Mengapa Isteri Bosan di Ranjang? Adakah Salah Suami?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Kadang-kadang kaum wanita ni boring juga nak melayan suami di ranjang. Lebih-lebih lagi jika setelah penat bekerja dan menguruskan rumahtangga, hubungan seks penuh nikmat yang diharapkan dari suami sekadar menjadi biasa dan tidak memuaskan.

Isteri bosan di ranjang
Ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan isteri bosan di ranjang. Semua suami wajib ambil tahu dan elakkan Click To Tweet

Faktor yang menyebabkan isteri bosan di ranjang

Mari kita tengok faktor-faktor yang boleh menyebabkan si isteri menjadi bosan dan jemu untuk melakukan hubungan seks dengan suami.

  1. Tindakan Suami sudah dijangka
    Apabila selalu dihadapkan dengan benda yang sama, manusia akan menjadi bosan. Begitu juga si isteri. Oleh itu suami perlu mencuba perkara baru untuk memberikan elemen “surprise” kepada isteri. Suami boleh mencuba teknik foreplay yang baru untuk beri kelainan ketika menggoda isteri. Suami juga boleh memanjangkan teknik foreplay untuk buat isteri lebih bernafsu sebelum bersetubuh.
  2. Terlalu Kerap
    Berbeza dengan kaum lelaki, kebanyakan wanita percaya hubungan seks tanpa kemahuan adalah sangat membosankan. Kekerapan mengadakan hubungan seks juga menyebabkan isteri akan berasa teramat bosan, dan kadang-kala akan menyebabkan beliau berasa seperti dipergunakan. Oleh itu suami harus bijak mengatur jadual untuk melakukan hubungan seks dengan isteri. Kadang-kadang hubungan seks yang terlalu kerap boleh buat anda berdua bosan dan hilang nikmat. Cuba selang-selikan hubungan seks dengan aktiviti bersama yang boleh meningkatkan keintiman suami isteri.
  3. Asyik-asyik lokasi yang sama
    Lokasi seks yang sama boleh mengurangkan rasa ghairah pada pasangan anda. Kadang-kadang tu cubalah tukar tempat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri. Cubalah bilik mandi, ruang tamu atau tempat-tempat lain yang lebih unik, tapi pastikan anda tidak mengganggu ketenteraman awam.  Anda berdua juga boleh mencuba seks pantas selain daripada hubungan seks biasa. Klik di sini jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang teknik seks pantas.
  4. Tiada Posisi Baru
    Posisi yang sama setiap kali melakukan hubungan seks sudah pasti akan membosankan. Cubalah posisi-posisi hubungan seks baru untuk mencipta variasi dalam hubungan seks. Mana tahu dalam posisi yang baru ni anda dan isteri akan berasa lebih nikmat dan sedap.

Dengan faktor-faktor yang buat isteri bosan di ranjang ini telah anda ketahui, sekarang anda harus cuba buat hubungan seks bersama isteri anda lebih menyeronokkan dan lebih nikmat. Isteri juga harus sama-sama memainkan peranan untuk mencapai kebahagiaan bersama dalam hubungan seks.

share-nodes
Kongsi: