Radang Prostat

Radang pada bahagian prostat juga boleh menyebabkan berlakunya masalah ejakulasi pra matang. Prostat adalah salah satu organ pada lelaki yang memainkan peranan dalam pancutan lelaki. Oleh itu, jika terdapat gangguan pada prostat, ini akan mempengaruhi keupayaan individu untuk menahan pancutan ketika bersetubuh. Situasi ini dikenali sebagai “PROSTATITIS”.

Jangkitan Pada Salur Kencing

Seperti juga radang prostat, jangkitan pada salur kencing adalah antara faktor yang buat seseorang individu gagal untuk tahan lama di ranjang. Situasi perubatan yang dikenali sebagai “Urinary Tract Infection” ini adalah jangkitan yang berlaku pada saluran kencing lelaki dan juga wanita. Walau bagaimanapun, jangkitan pada lelaki akan buat individu terbabit mengalami masalah untuk mengawal pancutan mereka.

Keturunan

Faktor keturunan adalah faktor yang terpencil untuk sebab pancut awal dari aspek biologi. Walau bagaimanapun, faktor ini wujud dan adalah antara salah satu faktor utama masalah ini meruncing di kalangan lelaki.

Masalah Kesihatan Kronik

Jika seseorang individu mengalami masalah kesihatan yang kronik, terutama penyakit kencing manis, sakit jantung, atau tekanan darah tinggi – dengan mudah mereka juga akan mengalami masalah pancut awal jika tidak dirawat.

Rawatan Dan Pencegahan

Rawatan masalah pancut awal bergantung kepada punca sebenar yang dihadapi penghidap penyakit ini. Secara ringkas, rawatan untuk masalah ini boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu:-

  1. Rawatan perubatan.
  2. Rawatan pencegahan.
  3. Rawatan alternatif.

Rawatan Perubatan

Jika individu menghadapi masalah pancut awal yang disebabkan oleh faktor-faktor biologi seperti yang disenaraikan di atas – disyorkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Doktor akan melakukan diagnosis untuk menentukan punca sebenar yang dihadapi pesakit. Proses diagnosis yang dilakukan termasuk sesi soal jawab tentang sejarah kesihatan pesakit.

Jika perlu, doktor juga akan melakukan ujian darah untuk menentukan jika punca masalah ini adalah berkaitan dengan masalah hormon.

Jenis-Jenis Rawatan Perubatan

Setelah mengenal pasti punca sebenar masalah yang dihadapi pesakit, doktor akan memberi preskripsi perubatan. Rawatan perubatan untuk penyakit pancut awal boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama, iaitu:-

  1. Anestetik atau ubat sapu.
  2. Kaunseling.
  3. Ubat makan(oral).

Ubat Sapu Anestetik

Anestetik didatangkan dalam bentuk krim, losen atau semburan. Fungsi rawatan anestetik ini ialah untuk beri kesan kebas kepada zakar.

Selalunya ubat anestetik ini mengandungi agen yang boleh beri kesan kebas kepada kulit – seperti “benzocaine”, “lidocaine” atau “prilocaine”.

Anestetik disapu atau disemburi pada zakar 10 minit hingga 15 minit sebelum bersetubuh. Agen kebas ini akan buat zakar kurang sensitif, lalu melambatkan pancutan dan buat individu lebih tahan lama bersetubuh.

Walaupun rawatan pancut awal dari segi anestetik ini berkesan untuk mereka yang menghidap masalah pancut awal, terdapat kesan sampingan yang perlu diambil kira.

Antara kesan sampingan ialah berkurangnya kepuasan seksual, di mana mereka yang menggunakan anestetik boleh hilang terus sensitiviti pada alat sulit mereka.

Terdapat juga kes di mana pasangan mereka melaporkan situasi yang sama dialami pada faraj. Sekali gus buat pasangan (isteri) sukar klimaks ketika bersetubuh.

Kaunseling

Sesi kaunseling untuk penghidap masalah pancut awal selalunya diberi kepada mereka yang menghadapi masalah ini berpunca dari faktor psikologi – seperti yang disenaraikan sebelum ini.

Kaunseling ini diberikan untuk mengurangkan tekanan, rasa bimbang, atau kurang keyakinan diri.

Walaupun sesi kaunseling disenaraikan sebagai salah satu rawatan masalah pancut awal, rawatan kaunseling dikatakan sebagai tidak begitu berkesan untuk menyelesaikan masalah ini.

Ubat Makan (Rawatan Oral)

Ubat makan untuk merawat masalah pancut awal hanya diberikan oleh doktor kepada mereka yang dirasakan kronik, di mana masalah mereka tidak boleh dirawat melalui anestetik atau kaunseling.

Terdapat banyak ubat makan yang boleh membantu rawatan masalah pancut awal. Tetapi boleh dikatakan ubat-ubat ini tidak mendapat kelulusan dari “Food and Drug Administration (FDA)” untuk merawat masalah ini.

Dalam erti kata lain, ubat-ubat ini bukan dicipta untuk merawat masalah pancut awal, tetapi kesan sampingan daripada ubat-ubatan ini boleh membantu lelaki tahan lama ketika bersetubuh.

Preskripsi ubat makan hanya diberikan oleh doktor sebagai langkah terakhir untuk merawat masalah pancut awal.

Antara ubat-ubatan oral yang boleh merawat masalah pancut awal ialah Antidepresen, Analgesik atau “Phosphodiesterase-5 inhibitors”.

Kesan sampingan daripada Antidepresen atau Analgesik boleh melambatkan pancutan. Tetapi masalah utama ialah kedua-dua kategori ubat ini dicipta untuk mengubati penyakit lain, bukan penyakit pancut awal.

Oleh itu kandungan yang diberikan perlu tepat untuk mengelakkan kesan sampingan yang berbahaya kepada pesakit.

Phosphodiesterase-5 inhibitors pula adalah kategori ubat yang digunakan untuk mengubati penyakit mati pucuk. Ubat-ubatan dalam kategori ini termasuk sildenafil (Viagra), tadalafil (Cialis), atau vardenafil (Levitra).

Jika tuan menghadapi masalah pancut awal, mungkin tuan ada keinginan untuk mendapatkan ubat-ubatan ini sendiri. Tetapi, fikir masak-masak terlebih dahulu.

Walaupun ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi, atau secara online – ubat-ubatan ini adalah ubat kawalan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Banyak kesan sampingan negatif yang boleh terhasil akibat daripada pengambilan ubat-ubatan ini.

Rawatan Pencegahan Pancut Awal

Rawatan pencegahan untuk mencegah masalah pancut awal digunakan untuk mengelak individu daripada mengalami masalah ini. Terdapat dua rawatan pencegahan pancut awal, iaitu rawatan tingkah-laku (Behavioral treatment) dan rawatan pencegahan secara senaman iaitu senaman Kegel.

Tingkah laku

Rawatan tingkah laku untuk mencegah pancut awal boleh dikategorikan sebagai rawatan terapi. Antara contoh rawatan tingkah laku yang akan dicadangkan oleh pakar perubatan adalah seperti melancap sejam atau dua jam sebelum hubungan seks.

Teori di sini ialah jika individu tersebut telah memancutkan air mani sebelum hubungan seks, beliau akan sukar atau lebih lambat untuk klimaks dan pancut ketika bersetubuh nanti.

Doktor juga mungkin mengesyorkan supaya mereka yang mengalami rawatan ini lebih menumpukan kepada aktiviti pemanasan, seperti ciuman atau foreplay untuk melambatkan bersetubuh.

Secara ringkas, rawatan terapi ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan kepada mereka yang mengalami masalah pancut awal.

Rawatan terapi ini sangat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah pancut awal yang berpunca daripada faktor psikologi.

Latihan pelvis (Latihan Kegel)

Seperti juga otot-otot lain pada tubuh, otot-otot pelvis yang berkait rapat dengan organ seksual lelaki akan menjadi lemah dengan meningkatnya usia. Faktor ini boleh menyebabkan ramai lelaki yang gagal mengawal pancutan – seterusnya meningkatkan risiko pancut awal.

Untuk mereka yang mengalami masalah pancut awal disebabkan oleh otot-otot pelvis yang lemah, pakar perubatan akan mengesyorkan senaman pelvis atau lebih dikenali sebagai senaman Kegel.

Senaman Kegel ini berfungsi untuk melatih dan menguatkan otot-otot pelvis. Otot-otot pelvis sangat berkait rapat dengan keupayaan seseorang individu untuk menahan pancutan ketika bersetubuh.

Oleh itu, dengan menguatkan otot-otot ini, secara tak langsung tuan dapat mengawal dan menahan pancutan air mani.

Senaman ini sangat mudah, dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sebaik-baiknya amalkan senaman ini 3 kali sehari untuk kesan yang berpanjangan.

Saya akan menyentuh senaman Kegel dengan lebih terperinci pada tip yang akan datang.

Rawatan Alternatif Pancut Awal

Selain rawatan perubatan dan rawatan pencegahan pancut awal, terdapat juga beberapa rawatan alternatif yang boleh dilakukan untuk merawat dan mencegah masalah pancut awal.

Rawatan-rawatan alternatif ini digunakan sebagai sokongan atau bantuan kepada rawatan perubatan dan rawatan pencegahan.

Menggunakan Kondom

Salah satu rawatan alternatif pancut awal yang jarang diketahui umum ialah menggunakan kondom. Kondom yang dicipta sebagai alat untuk merancang keluarga sebenarnya boleh digunakan untuk mengawal pancutan air mani lelaki.

Tetapi, kondom yang saya maksudkan di sini bukanlah kondom-kondom biasa yang dijual di 7 Eleven. Terdapat kondom khas yang dicipta untuk membantu mereka yang mengalami masalah pancutan pramatang.

Kondom-kondom khas ini mengandungi bahan kimia atau ejen yang boleh buat zakar berasa kebas. Ejen seperti benzocaine atau lidocaine ini disapu pada bahagian dalam kondom khas ini, dan boleh kurangkan tahap sensitiviti zakar.

Kondom khas ini juga diperbuat daripada getah yang lebih tebal untuk menghilangkan rasa sensitif zakar.

Teknik “Squeeze”

Teknik yang dikenali sebagai teknik squeeze atau teknik picit juga adalah salah satu rawatan alternatif pancut awal.

Teknik ini bukanlah penyelesaian kekal masalah ini, tetapi boleh digunakan sebagai penyelesaian sementara bagi mereka yang mengalami masalah pancut awal on off. Selalunya dipengaruhi faktor psikologi atau prestasi mental.

Teknik ini dilakukan dengan cara berikut;

  1. Ketika tuan mendayung isteri dan rasa ingin pancut, cabut zakar dari faraj isteri.
  2. Kemudian, picit kepala zakar sehingga hilang rasa ingin pancut.
  3. Masukkan semula zakar ke dalam faraj isteri dan teruskan mendayung.

Walaupun teknik ini berkesan, tetapi sudah pasti tuan sendiri tahu teknik ini tidak sesuai digunakan selalu. Teknik ini sedikit mengganggu sesi bersetubuh tuan dan isteri. Dalam erti kata lain, isteri perlu faham kenapa tuan perlu melakukan teknik ini.

Teknik “Start-Stop”

Seperti juga teknik squeeze, teknik start-stop adalah salah satu teknik mengawal pancutan air mani yang digunakan ketika bersetubuh.

Jika pada teknik squeeze tuan menarik dan memicit zakar, pada teknik start-stop pula tuan Cuma berhenti mendayung dan biarkan zakar berada dalam faraj isteri.

Cara melakukan teknik start-stop:

  1. Ketika mendayung dan rasa ingin pancut, berhenti mendayung – biarkan zakar dalam faraj isteri.
  2. Apabila rasa ingin pancut hilang, teruskan mendayung semula.

Teknik start-stop ini boleh dilakukan beberapa kali yang tuan inginkan sehingga gagal untuk menahan pancut, atau tiba ke puncak nikmat (point of no return).

Panjangkan Foreplay

Salah satu cara mengatasi pancut awal ketika bersetubuh ialah dengan panjangkan sesi foreplay tuan. Dalam erti kata lain, buat isteri benar-benar ghairah, bernafsu sebelum menusuk.

Jika sebelum ini sesi foreplay sekadar cukup syarat, kali ini panjangkan sedikit. Masukkan elemen-elemen atau aktiviti yang boleh menaikkan nafsu isteri sepenuhnya.

Contohnya ciuman, pelukan, seks oral, guna jari dan sebagainya.

Lebih bernafsu isteri, lebih mudah beliau klimaks nanti. Jadi tuan tak perlu bekerja keras untuk buat beliau puas.

Memperlahankan Tempo

Kebiasaannya kita akan menujah dengan rakus apabila tiba rasa ingin klimaks. Maklumlah, lebih laju lebih sedap. Tambahan pula apabila isteri mengerang kesedapan dan meminta lebih.

Lebih laju tuan mendayung, lebih mudah pancut – betul tak?

Jadi teknik ini memerlukan tuan perlahankan rentak apabila rasa ingin pancut. Bunyinya mudah, tapi sukar nak buat. Selain memperlahankan tempo, tuan juga boleh tukar sudut tujahan, atau kedalaman zakar.

Perkara ini akan buat tuan tahan lebih lama dan boleh mengurangkan masalah pancut awal.

Teknik Lelaki Orgasma Berganda

Teknik ini boleh dikatakan sebagai teknik mutlak dalam kategori rawatan alternatif pancut awal. Teknik lelaki orgasma berganda adalah teknik untuk mengawal pancutan, di mana pengamal teknik ini boleh pilih bila beliau ingin pancut ketika bersetubuh.

Sekali baca memang bunyinya agak pelik. Tetapi bagi mereka yang telah menguasai teknik ini, tiada lagi masalah pancut awal.

Untuk menguasai teknik lelaki orgasma berganda, tuan perlu belajar beberapa teknik seperti teknik mengawal pernafasan, teknik mengawal otot-otot seksual dan sebagainya.

Tuan boleh dapatkan panduan E-Buku Teknik Tahan Lama jika tuan ingin belajar tentang teknik lelaki orgasma berganda.

Masalah Pancut Awal – Harus Dirawat

Masalah pancut awal

Masalah pancut awal sebenarnya harus dirawat. Ramai yang tidak sedar perkara ini dan membiarkan masalah ini berlanjutan.

Tidak kira sama ada rawatan perubatan, pencegahan mahupun rawatan alternatif – masalah ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan.

Tiada jalan singkat untuk merawat masalah pancut awal. Ubat sapu atau ubat kuat yang terdapat di pasaran hanyalah penyelesaian sementara, dan bukan penyelesaian kekal.

Jangan rosakkan hubungan kelamin suami isteri hanya kerana masalah yang boleh dirawat ini.

share-nodes
Kongsi: