7 Mitos Seks Oral Yang Ramai Pasangan Suami Isteri Percaya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Kali ni saya nak beri mitos seks oral yang berlegar di Internet dan sering diperkatakan. Malangnya mitos-mitos ni ramai yang percaya dan anggap benar. Akibatnya ramai pasangan yang takut-takut untuk melakukan seks oral ketika bersetubuh.

Mitos seks oral
Banyak mitos seks oral yang menyebabkan ramai pasangan takut untuk melakukan seks oral Click To Tweet

Informasi Seks Oral Yang Karut-Marut

Internet adalah sumber ilmu yang tiada batas. Malangnya ilmu-ilmu yang berlegar di Internet, sama ada pada laman web atau dari media sosial banyak yang tak betul.

Ilmu seks oral juga tak terkecuali. Banyak informasi berkaitan seks oral yang karut-marut. Selalunya bertujuan untuk buat pasangan suami isteri takut untuk melakukan seks oral.

Sayang sekali kerana seks oral adalah aktiviti seks yang sangat nikmat dan boleh meningkatkan keintiman hubungan suami isteri di ranjang.

Mitos Seks Oral Yang Berlegar di Internet

Ini adalah antara mitos yang paling popular. Mitos-mitos ini juga yang buat ramai pasangan teragak-agak untuk mengamalkan seks oral ketika berasmara.

Mitos 1 – Seks oral bukan seks sebenar

Ramai yang meletakkan seks oral sebagai aktiviti dalam kategori foreplay atau pemanasan. Ada benar ada tidaknya. Jika seks oral dilakukan sekadar untuk buat zakar benar-benar keras, atau buat faraj isteri basah – maka seks oral adalah foreplay.

Tetapi, jika seks oral dilakukan dengan teknik “advance” sehingga pasangan klimaks dan orgasma – seks oral boleh dikategorikan sebagai aktiviti seks sebenar.

Mitos 2 – Seks oral boleh menyebabkan isteri hamil

Saya pun tak tahu dari mana punca mitos ni, dan siapakah yang mencipta mitos yang bodoh ni. Seks oral tak boleh menyebabkan isteri hamil. Tak masuk dek akal.

Hanya sperma pada air mani yang dipancutkan oleh zakar sahaja yang boleh menyebabkan kehamilan.

Mitos 3 – Suami boleh kencing ketika isteri melakukan seks oral pada zakar

Ini tak mungkin dan tak akan berlaku. Mungkin mitos ini timbul kerana air kencing dan air mani dipancutkan dari lubang yang sama pada zakar lelaki.

Terdapat satu injap pada zakar lelaki yang mengawal perkara ni. Ketika zakar lembik atau normal, injap ini akan memberi laluan kepada air kencing, dan apabila zakar terangsang dan keras, injap akan membuka laluan untuk air mani.

Mitos 4 – Seks oral ni cara bersetubuh moden yang baru dicipta

Ramai ingat seks oral ni teknik baru yang dicipta pada zaman moden. Atau ramai yang menganggap seks oral ni budaya masyarakat barat. Ini tanggapan yang salah.

Sejarah seks oral sebenarnya boleh dijejak sejak zaman dahulu lagi. Dari tamadun Roman sehinggalah kepada hieroglif Mesir.

Mitos 5 – Seks oral kotor dan memudaratkan

Mitos ini ada benar dan ada tidaknya. Seks oral kotor dan menjijikkan jika pasangan yang melakukan aktiviti seks oral tidak menjaga kesihatan alat sulit mereka. Ini normal dan bukan perkara yang pelik.

Mana-mana anggota tubuh yang tidak bersih sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan.

Tetapi, jika alat sulit dibasuh, bersih dan dijaga rapi – tidak ada masalah seks oral boleh memudaratkan kesihatan.

Mitos 6 – Nanas boleh buat alat sulit berasa manis ketika seks oral

Saya pun tak tahu daripada mana mitos yang satu ni timbul.

Walaupun apa yang kita makan boleh memberi kesan kepada cecair tubuh seperti peluh – tidak ada kajian sains yang membuktikan terdapat makanan  yang boleh mempengaruhi rasa cecair faraj atau air mani.

Tetapi tak kisahlah jika anda nak makan buah-buahan. Lagipun buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk kesihatan.

Mitos 7 – Anda tak boleh klimaks dan orgasma hanya dengan seks oral

Ini juga adalah mitos yang ramai pasangan percaya. Tak menghairankan kenapa tahayul seks oral ni berlegar. Mitos ni jadi popular kerana ramai yang tak berjaya buat pasangan mereka klimaks hanya dengan seks oral.

Dalam erti kata lain – mereka tak tahu teknik yang betul untuk buat pasangan mereka orgasma dengan seks oral.

Sebenarnya, dengan mudah anda boleh buat pasangan puas hanya menggunakan teknik seks oral. Cuma, tekniknya perlulah betul.

Teknik seks oral untuk buat pasangan orgasma ini sebenarnya dah saya tulis dengan panjang lebar dalam panduan E-Buku Seni Seks Oral. Panduan ini diberi sebagai bonus percuma dalam Pakej Ciuman Mutlak yang boleh didapati dari laman web ni. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang Pakej Ciuman Mutlak

Jangan Percaya Dengan Mitos Yang Mengarut

Semoga dengan mengetahui mitos seks oral pada tip kali ni, anda dan pasangan akan berasa lebih selamat untuk melakukan oral seks sebagai salah satu aktiviti wajib dalam hubungan kelamin.

Jangan lupa juga untuk belajar teknik seks oral yang betul melalui panduan Seni Seks Oral. Dengan mudah anda boleh buat pasangan puas sehingga klimaks melalui teknik yang betul.

share-nodes
Kongsi: